View: 1296|Reply: 1
|
Kerja membaiki jalan masih tidak siap setelah setahun, wanita ini siap sambutkan
[Copy link]
|
|
Kerja membaiki jalan masih tidak siap setelah setahun, wanita ini siap sambutkan ulangtahun
Kerja-kerja membaiki jalan bukan sahaja menggangu lalu lintas dan menyusahkan pengguna jalan raya, malah ia juga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman jika berlaku di kawasan kediaman penduduk.
Sesetengah pihak hanya akan melakukan kerja membaiki jalan pada waktu malam agar tidak mengganggu lalu lintas supaya kerja mereka dapat disiapkan dengan cepat.
Tetapi ada kawasan yang mungkin mempunyai masalah dalaman dan memerlukan kerja-kerja membaiki yang lebih terperinci serta mengambil masa yang lama.
Namun jika sesebuah projek itu masih tidak selesai selepas setahun, pasti ramai yang mula pelik dan panas telinga.
Itulah yang dilalui oleh sebuah kejiranan di New Orleans apabila projek membaiki jalan di kawasan perumahan mereka masih tidak siap-siap setelah setahun.
Ramai penduduk di kejiranan itu yang telah lama bersabar dengan bunyi bising, dan Natalie Harvey mendapat idea untuk membuat kek selepas salah seorang jirannya berkongsi di group Facebook kejiranan mereka bahawa kerja membaiki jalan di rumah mereka telah mencecah setahun.
Natalie yang bekerja sebagai jururawat mengambil kesempatan itu untuk membuat kek bagi meraikan ulangtahun pertama projek tersebut dan bergambar dengan kek di kawasan kerja pembinaan berkenaan.
Perkongsian Natalie bukan sahaja menghiburkan jiran-jirannya yang masing-masing telah lama bersabar dengan gangguan dari projek tersebut.
Malah pihak berkuasa pembaikan jalan raya New Orleans yang melihat posting Natalie juga menjanjikan bahawa semua yang terlibat dalam melaksanakan projek itu akan diawasi agar ia tidak tertunda lagi.
SUMBER
FACEBOOK
BORED PANDA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya keo kak siap kek segala |
|
|
|
|
|
|
| |
|