Izara Aishah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap stesen televisyen kerana mengangkat Instafamous sebagai pelakon.
Kredit foto: IG
Aktres itu mempersoalkan kehadiran golongan influencer laman sosial sebagai pelakon.
Adakah mereka dipilih kerana bayaran yang lebih murah berbanding pelakon sedia ada dalam industri?
"Ramai instafamous jadi pelakon. TV semakin tiada bajet akibat Covid-19 ke?" ciapnya di Twitter.
Malah, dakwanya segelintir daripada mereka tidak menunjukkan minat untuk berlakon. Tiada usaha seperti mana barisan pelakon lain.
Kredit foto: IG
Ramai juga warganet bersetuju bahawa stesen TV berbuat demikian kerana influencer memiliki jumlah pengikut yang ramai.
Kredit foto: Twitter
Drama Kisah Cinta Rumi (TV3)
Kredit foto: myinfotaip
Walaupun tidak menujukan ciapan itu kepada sesiapa, namun segelintir warganet meneka bahawa Sharifah Rose yang dimaksudkannya. Anda rasa? - CARI |