CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6513|Reply: 60

[Tempatan] Tiada pelanggan di kedai pun kena kompaun

  [Copy link]
Post time 13-3-2021 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Tiada pelanggan di kedai pun kena kompaun

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tindakan pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, yang memberi kompaun kepada pemilik premis menjual seragam sekolah ketika tiada pelanggan mengundang persoalan.

Pemilik premis, Hong Chee Sheng, 52 berkata, kompaun diberikan terhadap dia dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, semasa pemeriksaan di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini pada Ahad lalu.

Katanya, ketika kejadian tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai.

"Kerana tiada pelanggan, saya yang berada di kaunter menanggalkan pelitup muka.

"Manakala isteri berada di bahagian belakang sedang menikmati minuman juga tidak memakai pelitup muka. Anak saya berusia 12 tahun berada di dalam kedai.

"Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka cakap dengan kuat sebagai penguat kuasa mahu memberi kompaun kerana tidak memakai pelitup muka," katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.

Chee Sheng berkata, dia merasa pelik kerana isterinya yang pada ketika itu sedang minum di belakang turut dikompaun.

Katanya kompaun yang dikeluarkan RM1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.

"Saya tidak boleh tidur malam beberapa hari memikirkan apa kesalahan kami. Sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai.

"Jumlah itu besar bagi kami yang berniaga kerana keadaan ekonomi juga teruk ketika ini," katanya yang mahukan penjelasan.

Sementara itu, Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata seharusnya mereka memberi nasihat, kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.

Katanya, dalam Akta tiada menyatakan perlu memakai pelitup muka 24 jam di dalam premis.

"Ia bergantung kepada keadaan, sekiranya kawasan kedai itu sesak dan terdapat pelanggan tetapi mereka tidak pakai pelitup muka, memang perlu dikompaun.

"Tetapi dalam kedai pada waktu itu hanya pemilik berada dikaunter, isteri pula sedang minum. Minum mana perlu pakai pelitup muka.

"Saya mohon peniaga yang mempunyai masalah seperti ini agar tampil membuat aduan. Saya akan ajukan masalah ini kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan, bagi suarakan masalah ini di Parlimen,"katanya.

Sementara itu, KPDNHEP negeri Johor dalam satu kenyataan balas berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu dua kompaun yang dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasanya terhadap peniaga terbabit.

"Pihak kami memperoleh laporan pengkompaunan yang dirujuk dan sedang meneliti asas tindakan yang dikenakan kepada peniaga berkenaan.

"Sekiranya didapati terdapat asas kompaun tidak sepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan syor supaya kompaun tersebut dipertimbangkan semula.

"KPDNHEP akan menghubungi peniaga-peniaga yang berkenaan perkembangan perkara ini selanjutnya,"katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 11:06 AM | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa syarat tahap pendidikan minima utk pegawai2 yg ada kuasa saman pelanggar sop kobid?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap MCA boleh Tolong.....DAP bukan boleh Tolong sangat....hujung2 minta tolong dari Mahathir juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:20 AM | Show all posts
Zaman sekarang ni pakai je mask tu walau dalam kedai sendiri karang tak pasal2 kena saman pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:25 AM | Show all posts
penguatkuasa tu baru keluar gua

tak pnah nmpk kedai cina yg dijaga oleh kaum keluarga sendiri, dia igt smua kedai mampu bayar gaji pekerja ka?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Johor lg.. Dlu akak kuar dr kete nak angkat anak kena saman juga.. Last2 kkm tarik balik kompaun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga puak2 zalim yg salahguna kuasa ini dilaknat tuhan dan dibalas cash di dunia ini. Amen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 13-3-2021 11:27 AM
Johor lg.. Dlu akak kuar dr kete nak angkat anak kena saman juga.. Last2 kkm tarik balik kompaun..

