Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
250
View
0
Reply

[Sarawak] Covid 19 02/04/2021

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-4-2021 11:43 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Dua lagi kematian, 217 kes baharu di SarawakKUCHING: Sarawak merekodkan dua lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 112 orang.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, kes kematian ke-111 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berusia 51 tahun yang telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu kerana mengalami sesak nafas.
Keputusan ujian saringan rT-PCR COVID-19 adalah positif pada 1 April 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama, katanya sambil menambah, kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang tahap akhir, kencing manis, darah tinggi dan penyakit hati.
Kes kematian ke-112 katanya, merupakan kes ke-11,466 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berusia 79 tahun yang telah dimasukkan ke pusat kuarantin.
Ujian saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR adalah positif pada 8 Mac 2021. Kes telah mendapat rawatan di Hospital Sibu namun keadaan kesihatan kes merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 2 April 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia, jelasnya lagi.
Dalam pada itu, JPBNS berkata Sarawak turut mencatatkan 217 kes baharu positif COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 16,845 kes.
Menurutnya, Bintulu merekodkan kes tertinggi dengan 74 kes diikuti Sibu (46), Miri (30), Kuching (28), Julau (10), Meradong (5), Samarahan (5), Mukah (3), Saratok (3), Serian (2), Beluru (2), Kanowit (2), Marudi (2), Matu (2), Betong (1), Sarikei (1) dan Lubok Antu (1).

kredit : utusanborneo 02/04/2021


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list