CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2581|Reply: 19

Bagi pendapat sikit

[Copy link]
Post time 17-3-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Korang ni cerita dari sorang hamba Allah. Aku just nak minta pendapat je. Kot ade yg berpengalaman dan tahu cara penyelesaiannya. Aku tak pandai so aku tanya kan lah bagi pihak dia..

1) hamba Allah (J) ni dah bercerai dengan isteri (Z) . Hasil dr perkahwinan anak ada 7 orang masih sekolah dan ada yg baru 3 tahun.

2) J tidak mau menceraikan Z tapi si Z meminta fasakh bila dapat tahu isteri muda J telah mengandung. Z telah menjaja cerita buruk aib J sehinggakan J terpaksa berhenti kerja dan jatuh susah.

3) Selama perkahwinan J & Z , isteri muda yg banyak membantu dari segi kewangan. Kerana Z tak mahu bekerja, Z hanya tahu membeli belah lagak mcm orang have2 seperti suami nya tauke kilang face mask saje. (Okok ni gurau je tp begitu lah perumpamaannya) padahal di balik longgokkan duit tu adalah sebahagian ihsan dari isteri muda J.

4) Seusai bercerai , anak7 di bawah jagaan J. Anak7 semua mengerti J kehilangan kerja kerana mulut Z. Anak7 tidak mahu tinggal bersama Z mereka lebih rela tinggal dengan isteri muda J & hidup susah dengan J. Tetapi Z sering menganggu kehidupan baru J dengan kerap datang ke rumah J untuk menunjuk bahawasanya dia sudah dapat lelaki lebih kaya dari J malah di hadapan anak7 sendiri.

5) Anak7 tidak mahu membalas message dr Z serta jika di ajak “outing” bersama, anak7 lari sampai masuk ke dalam mesin basuh untuk menyorok .

6) Z masih tidak puas hati kerana melihat J hidup susah tetapi anak7 tidak mengomel malah faham akan kesusahan J. Bahgia bersama ibu baru. Z menuntut hak nafkah sepencarian di mahkahmah.

7) Sudahlah selama perkahwinan tidak mahu hidup susah , bila sudah bercerai menyusahkan orang lagi. Z telah menuntut macam2.

8) Semasa perkahwinan, Z pernah terkantoi curang dengan kawan J. Wallahualam dah ML ke belum tetapi J sudah memaafkan dan ketika itulah J mencari isteri muda. Selepas bercerai Z masih didalam eda, Z telah berdating dengan banyak lelaki seperti anak dara katanya. Tetapi Z masih meminta nafkah eda dari J. Bagaimana tahu? Dari anak7 Z sendiri. Mereka yg menceritakan pada J yg Z sudah mempunyai teman lelaki yg lebih kaya dari J. Mungkin kerana ini, anak7 tidak suka lagi pada Z. Anak7 menilai.

Persoalan saya;
1) bolehkah Z menuntut apa2 dari J kerana selama berkahwin Z tidak berkerja. Rumah dan kereta atas nama J tetapi rumah di beli hasil dari perkahwinan J bersama isteri terdahulu sebelum Z (Z juga adalah pelakor yg lebih hina dari isteri muda J). Isteri terdahulu tidak menuntut apa2 kerana kedua2 anak lelaki bersama dengan J. Manakala kereta serta motor ada yg dibeli oleh isteri muda atas nama J.

2) Boleh kah J memberi jagaan anak7 kepada Z dan membayar nafkah ikut kemampuan J sahaja? Memandangkan jika anak7 bersama J , Z tetap mencampuri urusan keluarga Baru J dan menuntut segala macam. Lebih baik anak7 bersama Z supaya Z tidak mencari J lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 03:59 PM | Show all posts
boleh sebut nama sebenar tak? sebab jnz ni nama artis barat



#mikeshinoda
#linkinPark
#FariskaBibikIndon
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kau ni isteri muda J ke?.....

detail betul kau cite pasal Z......

jap aku panggil sifu tgok kau ni J ke...Z ke...atau XY  @CiliPadiSedap
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-3-2021 03:59 PM
boleh sebut nama sebenar tak? sebab jnz ni nama artis barat



Laaaa....awalnya kau dah masuk cps....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:34 PM | Show all posts
Menuntut harta sepencarian tu boleh walaupun tidak bekerja.
Cuma jika rumah beli sblm Z mmg susah Z nak tuntut kecuali dia ada membantu bayaran atau selebihnya tak pasti prosedur yg detail.
Boleh dapatkan pandangan dari pihak berwajib.

