CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60963|Reply: 183

[END] Sewu Dino (1000 Hari) - based on true story by Simpleman UPDATE (#18, #24,

  [Copy link]
Post time 24-3-2021 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cutestars at 28-3-2021 12:22 PM

TIPS: SILA KLIK "SHOW AUTHOR POSTS ONLY" UNTUK MEMUDAHKAN PARA PEMBACA CARI UPDATE TT

Mengisahkan seorang gadis kampung yang pada awalnya dibayar untuk menjadi seorang pembantu. Namun, ia berubah menjadi sebuah kejadian yang tak dapat dilupakan.

Siapa Simpleman?

Simpleman ialah seorang penulis cerita horror Indonesia yang viral pada tahun 2019 kerana menggemparkan rakyat Indonesia tentang kisah KKN Desa Penari. Apa yang membuat Simpleman special dari penulis yang lain ialah hampir kesemua ceritanya berdasarkan kisah benar yang ditemuramah sendiri. Identiti sebenar Simpleman masih tidak dapat diketahui. Tapi kisah-kisah dari Simpleman mampu membuat orang yang membacanya meremang, malahan terbawa-bawa ke dunia nyata.

Kenapa TT pilih cerita orang lain? Kenapa tak ada cerita sendiri?
Okay macam ni. TT cuma nak share je macam mana dunia mistis Indonesia, lebih-lebih lagi masyarakat Jawa. Masa TT baca Sewu Dino ni pun, TT ada pengalaman seram sendiri yang TT hadapi. Tapi itu nanti lah TT bahas. TT cuma nak share cerita yang TT jumpa, so janganlah bash. TT cuba ek. Kalau korang tak suka TT mintak maaf banyak-banyak.

Jadi, siap-siap. Tutup lampu. Cuba baca cerita ni malam-malam dalam gelap. Hehe. TT akan cuba post sedaya upaya TT cerita ni sampai habis.

Tunggu tau.

And welcome!
Disclaimer: credit cerita dan gambar ialah hasil penulisan Simpleman (twitter: SimpleM81378523). TT cuma translate dan cuba nak share cerita ni untuk orang ramai~ enjoyyyy

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 09:31 AM | Show all posts
citer rekaan semata2 tak minat tp klu citer berdasarkan pengalaman sebenar berminat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
SETUJUUUUUUUU.. Caplocks sbb nak bagitau keseriusan setuju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2021 09:33 AM | Show all posts
Jitu replied at 24-3-2021 09:31 AM
citer rekaan semata2 tak minat  tp klu citer berdasarkan pengalaman sebenar berminat jugak

tak tahu la sejauh mana kebenaran dia but di indonesia ni mmg byk benda jadi tak masuk akal..haha..kalau nak, i boleh share..kalau korg nak la. kalau tak nak, takpe i malas nak bukak..kang sendu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:39 AM | Show all posts
cutestars replied at 24-3-2021 09:33 AM
tak tahu la sejauh mana kebenaran dia but di indonesia ni mmg byk benda jadi tak masuk akal..haha. ...

takpa tt bukak je thread ramai je yg minat nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:48 AM | Show all posts
berminat! walaupun sejenis penakut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 12:49 PM | Show all posts
tulis je dik, abang peminat cerita seram ni. Nnti ramai lah yang akan masuk baca. sebab yang baca tu kita xleh nak dapat data dia kan..bukan macam blog.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Survey form ke ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 04:12 PM | Show all posts
ni alang2 dah bukak thread ni...citer je dik
asal ada bahan baru org akan baca
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita je lah dekkk...silent reader ramai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah abang kakak datuk datin encik puan semua saya akan bukak thread. Bagi masa sikit nak edit dialog jawanyaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 05:50 PM | Show all posts
okay ikot rapatttt.. lekaih la cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 06:11 PM | Show all posts
Okay je janji penulisan dalam BM, klo jawa mmg xpaham
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cutestars replied at 24-3-2021 09:33 AM
tak tahu la sejauh mana kebenaran dia but di indonesia ni mmg byk benda jadi tak masuk akal..haha. ...

