CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2152|Reply: 6

Gadis Bercakap Laju Buat Food Review, “Masuk Pulak Beat Dia”

[Copy link]
Post time 30-3-2021 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Gadis Bercakap Laju Buat Food Review, “Masuk Pulak Beat Dia”

Hari ini kita dapat lihat ramai yang memanfaatkan penggunaan media sosial dan menjadikan ia sebagai lubuk rezeki. Bukan sesuatu yang pelik bila ramai yang mula memuat naik video review makanan, gajet mahu pun peralatan rumah. Masing-masing ada kepentingan tersendiri demi menghiburkan dan mendapat keuntungan di sosial media.

Biarpun begitu, video seorang gadis buat food review dengan caranya tersendiri ini telah meraih perhatian ramai. Manakan tidak gadis ini bercakap laju buat food review sudah seperti sedang rap lagu Eminem! Berikut adalah perkongsian bakat luarbiasa milik gadis ini:



Nampak macam dengan satu nafas sahaja dia bercakap sambil berikan ulasan. Memang hebat! Siap sempat juga merasa makanan yang dikongsikan itu. Kedengaran dari percakapannya itu gadis ini seperti dari negara seberang yang mencuba ayam KFC terbaharu.

Apa-apa pun memang win habis cara dia bercakap dan berjaya mencuri perhatian ramai! Perkongsian video gadis bercakap laju buat food review ini telah meraih lebih 59 ribu tontonan dan 2,800 likes serta 3,000 retweets.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan bakat yang dimiliki gadis ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Hahahaha siap makan tu pastu sambung”


“Masuk pulak beat dia”





SUMBER
TWITTER FAIZEDZAHAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon mom minta 'acara ini' dipertandingkan hingga ke peringkat olimpik.....cam cerah jer peluang Msia dpt pingat emas........
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulut cirit kannnn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols mukbang ke??? Euwww nampak jijik! Cana boleh selera kat situ dgn muka berkerak nampak buih kat ujung mulut penuh satu frame ngan cakap lelaju gituh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Kfc ada menu baru?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-3-2021 09:14 PM
mohon mom minta 'acara ini' dipertandingkan hingga ke peringkat olimpik.....cam cerah jer peluang Ms ...

Bukan indon ke tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2021 08:13 AM | Show all posts
eminem feat. eminah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.314081 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list