CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 0

Saingan Cub Prix bernafas semula

[Copy link]
Post time 19-3-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Saingan Cub Prix bernafas semula




Sepang: Penganjur perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia menyifatkan pengumuman kerajaan membenarkan kehadiran penonton ke stadium dan venue pertandingan dapat 'menghidupkan' semula suasana saingan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, meskipun penonton tidak dikenakan tiket untuk menyaksikan perlumbaan itu, namun kehadiran mereka cukup penting untuk industri berkenaan.

"Sebenarnya kami sangat mengharapkan kehadiran penonton terutamanya untuk pihak penaja.

"Tahun lalu beberapa penaja sudah berhenti daripada menaja pasukan kerana ketiadaan penonton. Jadi sebenarnya penonton amat penting daripada segi komersial dan memberi motivasi kepada pelumba.

"Bagi pelumba, perasaan mereka pasti berbeza apabila adanya kehadiran penonton ke litar," katanya pada sidang media majlis pelancaran perlumbaan itu, hari ini.

Jelas Ron, pihaknya perlu meneliti lebih lanjut prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan untuk kemasukan penonton ke litar.

"Pusingan kedua akan berlangsung dua minggu daripada sekarang. Jika kami boleh mencapai SOP daripada pihak tertentu, maka mungkin kita akan dapatkan menyaksikan kehadiran penonton ke litar," katanya.

Saingan Cub Prix akan membuka tirai bermula esok di Litar Antarabangsa Sepang dengan pusingan kedua akan berlangsung 4 April depan.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium dan venue menerusi SOP yang ketat.

Beliau berkata, kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.

Katanya, kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pula dibenarkan lebih ramai penonton iaitu 25 peratus kapasiti stadium dan venue dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton.


Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.275585 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list