I ske tgk cite hantu indonesia..lampor keranda terbang..perempuan tanah jahanam..apa ntah lagi i tgk kat channel boo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I followwwww
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis je,  tapi kalau boleh kurangkan bersembang.. Nanti page sembang lebih banyak dari page cerita... Ok terina kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis je,  tapi kalau boleh kurangkan bersembang.. Nanti page sembang lebih banyak dari page cerita... Ok terina kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2021 08:08 PM | Show all posts
Edited by cutestars at 27-3-2021 06:24 PM

Malam ini, aku akan menyampaikan sebuah peristiwa kelam,atau boleh dikatakan pengalaman mengerikan daripada seseorang yang berhasil aku korek. Sebegitu kelamnya cerita ini, sampai aku telah pun berjanji tidak akan membocorkan lokasi dan semua yang berhubungan dengan cerita ini. Untuk itu, aku mintak kerjasama dari semua, dan selebihnya, terima kasih kerana sudah meluangkan waktu untuk membaca cerita ini.

Aku ingin menyampaikan cerita ini dengan tempo perlahan sehingga aku boleh menggambarkan pengalaman dari peristiwa ini se-detail mungkin, danuntuk itu, mari kita mulai ceritanya.

-Simpleman-

-2001-

"Kamu yakin nak pergi ke ibu kota? Kenapa tak cari dekat-dekat sini? Cuba yang dekat je lah dulu, mungkin ada yang perlukan khidmat kamu," (yakin, awakmu budal gok ibu kota, kok gak nggolek gokkene ae, idekkan, bekne onok sing butuh)

Sri terdiam seketika, kerana memerlukan beberapa saat untuk menghadam kata-kata ayahnya. "Nak kerja apa dekat sini pak, saya ni cuma sekolah sampai sekolah rendah je." (kerjo opo pak nang kene, wong Sri ae mek lulusan SD)

"Kalau kamu pergi, nasib bapak macam mana? Siapa yang nak jaga bapak nanti, nak?" (trus nek awakmu budal, bapak yo'opo to? sopo sing ngerawat ndok?)

"Iya pak, Sri faham. Tapi, kalau Sri tak kerja, siapa nak bagi bapak duit?" (nggih pak, Sri ngerti. tapi nek Sri gak budal, yo opo, ben Sri isok ngekek'i bapak duit?)

Petang itu, matahari mulai terbenam sebelum seseorang mengetuk pintu gubuk rumah Sri. Rupannya, itu ialah Bu Menik, jiran yang paling kaya dikampung itu. Bu Menik menyampaikan hajat kedatangannya untuk mengkhabarkan bahawa ada seseorang menghubungi dari Griya Zainah, salah satu agen dari agensi mencari pembantu. Beberapa hari lepas, Sri ada memberitahu Bu Menik untuk memberitahunya jika ada orang yang mencari pembantu untuk bekerja. Sri, tanpa membuang waktu, terus bergegas ke rumah Bu Menik kerana di kampung itu hanya Bu Menik saja yang mempunyai telefon rumah. Disebabkan itu, orang kampung banyak yang mintak tolong ke Bu Menik jika ingin berurusan melalui telefon.

Sri menjawab panggilan dari agensi tersebut untuk menyatakan bahawa dia menerima tawaran bekerja itu. Oleh itu, Sri diminta datang hari esok ke rumah agen tersebut.

Sejenak, Sri terdetik untuk menunda keberangkatannya hari esok. Dia sedikit berharap yang tempatnya mencari rezeki tidak jauh dari tempat tinggalnya. Bila difikirkan, dia sebenarnya tidak sanggup menerima tawaran bekerja tersebut mengenangkan bapaknya yang sudah tua dan tak mungkin bapaknya ingin berjauhan dengan satu-satunya anak perempuannya, yang berkelulusan sekolah rendah seperti kebanyakan anak perempuan di kampung itu.

Namun begitu, bagi Sri yang penting sekarang ialah dia harus mencariwang untuk memenuhi keperluan hidup yang semakin hari semakin menekan. Untuk makansehari-hari saja sudah susah. Oleh itu, Sri nak tak nak harus nekad untuk menerima tawaran kerja menjadipembantu di rumah orang yang kaya itu.

******
Langit masih gelap namun Sri begitu bersemangat pada pagi itu. Meski dia berjanji akan datang pukul 8 pagi, Sri sudahpun bergegas keluar rumah, saat fajar pertama sudah menyingsing tinggi.

