CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: laksmanabentan

[Tempatan] [Edisi Tumpas]: Kartel Dato' Adly Kamaruddin tumpas!!! Bolot Projek JKR. Syabas

  [Copy link]
 Author| Post time 7-4-2021 06:08 PM | Show all posts
anisa replied at 7-4-2021 05:59 PM
panas hati betul baca berita gini. Mcm mna boleh berleluasa sampai ke tahap ni.
kumpul kekayaan beb ...

duit2 yang dia org da jolly segala tu...
ntah berapa puluh juta pulak kan....
sita jer semua harta2 tu... biar duduk rumah flat aja la bini dia tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2021 07:40 PM | Show all posts
Belibis replied at 7-4-2021 07:31 PM
Relaxxx..jangan inzal dulu...banyak episod lagi nihh.

menariksss kannn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 08:35 AM | Show all posts
pakletop replied at 8-4-2021 08:32 AM
Pee Bedal ada berani sentuh ke
Terbubar parlimen


tu la pasal kannnn.....
aman2 aja tuh.... kes "bini no 2" dia tu pun senyapp aja tuhh...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 08:36 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 8-4-2021 08:03 AM
dasyatla csi2 kat sini, habis korek name anak beranak, gelaran dato dr mane, name bini ke 2 ke 3 , ...

hahahahhaa....
nak tahu ker uoolllsss spender warna apa??
nanti muntah hijau ler pulakkk... hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 11:58 AM | Show all posts
Reyes187 replied at 8-4-2021 10:37 AM
Dia bkn offer paling murah pun.. JKR pakai sistem cut off.. bkn lowest price win.. adly ni 10 yrs  ...

woww menariksss cerita uollsss nih...
kalau join company tu, sure da merasa nak ferarri kan uoolllsss

Jangka Prestasi Sdn Bhd
Tuah Usaha Sdn Bhd
Ventechnologist Engineering Sdn Bhd


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 10:25 AM | Show all posts
http://sabahkini2.com/en/news/36 ... atau-tutup-kes/view


Kartel RM3.8b 'Dato' Adly' bebas reman, bakal didakwa atau tutup kes?
19:04 Apr 16, 2021  |  By SabahKini2 2


Dilaporkan Ketua Kartel tender RM3.8b telah bebas reman minggu ini. Apa kesudahan kes ini tentu masih misteri. Siapa lagi pegawai bakal ditangkap juga terus misteri. Yang pasti jutawan akan melawan kes ini di mahkamah jika didakwa. Apakah akan didakwa?



Pada 4 April lalu, SPRM mengumumkan telah berjaya melumpuhkan sindiket kartel tender projek melibatkan 354 tender kementerian serta agensi kerajaan di seluruh negara.

Sindiket kartel tender diketuai ahli perniagaan licik Dato’ Adly Kamaruddin  tersebut dianggarkan melibatkan projek berjumlah RM3.8 billion yang beroperasi sejak 2014.

Media melaporkan lapan individu ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambung reman bagi sehingga 15 dan 16 April ini. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki sendiri mengesahkan perkara itu.

“Tujuh daripadanya disambung hingga Khamis ini dan seorang lagi sehingga pada Jumaat ini,” katanya kepada media isnin lalu.

Bagaimanapun mereka kini sudah bebas reman. Pastinya mereka sedang melakukan persiapan melawan kes mereka.

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan siapa kartel ‘Dato’ Adly’ itu yang menguasai lebih 100 syarikat namun yang paling terkenal ialah 3 syarikat miliknya Tuah Usaha Sdn Bhd, Jangka Prestasi Sdn Bhd dan Ventechnologist Sdn Bhd. Tuah Usaha Sdn Bhd adalah atas namanya manakala Jangka Prestasi Sdn Bhd bawah anaknya Adry Aiman Bin Adly.


Setakat ini laman web syarikat Jangka Prestasi Sdn Bhd (Myjangka.com) yang monopoli projek Perkhidmatan Pengurusan, penyelenggaraan dan operasi secara Komprehensif telah ditutup. Mungkin Geng kartel tu takut semua senarai projek mereka di lawan web itu akan disiasat.



Persoalannya apa akan jadi kepada Dato’ Adly dan 7 lagi individu kartel tender bagi kes SPRM ini?

Apakah Dato’ Adly Kamaruddin akan didakwa segera di mahkamah oleh SPRM?  Atau mereka serupa juga seperti Shafie Apdal, adik beradiknya, Dato’ Addy Kanna dan Syed Saddiq? Disiasat tetapi bebas tidak dibuat pertuduhan.

Benarkah sindiket kartel ini lumpuh selepas Dato’ Adly ditahan, harta dirampas? Mungkin tidak! Beliau mungkin tampil di media masa dan mengadakan sidang akhbar menafikan dirinya bersalah. Beliau pasti punya banyak wang simpanan luar negara untuk melawan semua kes mahkamah mengenai dirinya. Beliau pasti tak bodoh menyimpan wang melihat semuanya dibeku atau dirampas SPRM.

