CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 5

Hati-hati kesan stres terhadap mental, fizikal

[Copy link]
Post time 1-4-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Hati-hati kesan stres terhadap mental, fizikal Artikel Penuh




STRES adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.

Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.

Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan.

Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut.

Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.

Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain.

Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut?

Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik:

1. SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS
Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

2. INSOMNIA
Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres.

Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa.

Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

3. SAKIT KEPALA
Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal.

Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.

4. PENYAKIT JANTUNG
Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.

Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

5. SISTEM PENGHADAMAN TERGANGGU
Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia.

Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.

6. EMOSI TIDAK STABIL
Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres.

Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil.

Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil.

Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.

Sumber: https://www.aia.com.my
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ti-hati-kesan-stres
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2021 12:02 PM | Show all posts
Boleh kena kanser jugak...awas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2021 12:19 PM | Show all posts
seribulan replied at 1-4-2021 12:02 PM
Boleh kena kanser jugak...awas

stress boleh kena kanser????

aku mmg dah lama mengalami stress... sbb aku ni kuat overthinking
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:23 PM | Show all posts
Raline replied at 1-4-2021 11:19 AM
stress boleh kena kanser????

aku mmg dah lama mengalami stress... sbb aku ni kuat overthinki ...

Kale dah ada kanser...lagi le cepat bila stres...jgn stres2...


"Stress mempercepatkan proses kanser"“tekanan perasaan, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan boleh mempercepatkan proses kanser yang sudah sedia ada” - Prof. Dr. Sedat Özkan03.02.2015                    ~ 01.04.2021
[url=][/url]
208973
Menurut kenyataan seorang Pakar di Jabatan Perhubungan Psikiatri Hospital Memorial Şişli, Prof. Dr. Sedat Özkan, tekanan perasaan, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan boleh mempercepatkan proses kanser yang sudah sedia ada; dalam minda mereka masalah yang tidak boleh diselesaikan menjejaskan kesihatan rohani; pada masa yang sama menyebabkan hormon yang melemahkan sistem imun.

Özkan pada Hari Kanser Sedunia 4 Februari lalu menjelaskan kajiannya dengan memberitahu, jumlah pesakit kanser meningkat setiap hari. Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan mendapati kemungkinaan di tahun 2030; 22 juta pesakit diramalkan menghidapi kanser. Melihat pada keadaan ini, satu tindakan rawatan menyeluruh menentang kanser perlu diadakan.

Dalam masa menerima rawatan fizikal, kesihatan rohani juga perlu diambil berat kerana ia juga merupakan faktor penting. Özkan menyatakan rohani dan mental adalah satu perkara yang sama, badan yang tidak sihat mempengaruhi kesihatan mental, ia menggambarkan semangat dan dalam satu semangat yang berada dalam keadaan dukacita; ia boleh menyebabkan pengaruh negatif masuk ke dalam badan melalui saluran otak.

Özkan sekali lagi menegaskan betapa penting kesihatan rohani seseorang individu ketika dalam menangani masalah kanser yang hadapi.
“Tekanan emosi, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan pada seorang penghidap kanser boleh mempercepatkan kanser merebak; dalam minda mereka masalah tidak dapat diselesaikan menyebabkan kesihatan mental terjejas dan hormon pula boleh melemahkan sistem imun” katanya lagi.

Tambah Özkan sokongan psikoloji diberikan ke atas pesakit kanser adalah antara jalan bagi membantu menangani pesakit daripada mengalami kemurungan yang akhirnya boleh menyebabkan kimia pada otak memberi kesan pada kanser.

“Satu daripada dua pesakit memerlukan sokongan psikoloji”

Prof. Dr. Özkan memberitahu dalam rawatan, keadaan psikoloji pesakit berkait rapat dengan pemulihan kanser, “Pesakit yang berada dalam keadaan baik dan positif, memudahkan rawatan; perhatian terhadap pesakit juga sangat penting, Pesakit kanser berada dalam kesusahan emosi, selagi rawatan kanser, atlats kemurungan juga tidak dikira dirawat secara literal. Kemurungan menyebabkan proses kanser dan akan mempengaruhi perjalanan kanser dengan saluran sistem hormon akan mengganggu kimia otak pesakit” jelas beliau lagi.
Özkan memberitahu gangguan psikoloji yang boleh dilihat berlaku pada pesakit kanser antaranya “sindrom kemurungan, sindrom otak organik dan gangguan personaliti", seorang daripada dua pesakit kanser sudah pasti memerlukan satu sokongan psikoloji, ego mereka yang terkesan dan ia memberi kesan berlainan pada kehidupan.

