View: 3267|Reply: 29
|
Dadah 16 tan bernilai RM5.2 bilion dirampas, terbesar dalam sejarah negara
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysia.
Ia hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui perkongsian maklumat perisikan dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
JKDM dalam satu kenyataan memaklumkan kartel pengedaran dadah antarabangsa itu melibatkan pil captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.
"Hasil pembongkaran menjumpai anggaran sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamie dengan berat kasar dalam anggaran sebanyak 16 tan dan dianggarkan bernilai RM5.2 bilion yang disorokkan di dalam tayar troli.
"Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.
"Rampasan 16 tan pil captagon yang dianggarkan bernilai RM5.2 billion pada tahun ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini," memetik kenyataan itu.
Untuk rekod sepanjang tahun 2018, JKDM telah merampas sebanyak 3.35 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM160 juta, manakala bagi tahun 2019, JKDM telah merampas sebanyak 4.75 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM790 juta dan pada tahun 2020, JKDM telah merampas sebanyak 2.86 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM117 juta.
JKDM memaklumkan kejayaan itu adalah hasil kerjasama sekali gus merupakan suatu kejayaan terbesar dalam memerangi kartel dadah antarabangsa.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Justeru, orang ramai digesa untuk membantu pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kastam! malaysia ni mmg tempat transit kot
mesti tokan dadah menggelupur sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
mana dia cybermacai ph tu?
tk nk kutuk kerajaan tebuk atap tebuk hymen tebuk dubur ke?
sikit2 politik
sikit2 politik
injek vaksin pfizer made in israel kat bibir ko baru tau kang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini musti keja driver kontena tu kan . Dia sorang aje bersalahkan . Macam kes hari tu , rampasan dadah bernilai beratus juta . Tapi driver aje yg kena . Tak logik langsung . |
|
|
|
|
|
|
|
Nilai rampasan bilion2.tunggu pendakwaan sampai sudah takde tokan besar yang kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat apa dgn dadah byk tu, harap harap tiada bisnes black market lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
gila..nak bagi mampus anak bangsa ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
gila ....banyak anak bangsa rosak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
biliyuunn2 masuk bagi jahanam anak kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ada abam pulisi or kastam yang termakan rasuah last sekali kembali owner. Barang billion rm takkan la nak rasuah 20-30 hengget khuenzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Gile lah .... {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh.. jumlah dadah dan duit mmg banyak.. tahap produksi kilang dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sape tokeynya ?? Takkan abang driver itu kott . |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni negara transit ye..dadah pelacur warga asing penjenayah..kira hebat lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kotena transit kan? So memang takda kena mengena ngan orang lokal? Biasa transit tukar ke kapal feeder yang pergi balik arah cina japan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya lepas kena rampas macam ni apa jadi dengan rampasan tu ya? |
|
|
|
|
|
|
|
robinmosby replied at 23-3-2021 11:09 PM
Selalunya lepas kena rampas macam ni apa jadi dengan rampasan tu ya?
depa jual balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|