Edited by CARI-MAL at 1-4-2021 04:27 PM
Sebelum ini, tular video lamaran Engku Emran kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di atas sebuah belon udara panas.
Aksi mesra pasangan ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Lain pula kisahnya apabila pelakon kacak Shukri Yahaya bergurau di IG Live kononnya ingin membawa bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad menaiki belon udara panas.
Difahamkan, sedutan video dari Instagram Live Sharnaaz dan Shukri Yahya itu dimuat naik semula di TikTok oleh seorang individu dikenali sebagai Mohd Afeef.
Kredit foto: IG Sharnaaz/Shukri
Dalam rakaman tersebut kelihatan kedua-dua pelakon ini berbual-bual dan tiba-tiba Shukri Yahya dengan nada bergurau memberitahu bahawa dia kononnya ingin membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas.
Tidak terhenti di situ, Sharnaaz pun melayankan sahaja gurauan tersebut sambil bertanya kepada Shukri sama ada mahu memeluknya juga atau pun tidak.
Sharnaaz kemudian menunjukkan reaksi geli dengan adegan tersebut. Meskipun mereka tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi kebanyakan netizen seakan sudah tahu siapakah gerangan yang mereka maksudkan.
Kredit foto: TikTok
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat dua sahabat baik ini.
Sumber: OhBulan |