Bagi membantu pesakit kanser mendapatkan kembali kesihatan mereka Özkan mencadangkan “perkhidmatan perubatan yang sesuai, proses rawatan psikiatri dan rawatan penjagaan psikososial serta terapi fizikal yang dijalankan serentak” dengan mendaftar anda akan dapat memberikan sokongan psikoloji kepada pesakit. “kebimbangan dan kesakitan dapat dikurangkan, memulihkan semangat, memberi bantuan emosi untuk terus hidup, meningkatkan kualiti kehidupan, membantu pesakit mengatasi krisis dengan penyelesaian, membetulkan persepsi individu, 'semua atau apa-apa' gaya untuk membetulkan tingkah laku dan pemikiran, mengukuhkan sokongan sosial dan komunikasi" diterima sebagai faktor penting.

“Cukup dengan tidak memberi “kanser” pada rohani”

Pakar di Jabatan Perhubungan Psikiatri Hospital Memorial Şişli, Prof. Dr. Sedat Özkan menyatakan tentang “fikiran anti-kanser” satu konsep yang perlu difahami oleh umum.

“Apabila kita mendapati kita menghidapi kanser sudah pasti ia merubah segala menjadi negatif, namun yang paling penting adalah untuk memastikan rohani kita tidak menghidapi “kanser”. Ia amat penting bagi pesakit untuk belajar. Sebahagian pesakit terlalu cepat menyerah kalah pada kanser. Yang penting kita perlu berusaha bertarung menanganinya. Percaya, yakin, kerjasama untuk mengatasi adalah kunci kekuatan yang penting. Kekalkan kehidupan normal apabila mendapati diri menghidapi kanser itu juga penting, Ketika menjalani rawatan kemoterapi dapatkan maklumat lanjut dan perlu ambil berat apa langkah yang perlu diambil seterusnya. Minda, sejauh mana ia terbuka secepat itu ia akan membantu menyembuhkan. Sekiranya anda menyerah kalah dalam minda, pasti badan anda juga akan turut menyerah kalah, ini sangat penting dan perlu sentiasa ingat. Kanser dan pertarungan dengan kanser adalah pertandingan individu yang kuat. Hidup lebih bahagia, terus produktif dan aman” katanya lagi.

(AA)


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:25 PM | Show all posts
Raline replied at 1-4-2021 11:19 AM
stress boleh kena kanser????

aku mmg dah lama mengalami stress... sbb aku ni kuat overthinki ...

Bolehkah Stress Menyebabkan Kanser?


Ini kadang-kadang bermain dalam kepala kita. Saban hari disebabkan tekanan kerja dan kehidupan, kita boleh mengalami stress. Dan tahukah anda, stress ini secara tak langsung boleh menyebabkan kanser?

Stress adalah reaksi normal tubuh kita terhadap ancaman dan tak semestinya bersifat tidak elok.

Adakalanya ia boleh membantu kita menyelesaikan dan mencapai perkara yang kita ingini. Walaupun begitu, stress berlebihan yang tidak di kawal adalah berbahaya untuk kita. Oleh kerana itu, menjadi persoalan adakah stress boleh menyebabkan kanser?

Jenis-Jenis Stress yang Boleh Menyebabkan KanserApabila otak merasai ancaman, kombinasi signal dari saraf dan hormon akan di hantar terus ke kalenjar adrenal. Kalenjar adrenal ini akan merembeskan hormone antaranya homrmone adrenaline dan cortisol yang bertindak memulakan tindakbalas stress.