Tentang anak2 jika dah 7anak tu tak nak ke Z macammana nak bagi hak jagaan pada Z.
Kecuali Z yang menuntut untuk menjaga hak jagaan tu.
Kalau anak2 yg belum mumayiz selalu nya memang hak jagaan pada si ibu lah.
Yang jadi persoalan nya anak2 tak mahu pada Z jadi J lah kena jaga anak2 tu.

Lepas cerai Z boleh buat tuntutan;
1)Nafkah Edah -Nafkah sepanjang dalam tempoh Edah.
2)Muta'ah - Jika Z di ceraikan tanpa sebab munasabah boleh buat tuntutan Muta'ah.
3)Harta Sepencarian -Wang ringgit,harta alih dan tak alih boleh di tuntut.
4)Tunggakan Nafkah -Sepanjang tempoh perkahwinan ada hutang nafkah.
5)Tunggakan Nafkah Anak.
6)Hak Jagaan Anak/ Hadhanah.
7)Nafkah Anak
8)Hak Tempat tinggal- sepanjang dalam tempoh Edah.

Jika J tahu Z sedari awal sebagai isteri dah curang kenapa tak buktikan supaya cerai dalam keadaan isteri nusyuz.Maka terhalanglah Z utk menuntut macam2.
Suruh je J tu jaga anak2,kalau baca di atas tu mcm isteri baru pun tak sungguh2 nak jaga anak2.
Patutnya dah cerai selesai masalah..ni dah cerai bertambah masalah.
Semoga baik2 sahaja keadaan anak2 mereka ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:25 PM | Show all posts
Ada dengar cerita dari Z? Ni macam cerita sebelah pihak. Btw, isteri ada scandal bukan lesen untuk suami cari isteri muda.

Berbalik kepada soalan:

a) Z boleh tuntut harta sepencarian walaupun Z tidak bekerja.

b) Rasanya kalau bagi bekas isteri jaga anak, dia lagi akan tuntut macam2. Anak2 dok dengan bapa, apa sangat yang bekas isteri boleh tuntut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-3-2021 04:29 PM
kau ni isteri muda J ke?.....

detail betul kau cite pasal Z......

Mihmihmih. Aku XY lah. Hahahahhahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 17-3-2021 04:34 PM
Menuntut harta sepencarian tu boleh walaupun tidak bekerja.
Cuma jika rumah beli sblm Z mmg susah Z ...

Ya memang pd pandangan aku isteri baru J nampak sudah tertekan dengan Gangguan Z. Tetapi masih menjaga kebajikan anak7 Z.

Setahu aku J tak nak ulang kesilapan sama seperti perkahwinan terdahulu dengan menceraikan Z . Tetapi Z pula meminta fasakh.

Ketika eda Z berskandal dan keluar dengan suka hati perlu kah nafkah eda di tuntut atau boleh di counter back. J tahu hal ini pun dari anak7.

Oh anak7 dgn J jadi boleh ke Z menganggu keharmonian mereka dgn keluarga baharu?

Jadi rumah yg di beli bersama isteri terdahulu adalah hak anak2 lelaki J bersama isteri terdahulu atau macam mana? Mohon pencerahan.

Oh walaupun Z tak menjaga anak7 selepas bercerai Z boleh menuntut nafkah anak2?

#sebelum ada yg kecam aku hanya menyampai.. bukan aku ada kena mengena tidak pula aku menyebelahi sesiapa cuma ksihan melihat sahaja#
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Still anak sampai 7org wpn problem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
maya_mahsuri replied at 17-3-2021 05:25 PM
Ada dengar cerita dari Z? Ni macam cerita sebelah pihak. Btw, isteri ada scandal bukan lesen untuk s ...

