View: 2039|Reply: 11
|
[Dunia]
Belah perut ibu hamil 8 bulan, larikan bayi
[Copy link]
|
|
Belah perut ibu hamil 8 bulan, larikan bayi
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -bulan-larikan-bayi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 10:39 AM
Agensi
Pamella yang dibunuh kejam. FOTO Agensi
Macae: Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati apabila perutnya dibelah dan bayinya dilarikan suspek.
Pamella Ferreira Andrade Martins, 21, ditemukan mati di rumahnya di Nova Holanda, Brazil kelmarin selepas polis memecahkan pintu kediamannya itu.
Media tempatan melaporkan, Pamella ditemukan dalam keadaan tragis di lantai bilik air rumahnya itu selepas pihak berkuasa berjaya memasuki kediaman berkenaan.
Pihak berkuasa percaya Pamella dipukul dan diserang suspek sebelum dikunci di bilik air rumahnya itu.
"Ketika ditemukan, Pamella sudah meninggal dunia, perutnya terbuka dan kandungannya (bayi) hilang," kata saksi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 22 tahun yang dipercayai suspek utama kes berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini pihak berkuasa belum mendedahkan identiti wanita terbabit.
Menurut media tempatan, suspek ditahan di sebuah hospital selepas dilaporkan membawa mayat bayi lelaki bersamanya.
Suspek memberitahu doktor bahawa dia melahirkan bayi lelaki itu selepas terjatuh ketika turun tangga.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dilakukan pihak hospital mendapati wanita itu tidak pernah hamil sebelum pihak berkuasa menahannya.
Susulan penahanan itu, pihak berkuasa turut menemukan pisau yang dipercayai digunakannya sebagai senjata untuk membelah perut Pamella.
Untuk rekod, suspek dilaporkan dilihat bersama Pamella sehari sebelum kejadian itu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak sangat anak beranaklah sendiri. Dia dah bunuh 2 nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 19-3-2021 11:41 AM
nak sangat anak beranaklah sendiri. Dia dah bunuh 2 nyawa
Mungkin ke dia tak sengaja bunuh.perempuan ni kemudian rasa bersalah dia belah perut utk selamatkan baby tu pulak?
Sebab dia sendiri bawa baby tu ke hospital... Kalau dia nak baby tu mati, dia tinggalkan aje dah la... |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 19-3-2021 11:51 AM
Mungkin ke dia tak sengaja bunuh.perempuan ni kemudian rasa bersalah dia belah perut utk selamatka ...
Ya agak pelik kes ni
Sanggup bawa mayat bayi ke hospital |
|
|
|
|
|
|
|
Di Brazil selalu dilapurkan kes macam ni makin kerap terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee scary la manusia zaman skarang |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi cases macam ni
baru just 4 weeks ago Lisa Montgomery tu was executed (lethal injection)
she did the same thing to Bobbie Jo Stinnett |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana la kering hati pemangsa ni masa belah perut tu. Hish |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dalam satu movie perancis kaka tgk tahun lps.. nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|