CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 0

Morbidelli, Rossi kecewa angkara tayar

[Copy link]
Post time 5-4-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Morbidelli, Rossi kecewa angkara tayar



AKSI Morbidelli di Litar Losail. FOTO AFP


Kuala Lumpur: Satu lagi malam sukar di Qatar bagi pelumba MotoGP, Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Franco Morbidelli dan Valentino Rossi yang menamatkan Grand Prix (GP) Doha di kedudukan ke-12 dan ke-16 malam tadi.

Ini kali kedua daripada dua perlumbaan berturut-turut di Litar Antarabangsa Losail selepas perlumbaan pertama hujung minggu lalu pada musim 2021 yang menyaksikan Morbidelli dan Rossi, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan ke-18.

Selepas bermula di petak ke-10 dalam perlumbaan MotoGP 22 pusingan, Morbidelli terhimpit dalam kumpulan itu dan berakhir di kedudukan ke-13 pada akhir pusingan pembukaan.

Walaupun berusaha keras untuk mendahului lawan dalam perlumbaan itu, pelumba Itali tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan tayarnya.

"Saya tidak dapat membuktikan kemampuan kerana masalah tayar dan terpaksa bertarung dari kedudukan ke-10 bermakna saya tidak mampu memanfaatkan potensi yang saya ada pada permulaan perlumbaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakan sepasukan Morbidelli, Rossi juga menghadapi masalah sama, berdepan permulaan yang sukar dalam perlumbaan itu.

Walaupun dia berpeluang memperoleh tempat ketiga bagi belok pertama, namun ia tidak lama, pelumba Itali itu kembali ke posisi asalnya, di kedudukan ke-21.

Selepas gagal menempatkan dirinya di hadapan untuk bersaing dengan lawannya dalam separuh masa pertama perlumbaan, Rossi kemudian mendapat semangat baharu pada peringkat penutup, mara ke tempat ke-16 pada tiga pusingan terakhir dan mengekalkan posisi ini hingga ke garisan penamat.

"Rentak jentera saya tidak begitu teruk, tetapi tidak cukup untuk kekal dalam kumpulan terutama dalam pusingan pertama. Saya fikir saya dapat kekal dalam kumpulan di hadapan, tetapi tidak berkeupayaan untuk melakukannya," kata Rossi.

Pelumba Monster Energy, Fabio Quartararo memenangi perlumbaan itu manakala pelumba Pramac Racing, Johann Zarco dan Jorge Martin masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mengharungi satu lagi perlumbaan yang tidak memberangsangkan selepas menduduki di tempat ke-21 manakala dalam aksi Moto3, pelumba Petronas Sprinta Racing, Darryn Binder memperoleh satu lagi penamat podium, muncul di tempat kedua di belakang Pedro Acosta dari Red Bull KTM Ajo . Niccolo Antonelli dari pasukan Avintia Esponsorama Racing raih tempat ketiga.

Pelumba kini berehat dalam tempoh singkat sebelum kembali beraksi sempena GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve dari 16-18 April.


Sumber : https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.076189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list