CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

Sabah Lebur Rekod Kemenangan TFC

[Copy link]
Post time 22-3-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Sabah FC, Sam Garyahzon Johnson (dua kanan) menjaringkan gol kedua Sabah FC dalam saingan Liga Super ketika menentang Terengganu FC di Stadium Likas, malam ini. FOTO ADAM ARININ


Berita Harian

KOTA KINABALU: Amaran yang diberikan pengurusan jelas menyentak semangat Sabah FC selepas mereka mengejutkan pasukan di tangga kedua, Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi di Stadium Likas, sebentar tadi.

Ini menyaksikan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu menikmati kemenangan pertama musim ini selepas tumbang dalam tiga aksi berturut-turut.

Kekalahan ini sekali gus membuatkan skuad Penyu terlepas peluang untuk terus menekan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sedang beraksi menentang Perak FC.

Pada aksi terbabit, babak pertama menjadi igauan ngeri TFC apabila mereka dibolosi dua gol pantas pada minit ke-38 dan ke-42.

Levy Clement Madinda memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 sebelum Sam Johnson melebarkan jurang empat minit berselang.

Babak kedua bersambung, TFC merapatkan jurang menerusi Jordan Mintah pada minit ke-78 namun gol penyamaan yang dicari tidak hadir sehinggalah wisel penamat dibunyikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list