Dengar dua2 belah cerita. Memang boleh nampak dua2 J & Z kaki menyundal. Tapi bezanya J suka menyundal pun tetap kebajikan anak7 + 2 terdahulu terjaga dengan mewahnya. Z menyundal pula dengan duit J.

So dengar dua2 belah pihak tapi sekarang ni soalan saya senang je. Pasal anak7 J dengan Z & tuntutan Z pada J. Sedangkan yg jatuhkan J sampai papa adalah Z, yg buang anak7 adalah Z juga. Sesundal2 J tu pun tahu sayang anak7.

Yg hairan sangat Z nak sangat harta tapi anak7 dia tak nak pun. Z lagi suka jadi mak dara . Macam mana J nak pertimbangkan kalau harta nak tuntut anak7 nak bagi pasir ke?

Ok sy cakap pd pandangan saya sahaja. Sy tidak menyebelahi sesiapa cuma ingin tahu apa kesudahan anak7 ni tadi jika berlarutan masalah Z & J
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 17-3-2021 09:27 PM
Still anak sampai 7org wpn problem

Kuda yihaaaa mihmihmih~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 09:42 AM | Show all posts
lalalisa replied at 17-3-2021 08:41 PM
Ya memang pd pandangan aku isteri baru J nampak sudah tertekan dengan Gangguan Z. Tetapi masih men ...

Z mohon cerai secara fasakh.Cerai secara fasakh sbb tak laksanakan nafkah.Tuntut pulak nafkah ish2.Suruh J tak perlu layan jika Z minta secara berdepan(luar mahkamah).Kalau Z benar2 nak tuntut semua nya nafkah edah,muta'ah suruh dia tuntut di mahkamah saja.Jika di luar jangan pening kepala layan.Biar dia meroyan sorang2.Kalau Z tuntut nafkah edah pun bukan nya dia bole dapat sampai ribu2 pun jangan la risau.
Anak2 dgn J,untuk menghalang Z menganggu failkan sahaja hak jagaan anak2 di mahkamah&J ambil semua anak atas jagaan dia.Z tak boleh minta sebarang nafkah anak2 dari J lagi.Z tak jaga anak2 memang tak perlu pun layan jika dia minta nafkah anak2 dah dia tak jaga.
Bab rumah tu pula,meskipun beli dgn isteri terdahulu sblm Z.Nama rumah atas nama J.Andai meninggal J rumah tu jadi pusaka..jadi selagi berapa ramai anak2 yang Bin J(Anak kandung sahaja) semua berhak atas rumah tu termasuk isteri yang sah sehingga J meninggal.
Anak2 tiri tidak layak ye ke atas harta2 J.
(Kesilapan isteri terdahulu lah jika anak2 dia kena share dgn anak2 isteri lain J).

Yang jelasnya jika Z memang tak jaga anak2 7 dia,Jangan bagi satu sen pun nafkah anak yang dia minta.
Sebab itu perlunya buat urusan di mahkamah untuk menghalang Z dari kehidupan baru J bersama keluarga.
Bila berdepan2 muka masalah tak selesai guna lah pihak ke tiga(mahkamah)untuk menyelesaikan masalah.
Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 18-3-2021 09:42 AM
Z mohon cerai secara fasakh.Cerai secara fasakh sbb tak laksanakan nafkah.Tuntut pulak nafkah ish2 ...

Terima kasih atas penerangan ini. Jadi anak2 yg berbin kan J sahaja yg berhak ke atas rumah J betul? Z tidak berhak ke atas rumah tersebut.

Yg saya dengar mahkamah telah memberi hak penjagaan anak pada J. Tetapi Z sering datang kerumah Isteri baru J dengan alasan untuk berjumpa anak7 sambil memprovoke J dan isteri baru. Kesilapan Z dia menunjukkan diri dan perangai sebenar di hadapan anak7 sehinggakan anak7 tidak sorang pun yg nak berjumpa Z.

Adakah undang2 yg boleh di buat untuk orang seperti Z yg menganggu kehidupan bekas suami? Ini berlaku di hadapan saya semua saya record provokasi dari Z dan kerap dtg menganggu.

