CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4734|Reply: 17

Saya nak sambung PHD tetapi komitmen tinggi

[Copy link]
Post time 15-3-2021 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Saya baru tamat pengajian ijazah sarjana dari UITM dan sepatutnya menghadiri acara konvo bulan ini tetapi telah dipinda ke bulan Jun disebabkan oleh wabak Covid 19.

Saya masih berusaha mencari pekerjaan tetap dan stabil tetapi setakat hari ini masih belum dapat lagi.

Saya plan nak sambung PHD. Sangat berminat dan semangat berkobar-kobar. Masalah utama saya ialah saya mempunyai komitmen bank yg agak tinggi dalam RM2000 sebulan yang mana saya harus membayarnya secara konsisten.

Sekarang saya x bekerja dan jika sambung pengajian PHD mmg boleh masalahnya x dapat bayar kepada bank.

Jadi, ada tak cara dan strategi untuk mengatasi masalah ini?

Terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada try cari fellowship ke x? Loan mara?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai student yang dah habis phd, i nak share pengalaman i. Realiti yang i hadap buat phd. Just untuk tt baca.

Buat phd setakat minat saja tak cukup. Perjalanan phd tak mudah untuk sesetengah orang. Lagi-lagi buat kat malaysia ni, banyak benda tt kena pertimbangkan. Kewangan kena betul-betul stabil, sebab duit yang keluar bukan sikit. Tambah pulak kalau self funding. Collect data, software selain spss kalau tt guna kena beli sendiri, even print and hard cover thesis pun kena keluar duit. Apa lagi kalau nak ulang-alik consult dengan supervisor, kena guna duit. Supervisor kena cari yang betul-betul boleh membantu, yang tak banyak kerenah, pakar dalam bidang kajian kita. Jangan sesekali salah pilih supervisor. Writing kena buat hari-hari, solat dan doa jangan sesekali tinggal. Itu senjata. Akan sampai satu tahap, student akan rasa down, menangis, takkan ada orang faham. Masa tu, ambil break seminggu dua. Rest.

Akan ada masa kita akan ada kenduri, member ajak lepak, pergi bercuti, balik kampung, semua tu akan drag masa utk writing. Bukan setakat writing thesis, tapi writing papers jugak. Requirements paper atas universiti. Tapi please, make sure paper u buat index by scopus atau ISI. Jangan buang masa dan data tt dengan tulis paper yang tak index, sebab kalau nak apply academician, susah universiti nak terima. Lagi satu, kalau aim nak jadi lecturer lepas phd, make sure course degree dengan phd sama. Paling bagus, degree, master dan phd sama course. Sangat penting untuk jadi academician. Tapi kalau tt nak aim kerja lain, terpulang.

Nasihat i, sebelum daftar phd better tt draft dulu paperwork. Cari supervisor yang boleh bantu dan faham paperwork tt. Hidup dalam circle positive. Enjoy phd journey. Boleh tengok pengalaman student postgraduate dalam fb.

Sekali lagi i tegaskan, tu pengalaman i. Pengalaman dan perjalanan manusia tak sama. Kalau dah buat teruskan, hadap je. Yang penting, jangan buat separuh jalan. Buang masa bertahun. Semangat kena consistent dari awal sampai binding hard cover thesis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde fulus, jgn buat. Takat semangat, tapi takde proposal, takde supervisor yg ok, dan takde fulus utk slamatkan diri, baik pikiaq banyak kali.

Umo TT baper?
Ni eduloan Mara dah buka, tutup jumaat ni. Pi mohon la. Kalau takde offer uni lagi, tunggu tahun depan je. Simpan fulus, dptkan proposal, supervisor yg ok, baru mulakan langkah.

Masalah hang sbb takde keje ke apa? Maka dgn menjadi RA, hang pikiaq bakal menyelesaikan masalah hang yg takde fulus ka?

Baik hang cari jalan bayar komitmen dulu. Paling tidak pun tanya bank utk tunda ka, apa ka.. voley ke buat ni? Lepas ada keje, ada duit, ada savings, senang nak plan.

Ni nasihat iols la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila cari kerja dulu baru fikirkan pasal Phd. Kalau ada duit di tangan untuk bekal dalam 4 tahun ye dipersilakan. Sekiranya tak ada sila lupakan. Melainkan memang nak jadi lecturer and ada baik dengan bos bos lecturer. Berlambak orang ada master and phd yang belum dapat kerja. So advise 1. Duit mesti ada 2. Duit lagi 3. Duit jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:47 PM | Show all posts
At the end of the day, sijil tu takkan bg u makan

Nasihat i. Jujurnya majikan akan hny pandang pada brp lama experiance uols bekerja. Bukan brp
Banyak sijil uols ada. Kalau u are a professional , sepatutnya uols cari sijil yg boleh elevate ur market value. Macam engineer arch ada title ir ke ar ke. Lawyers buat arbitration jadik aiac. Accountant amik acca.

Those are valued cerificates.

Nak jadi prof pun sekarang da payah.  Keja makin kurang. Makan pakai rumah nak kena bayar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau i lebih baik cari kerja dulu buat phd ni perlu duit yg banyak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 15-3-2021 11:47 PM
At the end of the day, sijil tu takkan bg u makan

Nasihat i. Jujurnya majikan akan hny pandang p ...

Betul sangat ni setuju!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Better cari kerja dlu..sbb buat phd bukan senang..petik2 jari dh siap..bnyk cabaran & dugaan yg kena hadap..kdg kalau awk dpt scholarship pn belum tentu boleh bayar commitment awk tu..sy pn tgh berfikir2 ni nk sambung phd atau tak sbb saving sy dh tinggal sikit sbb bayar utk master dlu..