Untuk pergi ke tempat yang dituju, dia harus naik van angkut ke kota. Kerana kampung Sri ada di pinggiran bandar, ia mengambil masa satu setengah jam untuk sampai ke kota.Setelah itu, Sri pun sampai ke tempat yang dituju. Saat Sri tiba, dia melihat di hadapannya ada sebuah rumah yang cukup besar. Ruimah besar itu, walaupun dalam bentukrumah, namun si pemilik sudah sangat terkenal sebagai agen pembekal tenagakerja untuk orang yg mencari pembantu rumah tangga. Sesampainya Sri dia melihat sudah banyak sekali orang yang menunggu. Nampaknya, bukan sahaja Sri yang ditawarkan kerja tersebut.

Setelah menunggu untuk waktu yang agak lama, akhirnya nama Sri pun dipanggil. Sri masuk ke sebuah ruangan kecil dan berjumpa dengan agen tersebut. Agen tersebut menjelaskan bahawa dia memerlukan seorang pembantu untuk satu keluarga ini. Agen tersebut memaklumkan bahawa keluarga yang mencari pembantu tersebut akan datang ke rumah itu pada tengah hari nya untuk memilih pembantu yang sesuai. Namun, sebelum keluarga itu datang, agen tersebut mengutarakan pertanyaan yang membuat Sri berasa sedikit pelik. Pertanyaan yang mengundang banyak sekali mengundang persoalan dalam kepala Sri.

"Sri, betul ke kamu lahir pada hari Jumaat Kliwon?" (Sri, ini bener, kamu lahir jumat kliwon?)

Sri yang mendengar pertanyaan itu, pada mulanya terkejut. Untuk apa agen itu menyanyakan tarikh lahirnya? Dengan sedikit tergagap, Sri mengiyakan pertanyaan tersebut. Memang benar Sri lahir pada hari Keliwon tapi dia tidak tahu hari tersebut ialah hari Jumaat. Kerana Sri sendiri tidak pasti tapi bagaimana agen tersebut boleh tahu?

Melihat Sri membenarkan pertanyaannya, agen tersebut mengangguk seakan dia telah menemui apa yang dicari. Bagi Sri pula, pertanyaan itu berbaur aneh.

"Hari lahir kamu sangat istimewa, Sri," (hangyati ya Sri) kata si agen itu tadi. Lantas, agen tersebut membawa Sri ke suatu ruangan di dalam rumah itu. Ruang itu lebih besar dan megah. Sekali lagi, Sri diminta untuk tunggu. Sri berfikir bahawa dia sudah lulus untuk dipilih untuk menjadi pembantu rumah. Sangka Sri hanya dia seorang sahaja. Namun setibanya di ruangan itu, Sri melihat ada dua wanita yang sudah duduk menunggu dalam ruangan tersebut terlebih dahulu.

Selama berjam-jam, Sri menunggu disana bersama dua orang yang duduk tadi. Sri berbual dengan dua orang wanita tersebut yang memperkenalkan diri mereka sebagai Erna dan Dini. Usia mereka berdua tidak jauh dari Sri. Mereka masih muda dan seperti Sri, Erna juga belum bernikah kecuali Dini yang sudah mempunyai dua anak.

Sedang mereka asyik berbual pelbagai topik, agen tersebut tiba-tiba memanggil salah satu dari mereka. Agen tersebut memanggil Erna. Erna pun keluar dan mengikut agen tersebut. Lama Erna hilang tidak ada khabar pun membuat Sri tertanya-tanya. Erna yang dipanggil tidak kembali ke ruangan tersebut. Sebaliknya, selepas itu, Dini pulak yang dipanggil meniggalkan Sri sendirian di ruangan itu menunggu, entak untuk apa.

Ditengah kebosanannya, Sri melihat-lihat ke luar jendela. Disana, dia melihat banyak kereta di luar. Tiba-tiba, di tengah pemerhatiannya, giliran Sri pula dipanggil oleh agen tersebut.

Dengan ragu, Sri keluar berjalan menuju ke sebuah lagi ruangan yang ada si agen tadi. Tapi kali ini, agen tersebut menunggu Sri dengan seorang wanita yang memakai pakaian adat Jawa. Wanita pertengahan umur tersebut dilihat lengkap memakai kebaya Jawa, berkain jarik dengan memakai sanggul. Dia keliahatan begitu anggun bagi kebanyakan wanita seumurnya. Wanita itu duduk dan menatap Sri dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan matanya.

