CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6901|Reply: 4

[Johor] 6 Air Terjun Di Melaka Khazanah Alam Yang Indah

[Copy link]
Post time 7-4-2021 01:00 PM | Show all posts |Read mode
6 Air Terjun Di Melaka Khazanah Alam Yang Indah

1. Air Terjun Bukit Sebukor


Imej via [foursquare]

Sekiranya anda datang ke Bukit Sebukor, Ayer Keroh anda akan terlihat satu air terjun yang sangat cantik. Tahukah anda ia adalah satu-satunya air terjun di Melaka yang merupakan air terjun buatan manusia.

Kos pembuatannya menelan sekitar RM1.7 juta. Lokasinya yang berhampiran dengan laluan utama ke bandar Melaka sememangnya sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Antaranya sesuai dijadikan tempat bersantai dan menenangkan fikiran. Menariknya, terdapat juga replika jam bunga yang sangat menarik berdekatan air terjun ini.

2. Air Terjun Asahan


Imej via [twitter]

Selain terkenal dengan kolam dan resort, Melaka juga tidak terkecuali dalam mempunyai tarikan umum yang menarik iaitu air terjun di Melaka yang sangat indah.

Air Terjun Asahan terdiri daripada sungai-sungai yang mengalir dengan sangat tenang. Ia membolehkan para pengunjung mandi di sini. Pemandangannya juga pasti akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sarat Dengan Aktiviti Menarik
Sebagai kawasan rekreasi, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkhemah, berkelah dan banyak lagi. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan jika di sini jika mahu, seperti melihat pelbagai jenis spesies burung, menjelajah hutan, melihat pelbagai jenis orkid dan banyak lagi.

Untuk memudahkan semua keperluan pengunjung di sini, ia juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat tinggal, infrastruktur, bilik persalinan, tandas, surau dan lain-lain. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk anda mandi di sini kerana semuanya sudah tersedia.

3. Air Terjun Di Taman Negara Gunung Ledang


Imej via [johornationalparks]

Untuk makluman anda, Taman Nasional Gunung Ledang adalah salah satu Taman Negara yang diwartakan sebagai Taman Negara Johor dan berada di sempadan negeri Melaka dan Johor.

Ia juga merupakan salah satu Tapak Warisan Negara yang dikatakan berusia sekitar 150 juta tahun. Jadi, diharapkan agar khazanah ini dipelihara sehingga bila-bila agar cucu cicit kita juga boleh melihat keindahan khazanah alam ini.

Aktiviti Di Air Terjun Taman Negara Gunung Ledang
Sekiranya anda tidak cukup bertenaga untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Ledang, anda jangan risau kerana anda masih boleh bersantai dengan mandi di air terjun yang terdapat di sini. Bagi anda yang datang ke sini, anda boleh mencuba mandi air terjun yang berada di sini.

Airnya sangat menyegarkan dan suasananya sangat indah. Air terjun yang terdapat di sini adalah air terjun Asahan dan juga air terjun Jeram Tinggi Jementah

Biasanya, orang akan mengatakan bahawa Taman Nasional Gunung Ledang ini adalah lokasi bagi mereka yang inginkan ekspedisi pendakian yang mencabar.

Maknanya, pendakian di sini bukanlah untuk mereka yang baru kerana memerlukan stamina yang tinggi dan bertenaga. Jadi, anda memerlukan latihan stamina yang kuat sebelum mendaki gunung ini.

4. Jeram Tok Janggut


Imej via [mpjasin]

Jeram Tok Janggut di Kampung Gapis, Nyalas dikatakan oleh ramai pihak berpotensi untuk destinasi percutian terkini bagi air terjun di Melaka.

Lokasi Jeram Tok Janggut terletak di kawasan Hutan Simpan Batang Melaka yang juga dikelilingi oleh pemandangan hutan belantara hijau dan tapak kawasan pertanian seperti kebun getah.

Jeram Tok Janggut mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan dan air terjunnya yang indah. Ia dikatakan mempunyai tarikan keistimewaannya yang tersendiri bagi air terjun di Melaka yang lain.

Aktiviti Di Jeram Tok Janggut
Pastinya akan memikat hati para pengunjung yang berkunjung ke sini. Selain itu, jeram ini juga berpotensi digunakan sebagai tapak aktiviti perkhemahan, aktiviti beriadah dan juga jungle tracking.

Selain itu, Jeram Tok Janggut dikatakan mudah untuk diakses kerana mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan terletak sekitar 3 kilometer dari Pekan Nyalas dan 25 kilometer dari Bandar Jasin.

Jadi, tidak hairanlah kenapa ia menjadi tarikan utama di negeri Melaka ini. Prasarana yang disediakan di sini juga cukup lengkap dan mencukupi untuk keperluan bagi para pengunjung yang hadir.

5. Jeram Bukit Gapis


Imej via [facebook]

Jeram Bukit Gapis juga merupakan satu lagi air terjun kecil di Melaka yang terletak di Hutan Simpan Batang Melaka. Walaupun jeram ini sangat kecil, namun suasananya amat indah. Aliran airnya yang sangat perlahan pasti membuatkan kita amat tenang mendengarnya.

Di samping itu, suasananya masih terpelihara dan dijaga oleh pihak yang berwajib. Permandangannya pula sangat indah dan mempersonakan. Jadi, bagi anda yang berkunjung ke Jasin, jangan lupa untuk datang ke jeram ini.

6. Air Terjun Taman Botanikal Melaka


Imej via [youtube]

Tidak jauh dari Skytrek Melaka terdapat satu lagi air terjun di Melaka yang merupakan air terjun buatan manusia yang terletak di Taman Botanikal Melaka.

Ia merupakan tarikan yang tidak boleh anda lepaskan peluang untuk singgah sekiranya anda berkunjung ke Taman Botani Melaka. Taman botani ini pada awalnya adalah merupakan Hutan Lipur Ayer Keroh.

Taman botani ini memiliki keluasan sehingga 92,5 hektar dan ianya dipenuhi dengan berbagai kegiatan menarik yang dapat dilakukan bersama keluarga.

Aktiviti Di Air Terjun Taman Botanikal Melaka
Walaupun air terjun di Melaka ini tidak boleh dimandi, namun ianya sangat menarik untuk disaksikan sambil menikmati pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Taman botanikal ini adalah salah satu port jogging terbaik yang berada di sini,

Suasana di sini amat mempersonakan dengan pokok-pokok mekar di sepanjang jalan, udara di sekitar taman ini juga cukup menyegarkan. Terdapat banyak tarikan lain juga seperti Muzium Hutan, Taman Dinosour jambatan gantung dan banyak lagi tarikan yang menarik untuk anda rasai.

Anda juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti lain seperti berkayak, berkelah, berkhemah atau aktiviti hutan lain tetapi perlu mendapat izin pihak berwajib di hutan ini terlebih dahulu.

Itulah dia antara air terjun di Melaka yang boleh anda kunjungi penuh dengan alam semulajadi yang indah.

Sumber : https://ammboi.my/air-terjun-di-melaka/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 03:29 PM | Show all posts
sejuk mata memandan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 03:54 PM | Show all posts

jom la mandi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:02 AM | Show all posts

hehehe... ada bran ke mandi di air terjun no. 1
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:24 AM | Show all posts
Cantik...rindu nk pegi tempat mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.282005 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list