View: 2600|Reply: 13
|
Pelik Rupanya! Haiwan Apa Ni Bergerak-gerak Atas Tangan?
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki dari Aukland, New Zealand berkongsi video haiwan pelik yang ditemuinya dikawasan dapur rumahnya, baru-baru ini.
Kredit foto: FB
Video tular itu nyata menggemparkan warga Internet kerana tidak diketahui spesis haiwan yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu.
“Ibu saya jumpa di lantai dapur pagi ini. Satu lagi masih hidup. Sesiapa yang tahu apa itu? Anak saya terkejut dan mengalami mimpi buruk selama berminggu-minggu!" kata lelaki berkenaan.
Menurut New Zealand Herald, pasukan entomologi dari Biosecurity New Zealand berkata, haiwan tersebut mungkin dari spesis kupu-kupu yang bahagian badannya telah dimakan pemangsa seperti kucing.
“Mereka menjangkakan ia adalah kupu-kupu yang telah dimakan sebahagian badannya, menyebabkan hanya sebahagian badan lain masih bergerak-gerak," ujar jurucakap Biosecurity kepada Yahoo7.
Eric Edwards, pakar serangga pula mendakwa, ia adalah spesis ulat bulu tikus.
Sumber: Era.je |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kupu-kupu boleh hidup ke kalau dah tak ada sayap? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak macam rama2 pun macam serangga aneh je |
|
|
|
|
|
|
|
Homaigad nampak macam ekor tikus, terus timbul rasa geli dan fobia tengok! |
|
|
|
|
|
|
|
binatang tu nk berevolusi jd manusia la tu |
|
|
|
|
|
|
|
eeee tgk gmbar pun dah geli. xmmpu nk tgk yg btul2 bgerak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay, ni geli tapi macam comel pulak tengok ekor dia gerak2 macam tu hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|