CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 2

Rupanya Tak Boleh Berbasikal Di Pintasan Saloma, Ya!

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Rupanya Tak Boleh Berbasikal Di Pintasan Saloma, Ya!

Sejak laluan pejalan kaki bertingkat yang menjadi ikonik di ibu negara iaitu Pintasan Saloma dibuka kepada orang ramai -- semakin banyak yang telah mengunjungi lokasi tarikan itu bersama keluarga dan rakan-rakan.


Ada yang suka bergambar Instagrammable dan lepak-lepak santai, malah ada juga kita lihat di media-media sosial yang menjadikan Pintasan Saloma sebagai laluan mereka berbasikal bersama kawan-kawan setiap kali hujung minggu atau hari cuti.

Tetapi, korang tahu tak sebenarnya pintasan tersebut yang turut dikenali sebagai Saloma Bridge itu TIDAK MEMBENARKAN sebarang aktiviti menunggang basikal.



Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan daripada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) -- penunggang hanya dibenarkan menuntun basikal semasa melalui laluan pejalan kaki yang sepanjang 370 meter itu sahaja.



Oleh itu, PKB memohon kerjasama orang ramai terutamanya kaki-kaki basikal agar mematuhi peraturan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung lain serta memelihara struktur mercu tanda yang menghubungkan Kampung Baru ke KLCC itu sentiasa dalam keadaan baik.


Kenyataan daripada PKB tersebut difahamkan sebagai maklum balas selepas banyak gambar aktiviti berbasikal di pintasan ikonik itu tular di media sosial serta mencetuskan kemarahan netizen kerana didakwa membahayakan keselamatan pejalan kaki dan merosakkan kemudahan awam.




Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa yg panah anjing kat kedah aritu..mai turun KL(minta kebenaran drp pihak yg berkenaan dahulu)...tolong panah tayar beskal drng ni....degil gak...panah kat kaki depa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 05:50 PM | Show all posts
tertanya2 kenapakah benak sangat cyclist yang baru nak up ni eh...  sebab duit dah habis puluh2 ribu kat beskal n gear membuatkan otak jadi lembam terus ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.167495 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list