CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 1

[Tempatan] Hina Dewan Negara sebagai ‘pak turut’ boleh ditangkap

[Copy link]
Post time 11-3-2021 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Hina Dewan Negara sebagai ‘pak turut’ boleh ditangkap

https://www.utusan.com.my/berita ... ut-boleh-ditangkap/

Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
11 Mac 2021, 2:22 pm


RAIS YATIM

KUALA LUMPUR: Pihak yang mendakwa Dewan Negara sebagai ‘pak turut’ (rubber stamp) boleh disaman dan ditangkap atas sebab menghina fungsinya sebagai salah satu komponen utama dalam sistem demokrasi berperlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, meskipun tindakan sedemikian belum pernah berlaku dalam sejarah Parlimen, pengerusi dewan persidangan itu berkuasa membawanya ke muka pengadilan.

Ini kerana, gelaran itu membawa konotasi negatif sedangkan Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh lebih besar terhadap suatu Rang Undang-Undang (RUU) bagi tujuan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam mana-mana institusi pun, tidak boleh meletakkan sebarang persepsi negatif. Dewan Rakyat pun mendapat penilaian negatif dalam banyak aspek kerana (wakil rakyat) berkelakuan tidak tertib. Sedangkan Dewan Negara tidak terkenal dengan (sikap) itu.

“Pentingnya ketika ini ialah Dewan Negara sebagai satu badan yang harus dihidupkan semula semangat perjuangannya,” katanya semasa program Ruang Bicara bertajuk Signifikan Parlimen dalam Pembinaan Negara Bangsa yang disiarkan menerusi sebuah saluran televisyen kerajaan semalam.

Program itu turut disertai oleh Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu UiTM, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan dikelola oleh personaliti televisyen, Sherkawi Jirim.

Dewan Negara merupakan salah satu dewan dalam Parlimen bagi mengkaji semula dan meluluskan RUU yang dibawa oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Berbeza dengan Dewan Rakyat yang dianggotai 222 wakil, Dewan Negara ketika ini mempunyai 66 ahli bergelar Senator yang dipilih melalui pengundian oleh setiap negeri dan lantikan oleh Seri Paduka Baginda.

Dewan Negara antara lain berkuasa menolak dan membatalkan RUU untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun, sejak sekian lama, ia disifatkan sebagai ‘pak turut’ yang hanya meluluskan undang-undang dibawa oleh eksekutif sedangkan Dewan Negara mempunyai kuasa lebih daripada itu.

Dalam pada itu, menurut Shamrahayu, masyarakat kurang didedahkan berkenaan fungsi dibawa oleh Dewan Negara sedangkan ia bertindak sebagai semak dan imbang amat penting untuk menurunkan suhu parti-parti politik negara.

“Masyarakat kita kurang dibentangkan tentang bagaimana Dewan Negara ini berfungsi. Dua ahli Dewan Negara dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap negeri untuk menjaga isu-isu kebajikan negeri.

“Selain itu, ia juga bagi menjaga kelompok kumpulan tidak diwakili oleh Dewan Rakyat seperti wakil Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak yang tidak menang atau tidak bertanding dalam pilihan raya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 03:01 PM | Show all posts
tangkap konun peee dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058364 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list