Acute Stress (Stress Akut)Pertama, stress akut adalah stress yang biasa dialami oleh kita semua.
Ia biasanya dialami dalam tempoh singkat dan diakibatkan oleh situasi yang tertentu sahaja.
Antara perkara yang boleh menyebabkan stress akut adalah seperti tersangkut dalam kesesakan jalan raya ketika hendak menghadiri mesyuarat, tekanan untuk menyiapkan kerja sebelum habis deadline atau pun bergaduh dengan isteri di rumah.
Stress akut ini mengakibatkan simptom fizikal seperti tekanan darah tinggi, tekanan kepada otot, berpeluh dan bernafas dengan laju serta degupan jantung yang laju. Kebiasaannya, ia hanya sementara dan akan hilang setelah situasi masalah tersebut tamat atau selesai.

Chronic Stress (Stress Kronik)Kedua, stress kronik. Terjadi jika kita berada dalam keadaan tekanan dalam tempoh berpanjangan. Ia boleh mempengaruhi kita dari segi fizikal dan emosi.

Antara penyebab stress kronik adalah berada dalam situasi keluarga yang toksik, bekerja dalam suasana yang toksik, mengalami masalah kewangan berpanjangan dan lain-lain lagi.

Semakin lama anda berada dalam stress berpanjangan ini, stress kronik ini boleh mengakibatkan penyakit jantung, masalah penghadaman, depresi, penambahan berat badan, masalah tidur, masalah untuk fokus, masalah kesuburan dan masalah sistem imun.

Teori Kaitan Stress Dan Kanser.
Buat masa ini kajian berterusan masih di lakukan untuk mengkaji kaitan terus antara stress dan kanser. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang mengaitkan stress dengan kanser.
Teori 1Stress berterusan boleh menyebabkan pembesaran dan penyebaran tumor.
Teori 2Sistem imun bertanggungjawab untuk mencari dan memusnahkan kanser. Tetapi stress yang kronik menyebabkan sistem imun tak dapat bertindak dengan baik.
Teori 3Stress menyebabkan orang yang mengalaminya untuk menjalani kehidupan yang tidak sihat bagi menanggapi stress seperti meminum arak secara berlebihan, menghisap rokok dan lain-lain aktiviti yang menyebabkan risiko kanser.

Apa Kajian Sains Terkini Mengatakan Tentang Kaitan Stress Dan Kanser?
Kajian masih lagi berjalan untuk menunjukkan kesan stress dengan kanser. Disini terdapat beberapa kajian berkaitan topik ini yang boleh kita rujuk.
  • Kajian pada tahun 2013 yang mengkaji kaitan stress perkerjaan dengan risiko kanser mendapati bahawa stress dalam perkerjaan tidak berkait secara terus dengan risiko kanser.
  • Kajian pada tahun 2017 keatas lebih 2000 orang lelaki punla mendapati bahawa stress perkerjaan dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser prostat.
  • Kajian pada tahun 2016 pula ke atas 106,000 orang wanita di United Kingdom mendapati bahawa stress berterusan tidak mempunyai kaitan dengan risiko untuk menghidap barah payudara.

Secara keseluruhan, tiada bukti konklusif yang mengatakan bahawa stress menjadi penyebab langsung risiko seseorang untuk menghidap kanser.

Walaupun tiada bukti konklusif sama ada stress boleh menyebabkan kanser secara langsung, adalah menjadi persoalan adakah stress secara tak langsung menjadi penyebab kanser.

Gaya Hidup Negatif Sebab Nak Hilangkan Stress.
Bila rasa tertekan jer..
  • overdose rokok
  • overdose arak
  • overdose drug
Kemungkinan gaya hidup tersebut yang menyebabkan kanser dan secara tak langsung stress juga menjadi penyebabnya!
Mesti ubah cara tangani stress melalui pilihan yang sihat dan pilih saluran atau jalan penyelesaian yang betul!

Jangan Stress-Stress!
Macam lah senang bagai dikata.
Tetapi, kita mesti cuba untuk tidak terlalu stress dalam kehidupan. Nak kemana pun kan? Akhir hidup nanti mati juga pengakhirannya. Kenapa nak stress sangat? Hahahah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress ni kdg mmg xleh nk elak. Akan ada je benda/perkara dlm kehidupan yg menyebabkn stress. Yg > penting is how u handle it.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 1.495410 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list