View: 1414|Reply: 11
|
Lelaki Menyesal Potong Kaki, Tangan Kiri Isteri Angkara Curiga
[Copy link]
|
|
Akibat curiga terhadap isteri, seorang lelaki dari Bhopal, Madhya Pradesh, memotong kaki kiri dan tangan kiri pasangannya dengan kapak.
The New Indian Express melaporkan, Preetam Singh, 28, melakukan perbuatan itu pada malam Selasa lalu ketika mangsa, Sangeeta, 26, tidur bersama anak lelaki mereka berusia tujuh tahun.
Superintendan polis, Anil Tripathi berkata, Rajput dalam keadaan mabuk ketika melakukan serangan itu.
Gambar hiasan
"Kejadian itu disedari seorang penduduk selepas terdengar jeritan mangsa. Jiran mangsa bagaimanapun tidak dapat membantu kerana suspek mengacukan senjata tajam.
"Namun, suspek berjaya ditahan polis dan mangsa pula dikejarkan ke Hospital Hamidia bagi mendapatkan rawatan serta menjalani pembedahan," katanya.
Satu laporan media lain pula menyatakan anggota badan yang terpotong itu dihantar ke hospital dalam beg plastik.
Rajput dan Sangeeta berkahwin pada 2012 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Namun, pasangan itu tinggal berasingan dengan Rajput yang bekerja sebagai buruh menetap di Paras Nagar, Nishatpura, bersama anak mereka.
Isterinya pula menetap di Indore dan bekerja di sebuah syarikat swasta.
Menurut Anil, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari bandar Seoni Malwa dekat daerah Hoshangabad, tidak senang dengan keputusan isterinya untuk melawatnya setiap dua minggu.
"Suspek berasa curiga terhadap tingkah laku isterinya, jadi bertindak mencederakan pasangannya. Namun, dia mengakui kesal dengan perbuatannya.
"Siasatan lanjut bagi kes itu sedang dijalankan dan suspek ditahan kerana melakukan cubaan membunuh," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la klu dh menyesal..lain kali jgn buat lg ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia menyesal......pasni wife terima semula....
jd lah mcm sugus paritha |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa akhirnya alasan mabuk. Tapi orang mabuk ni selalunya akan buat apa yang benar2 dia nak lakukan selama ni sebelum dia mabuk. |
|
|
|
|
|
|
|
memang jenis ni dahla selalu mabuk, time mabuk pulak tetak orang ek? DNA ganas |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal pun dh x berguna...dasar pemabuk |
|
|
|
|
|
|
|
diri sndiri tk reti nk jaga
dngn busuk bau bawang
ada hati nk bela anak dara org
ish ish ish |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal jela mampu. hukum tetap hukum. yg terime akibat bini die. bodoh pnye jantan. |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal pun xde makna
org da cacat dipotong segala |
|
|
|
|
|
|
|
Omg kenapa sampai potong2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|