Wanita itu tersenyum dengan sangat tulus sehingga membuat Sri merasa teragak-agak. Sri merasa seakan berhadapan dengan orang berdrajat tinggi sekali. Sri bahkan tidak berani melihat matanya. Aura yang keluar daripada wanita itu begitu membuat Sri merasa kecil sekali.

"Cantik sekali." (ayu ne) Ujar wanita itu dengan nada suara yang sangat halus.

Sri diminta untuk duduk. Kemudian, si agen tadi memperkenalkan siapa wanita anggun itu. Rupannya, wanita itu ialah pemilik restoran yang saat itu terkenal sekali seantero Jawa Timur. Sebegitu terkenalnya, kekayaannya tidak perlu lagi dipersoalkan. Semua itu membuat Sri berasa sedikit terkejut.

Nama wanita itu ialah Kembang Krasa. Walaupun bunyi nama itu hanya semacam gelaran, namun, Sri tahu erti nama tersebut yang bererti Bunga Krasa. Bunga yang menurut lagenda, sungguh wangi dan pernah digunakan suatu masa dulu untuk menyingkirkan pembalak di atas Gunung I***. Kejadian tersebut terjadi ketika bangsa makhluk halus masih mendiami Tanah Jawa. Semua orang disini tahu cerita itu. Sri hanya menunduk. Dalam hatinya, dia masih segan untuk menatap wanita itu.

"Angkatlah kepalamu, nak. Tidak usah kau takut. Mbah ini sudah tua, tidak perlulah sehormat itu." (angkaten sirahmu nduk, ra usah wedi ngunu, mbah ki westuwek, ra usah hormat koyok ngunu)

Sri hanya mengangguk kecil. Dia tetap tidak membuang rasa segannya seperti yg di perintahkan. Tibalah saat Mbah Krasa, mulai mengajukan beberapa pertanyaan yang sama seperti si agen tadi. Mulai dari lahirnya, weton, dan penanggalan yang membuatkan Sri bingung menjawab kesemua pertanyaannya. Di puncak pertanyaan daripada Mbah Krasa, dia menyentuh tangan Sri lalu tersenyum.

"Nak, kamu mau kerja sama Mbah?" (ndok, gelem kerjo ambek mbah?)

Mendengarkan pertanyaan itu, Sri mengangguk tanda setuju.

"Kamu minta berapa gaji kamu dalam sebulan?" (jalok piro, bayaranmu sak wulane?) Tanya Mbah Krasa.

Sri sedikit bingung bila mahu menjawab. Kemudian, dengan gugup, dia membalas, "700 ribu, Mbah, kalau boleh." (700 ewu, mbah, nek saget)

Sri sempat melirik wanita itu yang tetap anggun dengan senyumannya. "700 ribu" (700 ewu) gumam wanita itu. "Bagaimana kalau setiap bulan saya bayar 5 juta?" (yo opo, nek takkek'i sak wulane, 5 yuto)

Sri terkejut bukan main. Mana mungkin gaji pembantu setinggi itu. Paling tinggi yang Sri tahu bayarannya cuma 500 ribu. Mendengarkan tawaran itu, Sri pun terus setuju. Dia tidak tahu harus mengatakan apa lagi. Bahkan, sebelum wanita separuh baya itu berlalu pergi, dia menegaskan bahawa si agen tersebut tidak akan memungut satu sen pun dari Sri. Kebiasannya, apabila bekerja di bawah agensi, agensi akan menolak sedikit dari gaji pembantu yang disalurkan sebagai upah. Namun, hal ini tidak biasa. Membuatkan Sri bingung dan semakin aneh. Pekerjaan pembantu tapi gaji setinggi itu? Sri mulai ragu. Tapi, Sri sudah pun bersetuju menerima tawaran tersebut.

Petang itu, usai sesi temuramah, Sri pun pulang dan menceritakan kejadian itu kepada bapak. Sama seperti Sri, bapaknya juga mengatakan keanehan yang dirasai oleh beliau.