Kalau awk muda lg, maybe boleh kerja in industry dlu..then, baru buat phd industry..sambil buat phd, gaji pn masuk ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 15-3-2021 11:47 PM
At the end of the day, sijil tu takkan bg u makan

Nasihat i. Jujurnya majikan akan hny pandang p ...

Iols setuju sgt dgn ni..boleh je go for certified technologist ke chemist ke IR..rajin dgn x rajin je nk jwb exam
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:15 PM | Show all posts
Kenapa adik tidak mahu kerja dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:43 PM | Show all posts
Edited by KulitKayuManis at 17-3-2021 03:45 PM

sebagai pemegang ijazah PhDyang tak kerja sebagai pensyarah, saya terpanggil nak komen untuk situation life after PhD:


1) lebih baik buat PhD under scholarship yang menjanjikan kerja setelah tamat PhD. Selalunya scheme2 scholarship yang di offer oleh university. Sebabnya graduate PhD tidak la laku macam goreng pisang panas pun. Kalau nak kerja in academic line, jawatan lecturer bukannya banyak pun. Kalau ada jawatan kosong, banyak pulak syarat2nya i.e. teaching experience, journals, etc. (in kalau IPTA) la...kalau IPTS, maybe akan rasa underpaid dgn gaji yang dioffer. Dan ada jugak perception yang taknak hire PhD graduate (fresh) atas alasan, masih fresh and taknak bayar gaji PhD

2) kalau dah ada PhD, nak kerja non-academic line, recruiter akan ada perception yang anda overqualified for the job, hence, the chance to getting hire is low. Bila situation ini berlaku, kita akan flashback la segala kudrat kerdarat time buat phd, last2 jadi camni. boleh down jadinya. Tapi kalau dah ada phd n tak kesah kerja overqualified, underpaid ke silakan lah.

3) kalau dah ada PhD, selesa bekerja sendiri contoh ke arah entrepreneurship ke, ini banyak berlaku dekat PhD graduates overseas. Tech startups lead by PhD grads etc. Tapi ni risky la tak mudah haha

4) jangan sambung PhD atas alasan takde kerja. seolah2 sambung belajar tu last resort pulak. hmm

5) masa saya sambung belajar, saya dapat scholarship with monthly stipends plus ada salary as Research Officer. Telah berkahwin dan tiada komitmen. So, mental dan hati agak tenang sepanjang process PhD tu. Tak leh bayang kalau time tu ada masalah kewangan, komitmen tinggi, silap2 boleh tergendala phd tu

Just my 2 cents.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:46 PM | Show all posts
cashewnut replied at 15-3-2021 10:12 PM
Sila cari kerja dulu baru fikirkan pasal Phd. Kalau ada duit di tangan untuk bekal dalam 4 tahun ye  ...

ini betul...takat ada PhD je tak cukup untuk jadi lecturer...kena recommendation lecturer peringkat atasan untuk hire...kalau baik dgn lecturer yang takde hiring power tak guna gak haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai orang yang dah buat PhD, I tak galakkan sambung PhD kalau komitmen bulanan tinggi 2k per month and you don’t have other source of income. Nanti financial stress akan buatkan you tak boleh focus pada phd. Even kalau dapat GRA scheme pun, you will not be able to sustain yourself sebab buat PhD ni banyak juga hidden cost-nak pergi conference, nak editing paper, nak publish paper macam2 lagi.

Kedua, go and work first kalau boleh. To do PhD pun perlu soft skills-resilience, networking, patience, ability to tahan kecam. If you go straight away to do your study, memang selalunya akan jadi sangat lurus dan tak berfikiran terbuka. Go and experience the world and then come back

Ketiga, I tatau la u bidang apa...tapi kalau nak buat phd untuk jadi lecturer pun better u get some experience elsewhere first. Nak jadi lecturer pun tak senang sekarang. Even if you venture into something not your field pun takpe. PhD tak lari dikejar cuma kalau boleh jangan exceed 40 years old utk buat PhD if you want to use it for your career advancement. Kalu suka2 menambah ilmu di dada takpe lah

Hope it helps
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung Phd bila dh ada duit la TT...kalau ko tny mak aku masalah ko ni mesti dia membebel suh cari keje dh stable baru la pikir nk buat phd ke post doc ke apa ke..prinsip hidup dia senang..ada hutang byr.jgn culas nanti susah di alam yg abadi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 04:33 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Saya dah baca semua komen diatas.

Kesimpulan yg saya nampak ialah cari kerja dulu untuk survive. Sambung belajar setelah bersedia dan ada kerja.


Terima kasih pada semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 09:52 AM | Show all posts
chuols aim yg katanya berkobar2 nk amek phd tu sbb apa ? sbb nnt nk jd prof ka sbb nk qualification utk kerja ka utk kepuasan sendiri ka ?

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
rizalra75 replied at 23-3-2021 04:33 PM
Assalamualaikum semua,

Saya dah baca semua komen diatas.

Ya ..pls kerja dahulu...dptkan pengalaman penuhkan tabung belajar dahulu...baru u bole focus buat PhD dgn tenangnya...satu drpd pelbagai cabaran PhD dah off the list...

Lagi satu if u masuk workforce with PhD..tetapi dpt immediate superior yg setakat degree / lower...akan timbul ketidakselesaan di situ...i olls dh tgk byk kes mcm ni di opis..anak buah lebih paper qualification drpd boss...boss rase inferior...tp not all la ade segelintir je boss mcm ni...nasib badan..

So pergi cari kerja dlu...apply ape yg u belajar dlm dunia pekerjaan...see the the other side of the world...

I olls wish u all the best good luck..jgn give up...cheers!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064522 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list