Begitu ke akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 13-3-2021 11:20 AM
Zaman sekarang ni pakai je mask tu walau dalam kedai sendiri karang tak pasal2 kena saman pulak

Tp cikgu, ahli politik tk pkai tk kena pula? Siap bgga tayang dkt media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian, bukak untuk minum pun kena
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:43 AM | Show all posts
Payah lagu ni..pihakpenguatkuasa mcm melampau jadikan saman as diorang punya benchmark keje..mcm keje mbsa.
Lagi byk saman isu tu utk work performance.
Bodolaaa weiii
Kluar kete amik anak takde org kena saman
Ni dlm kedai plak tak de orang.
Adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:45 AM | Show all posts
harkktuih replied at 13-3-2021 11:27 AM
Johor lg.. Dlu akak kuar dr kete nak angkat anak kena saman juga.. Last2 kkm tarik balik kompaun..

Kes ni apa cite?
Dia bagi bukti video takde orang..tapi ketua polis pertahankan anak buah.
So dpt pengecualian tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:46 AM | Show all posts
caprut replied at 13-3-2021 11:37 AM
Tp cikgu, ahli politik tk pkai tk kena pula? Siap bgga tayang dkt media sosial

Jaga diri sendiri sudah kena saman bukan ada orang lain nak bantu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 13-3-2021 11:46 AM
Jaga diri sendiri sudah kena saman bukan ada orang lain nak bantu bayar

Tapi tk adil. Paham tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tv tu elok ja masa majlis bukak mask. Tu lg teruk org penuh majlis. Ni xdak org pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa atas penguatkuasa jugak kot.. Mgkin yang nie sjeniss xder tolak ansur langsung.. iols kata gitu sebab kat area iols nie ada pakcik nie dia lupaa pakaii maskk pdhal sblm nie dia xpernah xpakai. n ada polis to tegur suruh pakaii nasib baik dia xbagi teruss surt saman to. Dahlaa hensem abg poliss to..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Fb Polis Johor sendiri post gambar majlis tak pakai mask... Bila nak saman?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:37 PM | Show all posts

Dah Jawab

Meiizu replied at 13-3-2021 11:45 AM
Kes ni apa cite?
Dia bagi bukti video takde orang..tapi ketua polis pertahankan anak buah.
So dp ...

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan semula kompaun terhadap dua peniaga yang tidak memakai pelitup muka sekiranya didapati tiada asas kompaun dikenakan.
Menurut kementerian itu, pihaknya telah memperoleh laporan perkara tersebut yang dirujuk dan sedang meneliti asas tindakan yang dikenakan kepada peniaga berkenaan.
Pihak kementerian juga mengambil maklum tentang isu melibatkan dua peniaga yang gagal memakai pelitup muka walaupun didakwa tiada pelanggan berada di dalam premis ketika kejadian pada 7 Mac lalu.
“Sekiranya didapati terdapat asas kompaun tidak sepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan dengan syor supaya kompaun tersebut dipertimbangkan semula.
“KPDNHEP akan menghubungi peniaga-peniaga yang berkenaan bagi mendapatkan perkembangan perkara ini selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, dua individu iaitu pemilik premis menjual seragam sekolah, Hong Chee Sheng, 52, dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, mẹmbuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA Pasir Gudang setelah dikompaun di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini, Ahad lalu.
Chee Seng berkata, semasa kejadian tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai menyebabkannya yang berada di kaunter mengambil keputusan menanggalkan pelitup muka seketika.
“Isteri yang berada di bahagian belakang juga tidak memakai pelitup muka kerana sedang minum air.
“Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa mahu memberi kompaun kerana tidak memakai pelitup muka. Isteri saya yang berada di belakang turut dikompaun,” katanya.
Katanya, kompaun yang dikeluarkan RM1,000 setiap seorang dibawah Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.
“Saya bingung memikirkan apa kesalahan kami sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai. Jumlah itu besar bagi kami dalam keadaan ekonomi juga teruk ketika ini,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata, penguat kuasa KPDNHEP seharusnya memberi nasihat kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.
“Dalam akta tiada menyatakan perlu memakai pelitup muka 24 jam di dalam premis. Ia bergantung kepada keadaan, sekiranya kawasan kedai itu sesak dan terdapat pelanggan tetapi mereka tidak pakai pelitup muka, memang perlu dikompaun,” jelasnya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 13-3-2021 11:45 AM
Kes ni apa cite?
Dia bagi bukti video takde orang..tapi ketua polis pertahankan anak buah.
So dp ...

Kan dah tarik balik... Ada dia tulis tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.086713 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list