CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1216|Reply: 0

Hafizh uji keserasian jentera

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hafizh uji keserasian jentera




Kuala Lumpur: Bagi memperoleh tunggangan yang mantap menjelang musim baharu, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah cuba membentuk keserasian bersama jentera NTS yang menggunakan casis baharu.

Ujian pramusim rasmi di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang berakhir semalam menjadi medan terbaik buat Hafizh Syahrin memahami antara satu sama lain sebelum perlumbaan sebenar musim ini membuka tirai.

Bekas pelumba MotoGP itu yang beralih dari jentera Speed Up ke NTS bersama pasukan baharu NTS RW Racing GP pada musim ini mengakui masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan casis baharu itu selain perlu mencari pelarasan terbaik sebelum musim 2021 bermula secara rasmi Jumaat ini di litar yang sama.

"Memandangkan ini penampilan pertama saya menggunakan jentera NTS, saya mengambil dua hari pertama sesi ujian untuk menyesuaikan diri dengan motosikal," katanya pelumba berusia 26 tahun itu.

Menurutnya, mereka hanya melakukan beberapa perubahan dalam pencarian pelarasan terbaik tatkala ia juga adalah kali pertama dia dan juga kru teknikal bertemu.

"Pada hari ketiga, kami melakukan tambahan pertukaran dalam pelarasan suspensi. Namun, jentera saya tidak begitu baik di trek. Pada sesi terakhir, kru menukar tayar baharu dan sekali lagi menukar suspensi yang lebih ringan.

"Malangnya, saya tidak boleh melakukan catatan masa sepusingan yang lebih pantas dalam lingkungan dua minit. Disebabkan itu, saya sedikit kecewa dengan diri sendiri. Sekarang, kami perlu bersiap sedia untuk perlumbaan minggu ini," katanya.

Dia berkata, mereka semua sangat menantikan perlumbaan pertama kerana ia akan memberikan masa tambahan untuk mencuba pelarasan yang lain dan bersiap sedia untuk beraksi di litar untuk saingan sulung musim ini.

Hafizh Syahrin yang kembali ke saingan Moto2 musim lalu selepas beraksi di kelas perdana MotoGP, menamatkan kempen dengan mengumpul 21 mata untuk berada di tangga ke-21 keseluruhan.


Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.228584 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list