View: 6198|Reply: 48
|
Syamel, Ernie Belanja Nasi Minyak Hujung Bulan Ini?
[Copy link]
|
|
Berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu bermakna selesailah satu urusan penting dan kini masuk pula episod baharu apabila penyanyi Syamel dan Ernie Zakri berkira-kira hari untuk menjadi suami-isteri dalam waktu terdekat.
Khabar angin mula bertiup kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Kredit foto: IG Syamel
Bagaiamanapun, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting.
"Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah.
"Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, mStar difahamkan mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.
Bagaimanapun, ia hanya sekadar khabar angin dan hanya tuan badan sahaja yang mengetahuinya. Kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi daripada mereka berdua.
Mengesahkan khabar angin itu, menerusi laporan mStar sebelum ini, Ernie yang juga pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik AJL35 berakhir.
Kredit foto G Ernie
"Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah... kami akan langsungkan perkahwinan.
"Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak," katanya.
Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so gambar di atas adalah gambar pre wedding mereka ? |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnyaaa kawen jugak dorg. Tak lama lagi boleh kim salam kat jahlop |
|
|
|
|
|
|
|
bagus kapel penyanyi dua org ni
mcm p ramlee ngn saloma
over lak perumpamaan aku ni
da mcm bdk2 twitter
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa nk sepakk mulut shemale tu sedas dua,. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp syamel suka buat muka gitu eh. Ernie suruh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Lama sungguh tak makan nasi minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
dari mula masuk pertandingan duet lg meols harap they will be the next ajainurul,
tapi hopefully kisah yang lebih bahagia tilljannah
aaabegitew |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Benda baik kita doakan jer la, yedakkk? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudakan olehNya untuk mendirikan mesjid. |
|
|
|
|
|
|
|
Okla pasni harap couple ni masuk AJL setiap tahun sbb both suara sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn overshadow wedding neelofa okayyy! Kot kena tarikh sama kannn |
|
|
|
|
|
|
|
iolls masih rasa dek nini deseb better |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.Bagus bertunang jangan lama2.
Nanti hilang dari radar susah. |
|
|
|
|
|
|
|
syamelllll dah2 la ambil gambo buat mulut macam tu. meols rasa nk gunting je tau. btw moga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|