CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 2

[Sarawak] Masuk Bintulu, wajib saringan COVID-19

[Copy link]
Post time 31-3-2021 06:18 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu mengambil keputusan untuk mewajibkan ujian saringan COVID-19 sebelum pergerakan masuk ke zon Bintulu berkuat kuasa 5 hingga 18 April ini.


Langkah itu diambil berikutan banyak kes penularan COVID-19 yang berlaku di sini berpunca daripada pergerakan individu dari luar bahagian ini dan seterusnya menjangkiti komuniti serta menyebabkan jangkitan di tempat kerja.
Pengerusi JPBB Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata JPBB Bintulu mencadangkan agar semua individu yang ingin masuk ke Zon Bintulu menjalani ujian saringan COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum melakukan perjalanan.
Katanya, keputusan ujian saringan tersebut hendaklah dijadikan dokumen sokongan semasa memohon permit polis untuk merentas zon.
"Sekiranya tiada keputusan ujian saringan COVID-19, pihak polis tidak akan melulus permit pergerakan tersebut.

"Individu yang didapati tidak mempunyai dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 akan dihalang memasuki bahagian Bintulu atau akan dimasukkan ke pusat kuarantin selama 14 hari dengan segala kos kuarantin dan ujian saringan akan ditanggung individu itu sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Residen Bahagian Bintulu hari ini.
Begitupun katanya, pengecualian akan diberikan kepada individu yang perlu merentas masuk ke Bintulu atas sebab kecemasan dan dokumen sokongan hendaklah dilampirkan seperti temu janji di hospital, atau menghadiri pengebumian.
Manakala bagi individu di bawah kategori perkhidmatan penting yang melakukan perjalanan ulang-alik secara kerap ke Bintulu akan diberikan kelonggaran iaitu keputusan ujian saringan COVID-19 adalah sah bagi tempoh dua minggu.
"Bagi individu yang keluar dari Bintulu dan kemudian memasuki Bintulu semula juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai dokumen sokongan bersama permit polis untuk memasuki zon Bintulu," ujarnya.
Terdahulu katanya, keputusan penting mesyuarat JPBB Bintulu itu dibuat berdasarkan penilaian daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dan pandangan semua ahli jawatankuasa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Bintulu.
Katanya, JPBB Bintulu terdiri daripada pelbagai agensi telah melaksanakan beberapa langkah mengekang penularan wabak ini dalam komuniti antaranya pelaksanaan pengesanan kes aktif, kawalan penuh di lokasi bersasar, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard secara berterusan, mengarah semua kontak rapat untuk dikuarantin di pusat kuarantin diwarta kerajaan.
Selain itu katanya, pelaksanaan semua polisi yang diumumkan dari masa ke masa oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), namun JPBB Bintulu telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan tambahan lebih drastik bagi memastikan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dapat dikurangkan.
Hadir sama, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung; Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili; Pengurus Bahagian Alam Sekitar, Kesihatan dan Penguatkuasaan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Mohamed Ansari Mohd Syed Ahmad; Timbalan Pengarah Hospital Bintulu Dr Sivasshunmugam Sangaran; serta wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan.

kredit : utusanborneo 31/3/2021





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2021 11:46 PM | Show all posts
Penduduk Bintulu lontar pelbagai pandangan tentang isu saringan


BINTULU: Pelbagai pandangan dilontarkan penduduk Bintulu tentang pelaksanaan ujian saringan COVID-19(rT-PCR) yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin memasuki bahagian Bintulu berkuat kuasa 5 hingga 18 April ini dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.


Pengerusi Persatuan Penggalakan Pelancong Bintulu Ismawi Ishak berkata, adalah wajar tindakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu yang memutuskan sesiapa yang ingin memasuki Bintulu per-lu menjalani ujian saringan COVID-19.

Katanya, ia kerana sejak akhir-akhir ini kes COVID-19 semakin meningkat di Bintulu sekali gus memerlukan usaha lebih konkrit untuk memastikan Bintulu dapat mengurangkan kes COVID-19 ini daripada terus meningkat.

Seterusnya katanya, usaha ini perlu dilakukan semua pihak dan mematuhi pro-sedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Dengan itu katanya, kita berharap kes COVID-19 dapat dikurangkan dan terus menurun di Bintulu.


Berbeza dengan Abdul Rahman Ibrahim yang be-kerja sendiri, dia berpendapat ujian calitan atau saringan COVID-19 untuk sesiapa pun yang masuk ke Bintulu agak menyusahkan terutama yang ada urusan kerja di Bintulu.

“Yang penting sebenarnya kita kena jaga prosedur operasi standard (SOP) dan bertanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat.

“Jarakkan diri satu ke dua meter, pakai pelitup muka. Kalau berjumpa rakan jarakkan diri dan jangan bersentuhan. Cara ini lebih penting,” ujarnya.

Apa yang berlaku sekarang katanya, kita terlalu bebas apabila berjumpa dengan rakan-rakan tanpa mengira SOP.  

Katanya, kalau kita jaga SOP dan diri kita sudah tentu dapat menghalang pandemik ini.  

