CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 0

Dollah masih tak puas hati

[Copy link]
Post time 29-3-2021 09:28 PM | Show all posts |Read mode

LEE Tuck (kanan) turut meledak gol untuk Sri Pahang. FOTO FB Sri Pahang FC


Kuantan: Dollah Salleh masih belum berpuas hati dengan prestasi Sri Pahang FC biarpun mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pengurus pasukan itu berkata, kemenangan besar itu tidak menggambarkan bahawa pasukan itu berada pada prestasi terbaik kerana masih ada kelemahan yang perlu diatasi.

"Menang 4-0 ke atas Kelantan United tidak boleh dinilai daripada segi pencapaian terbaik kerana perlawanan ini lebih kepada memperkemaskan jentera pasukan.

"Jika dilihat pada prestasi keseluruhan, saya tidak begitu gembira walaupun jentera serangan berjaya menghasilkan gol.

"Masih banyak yang perlu dipertingkatkan lagi bukan sahaja di bahagian serangan, malah posisi tengah dan pertahanan juga perlu lebih kemas," katanya.

Pada perlawanan itu, empat gol Sri Pahang, masing-masing satu gol dijaringkan oleh Muhd Nur Izzat Che Awang, Yevhen Bokhashvili, Lee Tuck dan Baqiuddin Shamsudin.

Perlawanan itu lebih kepada memperbaiki kelemahan terutana jentera serangan yang tumpul pada lima perlawanan Liga Super lalu.

Kegagalan jentera hadapan itu menyebabkan Sri Pahang gagal beraksi cemerlang apabila sekadar melakar satu kemenangan dan satu seri.

Dengan sekadar mengutip empat mata, ia meletakkan skuad Tok Gajah di kedudukan ke-11 liga.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/ ... masih-tak-puas-hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list