Kasihan saya melihat anak7 J yg terganggu emosi. Pada sy sahaja mereka meluah dan menceritakan baik buruk J & Z. Mereka memilih tinggal dengan J kerana pernah awal penceraian berlaku mereka nak bersama Z tetapi yg mereka dapat adalah melihat Z berfoya keluar sana ke sini dengan teman lelaki, makan tidak di beri oleh Z, seperti tiada siapa yg pedulikan mereka. Bila balik ke rumah J, kebuluran mencari makanan. Mereka tunjuk satu persatu message dari Z yg pd saya berbaur hasutan untuk menghabiskan duit dan harta J serta menjadikan isteri baru J sebagai pembantu rumah. Yg di momok kan adalah isteri baru J hanya ingin harta J sahaja. Berlainan dengan yg anak7 mereka lihat.

Sekarang anak7 J bahagia dengan kehidupan keluarga baru tetapi dengan sederhana tidak lah mewah seperti dulu. Makan cukup pakai cukup sahaja. Tiba2, Z dtg memberi surat tuntutan di mahkamah. Jika ke mahkamah untuk fight perlukan wang, J sudah bankrup bagaimana nak bantu pun saya xtahu. Lagi2 zaman penyakit begini, saya hanya mmpu mencari beri nasihat sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:13 PM | Show all posts
lalalisa replied at 18-3-2021 11:29 AM
Terima kasih atas penerangan ini. Jadi anak2 yg berbin kan J sahaja yg berhak ke atas rumah J betu ...

Orang macam Z ni nak halang guna undang2 sahaja.Jangan lah layan berlawan2 cakap dengan orang macam ni akan otak&hati jadi sakit.
Anak2 lebih selesa tinggal dengan J adalah 1 kelebihan buat dia.
Guna undang2 sahaja kalau dia buat kecoh,pastikan ada report polis jika dia buat kacau.
Nak bawa guna undang2 kena ada bukti.Tiap kali dia buat kacau buat report.
Kalau dia nak buat tuntutan biarkan sahaja dia buat tuntutan mahkamah.Pergi mahkamah kena bawa bukti2 kalau dia nak tuntut apa sekalipun.
Hal rumah tu jika Z ada anak2 bersama J,hanya anak2 yang Bin J sahaja layak selebih tu(anak tiri&bekas isteri tak layak).
Orang macam Z ni kalau halau guna mulut dia akan datang balik jadi guna lah undang2 untuk menghalang dia.
Tak pun doakan je la Z kawin lain cepat kot ngeletis dah kismis nak di gosok risau bercendawan pulak hehehe(kasar sikit bahasa).
Semoga anak2 mereka membesar menjadi manusia yang bermanfaat buat manusia lain.Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 18-3-2021 12:13 PM
Orang macam Z ni nak halang guna undang2 sahaja.Jangan lah layan berlawan2 cakap dengan orang maca ...

Ok terima kasih daun keladi... hehe.. btl lah tu sy cdgkan report polis sahaja. Itu pun J tak nak dek kerana merasa leceh. Apa2 pun terima kasih atas penerangannya. Sudah anak7 mengeletis macam tak kena mihmihmih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:47 PM | Show all posts
lalalisa replied at 18-3-2021 12:35 PM
Ok terima kasih daun keladi... hehe.. btl lah tu sy cdgkan report polis sahaja. Itu pun J tak nak  ...

Sama sama.
Biar leceh sedikit dari kena gangguan yang tak berkesudahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 01:11 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-3-2021 03:59 PM
boleh sebut nama sebenar tak? sebab jnz ni nama artis barat

hahhaha
i pun terbayang kan Jay Z tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
elirasputia replied at 18-3-2021 01:11 PM
hahhaha
i pun terbayang kan Jay Z tadi

Cowi awaa sy tak kenal lah retis tu. kite kenal lee min hoo je hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:29 PM | Show all posts
lalalisa replied at 18-3-2021 01:28 PM
Cowi awaa sy tak kenal lah retis tu. kite kenal lee min hoo je hahaha

awaaa

lee min hoo tu hemsem sgt


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
elirasputia replied at 18-3-2021 01:29 PM
awaaa

lee min hoo tu hemsem sgt

Hahahahhahaha khenss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070831 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list