“Ujian calitan COVID-19 itu adalah salah satu tindakan yang baik tapi agak menyusahkan rakyat yang perlu keluar masuk Bintulu sebab perlu menampung kos bayaran untuk ujian itu,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak-Kanak Bintulu (PAKB) Maraini Jaafar me-nyambut baik usaha JPBB Bintulu itu bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

“Ini disebabkan keba-nyakan kes berlaku dari luar Bintulu dan tempoh 5 hingga 18 April perlu menjalani ujian calitan COVID-19 itu, kalau tidak melakukannya maka perlu kuarantin 14 hari,” katanya.

Namun katanya, rakyat yang berpendapatan rendah, mempunyai anak yang ramai dan ada urusan di Bintulu perlu mendapatkan ujian dengan kos tinggi.

“Katakanlah keluarga itu punya anak ramai terpaksa dua kali ke Bintulu maka dua kali mereka perlu ujian saringan itu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk tujuan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap mungkin ada cara lain boleh digunakan dalam usaha mengekang wabak supaya tidak perlu membayar harga tinggi setiap kali masuk ke Bintulu dan berharap rakyat juga mematuhi SOP serta membantu usaha JPBB Bintulu ini.

Guru Besar SK Kelawit Tatau Janudin Abdul Rahman bersetuju dengan usa-ha JPBB Bintulu untuk mengekang wabak ini memandangkan Bintulu antara zon yang merekod kes tertinggi penularan wabak di negeri ini.

Justeru katanya, ia dapat mengurangkan penularan wabak ini yang kita faham dari luar Bintulu selain dalam Bintulu sendiri.

“Saya menyokong penuh usaha JPBB Bintulu ini de-ngan memperketatkan lagi syarat  orang luar memasuki Bintulu dan sama-sama kita doakan wabak ini dapat dikurangkan di Bintulu dan bahagian lain negeri ini,” ujarnya.

kredit : utusanborneo  2021-04-02T01:00:02+08:00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 11:18 PM | Show all posts
Pemeriksaan ketat dilakukan di Lapangan Terbang Bintulu



Pegawai dan anggota polis memeriksa dokumen individu yang memasuki Bintulu melalui penerbangan domestik di Lapangan Terbang Bintulu.

JALANKAN TUGAS: Pegawai dan anggota polis memeriksa dokumen individu yang memasuki Bintulu melalui penerbangan domestik di Lapangan Terbang Bintulu.
BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Bintulu bagi memastikan individu yang menaiki penerbangan domestik telah melakukan ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) sebelum memasuki Bintulu.


Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili dalam kenyataannya di sini berkata, pemeriksaan dilakukan di Lapangan Terbang Bintulu itu khusus untuk penerbangan domestik ke atas individu bagi memastikan mereka telah menjalani ujian rT-PCR tiga hari sebelum memasuki Bintulu dan mempunyai permit polis.

“Pemeriksaan bukan sahaja dilaksana di lapangan terbang bahkan sekatan jalan raya di sempadan-sempadan masuk jalan ke Bintulu bagi memastikan individu atau orang luar yang memasuki Bintulu bebas daripada jangkitan COVID-19 sekali gus memastikan usaha mengurangkan penularan wabak itu di Bintulu serta negeri ini dapat dilakukan dengan jayanya,” kata beliau.

Pada sidang media 31 Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman berkata, susulan banyak kes penularan COVID-19 berlaku di Bintulu berpunca daripada pergerakan individu dari luar bahagian ini, seterusnya menjangkiti komuniti serta menyebabkan jangkitan di tempat kerja, maka JPBB Bintulu mengambil keputusan mewajibkan ujian saringan COVID-19 (rT-PCR)sebelum pergerakan masuk ke Zon Bintulu berkuat kuasa 5 hingga 18 April ini.

Katanya, JPBB Bintulu mencadangkan agar semua individu yang ingin masuk ke Zon Bintulu hendaklah melakukan ujian saringan COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum melakukan perjalanan.


Katanya, keputusan ujian saringan tersebut hendaklah dijadikan dokumen sokongan semasa memohon permit polis untuk merentas zon.

“Sekiranya tiada keputusan ujian saringan COVID-19, pihak polis berhak tidak meluluskan permit pergerakan tersebut.

“Individu yang didapati tidak mempunyai dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 akan dihalang memasuki bahagian Bintulu atau akan dimasukkan ke pusat kuarantin selama 14 hari dengan segala kos kuarantin dan ujian saringan akan ditanggung individu itu sendiri,” tegasnya.

Begitupun katanya, pengecualian akan diberikan kepada individu yang perlu merentas masuk ke Bintulu atas sebab kecemasan dan dokumen sokongan hendaklah dilampirkan seperti temu janji di hospital atau menghadiri pengebumian.

Manakala bagi individu di bawah kategori perkhidmatan penting yang melakukan perjalanan ulang-alik secara kerap ke Bintulu akan diberikan kelonggaran iaitu keputusan ujian saringan COVID-19 adalah sah bagi tempoh dua minggu.

“Bagi individu yang keluar dari Bintulu dan kemudian memasuki Bintulu semula juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai dokumen sokongan bersama permit polis untuk memasuki zon Bintulu,” ujarnya.

Terdahulu katanya, keputusan penting mesyuarat JPBB Bintulu itu dibuat berdasarkan penilaian daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dan pandangan semua ahli jawatankuasa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Bintulu.

kredit : utusanborneo  2021-04-08T01:00:02+08:00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.445281 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list