CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 4

"Saya Sudah Lakukan Yang Terbaik Di PJ" Kata Nik Ezanee - AKT

  [Copy link]
Post time 25-3-2021 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Nik Ezanee pada Majlis Perjumpaan Santai bersama Media di IPD Petaling Jaya, hari ini - NSTP/ Aizuddin Saad


Berita Harian

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk di daerah itu dan berharap ia akan diteruskan pegawai yang menggantikannya nanti.

Katanya, sepanjang bertugas di Petaling Jaya, beliau sudah berusaha menjalankan amanat yang digalas sebagai ketua polis daerah dan yakin sudah menunaikannya dengan baik.

"Saya sangat berpuas hati sepanjang menjadi ketua polis daerah dan pengalaman ini amat bermakna kerana saya berpeluang mendekati masyarakat setempat serta mengetahui masalah mereka.

"Kami sudah buat yang terbaik untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk kerana saya mempunyai pasukan yang bagus. Saya berharap perkara ini akan dapat diteruskan oleh pengganti saya.

"Terima kasih Petaling Jaya. I love you 3,000 (mengajuk lagu popular filem Avengers Endgame's)," katanya pada Majlis Apresiasi Media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Majlis itu bagi menghargai sumbangan petugas media yang banyak memberikan liputan kepada aktiviti dan kejayaan polis daerah Petaling Jaya.

Seramai 37 petugas media membabitkan editor, wartawan, jurugambar dan juruvideo menerima sijil penghargaan daripada Nik Ezanee.

Nik Ezanee akan meninggalkan jawatannya pada bulan ini selepas dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor yang baharu menggantikan Datuk Fadzil Ahmat yang ditukarkan ke Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner, berkuat kuasa 12 April ini.

Beliau dilantik Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 16 Februari 2020 bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Superintendan Unit Siasatan dan Pendakwaan Zon Tengah Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Putrajaya, Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid akan menggantikan Nik Ezanee dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2021 09:22 AM | Show all posts
The tale goes on
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 09:57 AM | Show all posts
Nik ezanee & dato ayob maidin pitcey je ke polis yg popular kat mesia nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru perasan ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap beno servis kt pj tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075265 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list