CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 1

JSJN Perlu 2,500 Penjawatan Segera Bagi Memerangi Sindiket Dadah - AKT

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 23-3-2021 09:14 AM


Abdul Hamid pada sidang media di IPK Selangor. FOTO Faiz Anuar


Harian Metro

Ruwaida Md Zain
am@metro.com.my

Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan 2,500 penjawatan segera dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebelum ini JSJN ada memohon sejumlah 15,000 penjawatan bagi pasukan itu, bagaimanapun jumlah itu agak besar.

"Sekiranya saya boleh dapat 2,500 (anggota untuk JSJN), saya dapat perkasakan pasukan.

"Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di atas perbincangan dengan PDRM.. kami akan meyakinkan pihak JPA supaya berilah kami tambahan penjawatan.

"Saya berjanji, apa juga tambahan penjawatan tidak akan disia-siakan demi keselamatan negara. Bukan saya hendak menunjukkan PDRM ini gah, tidak ada gunanya jika ramai tetapi tidak bekerja," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau memberi jaminan bahawa polis sentiasa berusaha mengatasi sindiket dan kegiatan dadah yang licik sehingga merosakkan anak bangsa.

"Saya merayu kepada kerajaan supaya PDRM mendapat pertambahan penjawatan untuk JSJN kerana ancaman dadah ini menyeluruh, bukan tertumpu di Lembah Klang saja tetapi dari seluruh negara.

"Sebab itulah operasi digandakan di premis hiburan. Tiada kompromi di situ kerana dadah ini begitu laris dalam kalangan pengunjung yang hendak berhibur.

"Sekiranya polis tidak meningkatkan penguatkuasaan ini, saya bimbang suatu hari nanti negara menjadi tumpuan untuk mereka datang menghisap dadah, sindiket dan sebagainya," katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan kerana pelbagai trend atau modus operandi terkini digunakan sindiket dadah sepanjang tahun lalu sehingga kini.

"Modus operandi penyeludupan dikenal pasti melalui jalan laut, kurier, pengangkutan penghantaran barang dan keperluan asas serta e-hailing.

"PDRM melalui JSJN sentiasa proaktif dalam menjalankan pemantauan sindiket pengedaran dadah agar tindakan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2021 09:13 AM | Show all posts
Apa kriteria PDRM mahukan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074658 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list