Berapa banyak kegagalan SPRM di bawah Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah Pengubahan Wang Haram & Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM tewas dalam kes AMLA ini? Rekod kekalahan lebih banyak dari kemenangan.

Sistem perolehan tender lemah

Perolehan dan pekeliling kerajaan yang dicipta PTD masih lemah dan mudah dipecahkan. Rasuah dan salah guna kuasa boleh berlaku kepada pegawai mana pun asalkan bijak menjadikan pekeliling dan perbendaharaan kerajaan kelihatan mengikut peraturan kerajaan. 

Dato’ Adly mula membina nama sejak tahun 2011 melalui projek  tender Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).



 

Sejak tahun 2010 budaya ‘tender terhad’ yang dipelopori Shafie Apdal Menteri KKLW atas nama alasan NKRA adalah perolehan yang sangat berleluasa. Dan beliau mula berjinak dengan tender terhad selepas itu. Sebagaimana di Sabah ada beberapa kartel tender yang menguasai beratus syarikat seperti Paul Lim,  Andrew Wah, Sinkung, Datuk Rizal Godfrey dan beberapa lagi begitu juga di semenanjung yang dikuasai kartel 'Dato' Adly'.

Projek tender terhad di Johor misalnya banyak juga disapu oleh Dato' Adly ini. Suara-suara Dato' Adly menguasai banyak syarikat bukan baru tetapi dah lama. Ini adalah satu contoh lobi satu ketika untuk KKLW.





Satu daripada cth penggunaan lebih 150 syarikat itu



Begitulah sistem itu menjadikan Dato' Adly kaya raya tetapi bijak berlindung dengan pelbagai nama syarikat. 

10 syarikat yang dilulus MOF untuk tender terhad atas syor Menteri KKLW merupakan syarikat yang dikuasai oleh satu kartel. Semua syarikat dibayar token dan mana-mana syarikat dilantik telah berpakat sesama mereka untuk bermain harga.

Pegawai di kementerian pula seperti bahagian pembangunan dan teknikal akan memberi justifikasi serta harga siling tender kepada kartel dan seterusnya kartel akan berjumpa dengan Menteri (atau orang Menteri) serta KSU kementerian untuk lobi di peringkat Lembaga Perolehan A.

Jika tender itu perlu diperakukan di MOF maka kartel akan melobi pula ke SUB Perolehan MOF hingga ke peringkat Pejabat Menteri Kewangan. Begitulah ia berlaku.Semuanya tersusun rapi di setiap peringkat dan amat sukar SPRM melihat unsur rasuah melainkan terdapat bukti pemberian wang dan kemasukan wang dalam akaun.

Jika tender itu perolehan terbuka bezanya tidak terlalu jauh dengan Tender Terhad kerana perkara paling penting ialah menguasai pegawai teknikal tender sebelum di bawa ke Lembaga Perolehan A. Kelemahan perolehan tidak pernah berubah hingga kini iaitu ketirisan di peringkat pegawai penilaian tender. Oleh itu Kartel yang sama akan dapat projek berulang-ulang menggunakan syarikat lain atau syarikat sama.

Begitulah kehebatan Kartel Dato’ Adly. Selepas Dato’ Adly mendapat projek lebih banyak beliau mula memasuki Kementerian Kerja Raya menguasai semua pegawai daripada KSU, TKSU, SUB Perolehan, Pembangunan dan Ketua Pengarah hinggalah QS JKR. Wang dah ada hanya perlu bayar saja pegawai yang terlibat saja.

Lantaran itu sebut sahaja di JKR Putrajaya Dato’ Adly, Jangka Prestasi Sdn Bhd semua tahu. Tertangkapnya pegawai JKR Juruukur Bahan (QS) adalah petunjuk namun amat meragukan kerana Pengarah JKR Putrajaya yang lama tidak ditahan.

 



 

Satu lagi syarikat Dato' Adly ialah Ventechnologist

 

Dengan projek bernilai RM3.8 bilion, wang rampasan berjuta, akaun dibeku  lebih RM100 juta tentulah kekayaan luar biasanya bukan setakat yang disita dan dirampas SPRM malah lebih daripada itu yang masih disembunyikan.

SPRM mempunyai cabaran untuk mendakwa Dato' Adly. Apakah beliau akan dituduh di bawah Akta Pengubahan wang haram (AMLA), rasuah kepada pegawai, bersubahat atau mungkin bersekongkol dengan pegawai Menteri.  Lihat dari sudut mana SPRM mahu sama ada sebagai pesalah atau saksi kes rasuah. 

Yang pasti Kartel tender tidak akan pernah berakhir! Sesiapa saja yang bijak membina rangkaian atau 'kabel' pasti akan membentuk kartel baru. 

Nota: Terdapat sumber kontraktor berkata  Dato' Adly bukan sahaja Kartel Tender tetapi Ahlong besar yang beri pinjaman kepada kontraktor Melayu. 

[http://sabahkini2.com/en/news/36 ... atau-tutup-kes/view]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2021 12:15 PM | Show all posts
shahirakay replied at 21-4-2021 12:09 PM
ni mesti siasatan makan tahun ni

sempat boleh perabis kan duit2 tuh..
hahaha...


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068788 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list