"Sri, bapak dapat firasat yang ini ialah hal yang buruk. Tak apalah Sri, Sri cari kerja yang lain saja," ujar bapak. (firasat bapak kok gak apik yo ndok, opo gak usah budalae, golek maneh ae)

Tapi Sri tetap meyakinkan bapak bahawa dia tidak punya pilihan lain dan dia harus kerja. Tambahan, Sri berfikir gaji pekerjaan tersebut lebih dari cukup untuk menampung mereka berdua. Sri memberi alasan bahawa siapa yang hendak memberi gaji setinggi itu kepada seorang pembantu rumah.

Tapi dalam hati kecil Sri, dia masih curiga. Sri berfikir bahawa dia ingin melihat terlebih dahulu semacam apa pekerjaan yang akan diberikan kepadanya.

******

Keesokan harinnya, Sri pun berangkat ke rumah Mbah Krasa setelah bersalaman dengan bapaknya. Disana, dia melihat Erna dan Dini juga berada di situ. Mereka sama-sama terkejut melihat satu sama lain. Seperti sebelumnya, mereka dipanggil satu persatu, hingga tiba giliran Sri. Kali ini sedikit berbeza kerana tak hanya Mbah Krasa, tapi seluruh ahli keluarga tersebut juga ada bersama-sama wanita itu. Ada 7 orang kesemuanya. Mereka semua duduk memandang Sri yang lagi berdiri. Sama seperti sebelumnya, mereka seperti mengamati Sri dari hujung kepala sehingga hujung kaki dengan mata masing-masing.

"Begini Mbak, saya mahu tanya dulu. Kamu setuju bekerja disini? Kerana ada larangan keras yang bila kamu sudah menerimannya, larangan tersebut tak boleh ditarik balik," (ngeten mbak, kulo bade tandet, sampean purun, nyambutten mriki, soale, onok pantangan'e, nak sampeyan purun, pantangane ra isok dicabut maneh) kata seorang wanita yang lebih muda. Umurnya sekitar 30'an.

Sri merasa pelik. "Larangan apa, Mbak?" (larangan nopo nggih mbak?)

Dari pandangan mata Sri, dia menangkan gelagat aneh ahli keluarga tersebut kerana kesemua mereka saling memandang satu sama lain seakan memberi isyarat bahawa pertanyaan Sri itu tidak perlu dijawab. Mbah Krasa berdiri dari tempatnya lalu berbisik pada Sri, "hidupmu akan terjamin bila kamu mahu, tapi saya tidak mahu memaksa kalau kamu tidak mahu." (uripmu bakal dijamin, nek awakmu gelem ndok, tapi nek awakmu gak gelem,mbah gak mekso)

Dan, masih tidak ada jawapan dari pertanyaan Sri tadi. Akan tetapi, Sri tak mahu berfikir panjang lalu memberikan persetujuannya saat itu juga.

"Ya, saya mahu." (nggih, kulo purun)

Sri pun lalu dipersilakan melangkah pergi dan lalu dia menemui Dini dan Erna juga. Rupannya, mereka semua diterima bekerja disini.

"Disini?" adalah pertanyaan yang akan membuat mereka kebingungan. Terutama, saat malam tiba.

Malam itu, sesuai dengan arahan, kmereka semua datang ke rumah itu lagi. Mereka nampak Mbah Krasa sudah menunggu bersama anggota keluarga lain. Di sini, Mbah Krasa menjelaskan bahawa mereka bertiga akan ditugaskan di sebuah rumah lain. Sebuah rumah yg sangat jauh. Jauh sekali. Rumah tersebut terletak di dalam sebuah hutan.

Sri dan yang lain bingung. Tidak ada penjelasan menegani hal ini sebelumnya pada siang tadi. Namun, apakan daya. Ketiga-tiga mereka sudah berjanji mahu menerima pekerjaan ini.

******

Jumaat Kliwon - menurut masyarakat Jawa, Jumaat Kliwon merupakan hari yang dianggap berpuaka dan sering dikaitkan dengan hal-hal mistik.
Kembang Krasa - sejenis bunga yang wangi
Weton - tanggal kelahiran menurut masyarakat Jawa
Penanggalan - tahun menurut kalendar Jawa
Jarik - kain batik Jawa
Mbah - panggillan untuk orang yang lebih berumur (macam nenek dan atuk)
Mbak - panggilan untuk wanita dewasa
SD - Sekolah Dasar (macam sekolah rendah dekat Malaysia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu dekat Demerung...so kaka akan follow citer nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.360270 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list