View: 2402|Reply: 7
|
DJ Radio Terkilan Kena Troll "Terlalu Hodoh Untuk Dirogol"
[Copy link]
|
|
Seorang DJ diberitahu bahawa dia "terlalu hodoh untuk diperkosa" setelah menjadi sasaran troll di Twitter.
Natalie Higgins, 23, mengatakan dia berasa jelik selepas menerima banyak komen cacian terhadap satu perkongsiannya di platform itu.
Kredit foto: MEN Media
Menurut laporan Daily Star, wartawan penyiaran Greatest Hits Radio berkata, dia begitu terkejut dengan reaksi warganet terhadap video TikTok yang dikongsinya mengenai kesedaran terhadap keselamatan wanita pada waktu malam berikutan kematian Sarah Everard yang mati dibunuh selepas diculik seorang anggota polis, Wayne Couzens, 48, seperti dilapor BBC.
Pengguna Twitter menggunakan nama akaun Bobo Joe menulis, "Mungkin dia akan selamat (daripada serangan) kerana dia terlalu hodoh untuk diperkosa".
Malah, ramai meninggalkan komen menyatakan tidak mungkin akan terjadi apa-apa kepadanya.
Natalie berkata kepada Yorkshire Live bahawa dia sangat marah dengan komen sedemikan. Namun, mendakwa tiada gunanya jika dia membuat laporan terhadap mereka di Twitter kerana platform itu menyifatkan komen terbabit tidak melanggar peraturan.
"Saya tidak tahu kepada siapa komen seperti itu ditujukan, sama ada terhadap saya atau individu dalam video berkenaan. Apapun, ia sangat menjijikkan!" katanya kesal. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terlampau pengotor utk diingini
pemalas mandi tk cebok bersih2
|
|
|
|
|
|
|
|
Alah perogol ni buta hati nenek 80 tahun pun korg sebat. Konon xselera. Baby pun korg hentam. |
|
|
|
|
|
|
|
org ckp tiang dipakaikan skirt pun belum tentu selamat dr rapist ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 18-3-2021 02:44 PM
org ckp tiang dipakaikan skirt pun belum tentu selamat dr rapist ni..
Bila baca komen u tetiba i bayangkan buah nangka/cempedak tergantung kat pokok yang dipakaikan t-shirt ..
Agaknya kena raba tak?
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni taktau ke org yg mengalami gangguan hypersexsual bagai ni tak kisah pun rupa ko cemana janji ko pompuan.
Dengan sesiapa pun depa boleh on tak kisah tua muda lawa ke huduh kurus ke bersegi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yelah tu, selagi bernama lelaki dan bernafsu, tak kira la rupa apa pun, still nak..hmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|