CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] [‘audio bocor’ Zahid + Anwar] UPDATE #49, Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpi

  [Copy link]
Post time 8-4-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 7-4-2021 11:22 PM
Anwar nothing to lose. Dia nafi atau tak, kedudukan dia tak tergugat. Yang agak goyah sekarang Zah ...

Tu lah, plot ini lebih fatal pada Umno, tau lah kan lobaicai Umno bila dengor nama Nuwa menggelupo meloncat sawan semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 07:53 AM | Show all posts
Kalau betul audio tu, giler la kalau nak menaku(pinjam ayat Maideen.).. Memang kena hambat lah ngan akar umbi sebab dia jugak yang duk terpekik kat PAU no Anwar no DAP...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:15 AM | Show all posts
highcastle replied at 8-4-2021 07:53 AM
Kalau betul audio tu, giler la kalau nak menaku(pinjam ayat Maideen.).. Memang kena hambat lah ngan  ...

ada telinga dengar elok2. korang da kene gelak dgn pesiden kat belakang mau tunggu apa lagi.
abah cow lama da tunggu umngok je terkial2 konon nak berjuang sendiri.
bubar je la umngok tu join pengkhianat bersatu kan senang.

...apa ke bangang punya macai. slow.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:18 AM | Show all posts
Dodol dgar nada suara nuat tak sama pon, penat jah pelakon tu melakonkan watak nuat tpi xjdi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan Zahid dan umno ialah prinsip "No Anwar"..
Rilek la..bersatu ada jemin semburit kan..so fair lah

Kau tengah lemas..kau capai ajelah apa yg ada..dah ok baru campak tepi..

Tapi apa yg aku tau..ponorogo ni sebenarnya masih tawar menawar dgn mahidin..sbb dia tak yakin kalau dia akan lepas dari tuduhan mahkamah walau kerajaan bertukar sekali pun

Padan la muka ahli umno..aku dh kata jgn pikul biawak..korang degil
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:21 AM | Show all posts
highcastle replied at 7-4-2021 09:22 PM
Jangan risaulah macai UMNO dan PKR.. Dulu wajah dan audio mirip Mat Sabu tersebar luas di internet,  ...

Wajah jemin dalam bedeo pon jelas jua tpi aman2 jah heshe jdi menteri terkanan sgat kanan lgi fruitful dan productive.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi fosil2 tua ni dok pegang politik, hadap la kesah rebut kosa depa sampai mampus

Japgi mula la doter si jahid ni buat story kt ig....my abah is selalu nasihat jangan aniaya org bla bla bla.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:40 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 8-4-2021 08:18 AM
Dodol dgar nada suara nuat tak sama pon, penat jah pelakon tu melakonkan watak nuat tpi xjdi

Aha, mcm tak cukup sifat tarranum Anwar tu... tapi bersangka buruk jer lah... asal UMNO jahat, kita percaya saja hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2021 08:46 AM | Show all posts
Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpinan negara - Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/569842

Diterbitkan 8 Apr 2021, 12:01 am
Dikemaskini 12:04 am



Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpinan negara setelah gagal "mengugut" dan "merasuah" pemimpin pembangkang.

"Saya malam ini ingin nyatakan bukan sahaja penafian, tetapi ternyata, selain menafikan, ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (tak dapat merasuah), maka dia sebar fitnah," katanya ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi PKR di Selangor malam ini.

Sejak semalam rakaman audio selama empat minit itu beredar dalam talian di mana individu yang suaranya mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung Umno.

Zahid juga menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan mengatakan telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis.

Anwar berkata, fitnah menggunakan rakaman audio itu digunakan untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin Umno.

"Saya nak sebut, (audio) ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam Umno, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan Umno.

"Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca.

"Ada yang suara macam saya, saya tak peduli. Ternyata ada usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih," katanya menambah bahawa DAP dan Amanah merupakan rakan setia PKR dan tidak akan terpengaruh dengan 'fitnah' tersebut.

Bulan lalu, dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Anwar mengakui bahawa PKR dan Umno mengadakan pertemuan tidak rasmi untuk membincangkan kerjasama bagi menyelamatkan negara dari kehancuran.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar menjelaskan bahawa walaupun terdapat perbincangan, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai kemungkinan kerjasama berkenaan.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang juga mengesahkan bahawa parti itu di peringkat awal perbincangan dengan Umno.

Namun semasa perhimpunan agung Umno, Zahid mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Anwar mahupun DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:47 AM | Show all posts
sebab tu kat malaysia ni kita tak perlu kan TV, drama live dah seronok tengok...

permainan politik begitulah...melayu2 bangang kena tipu...rakyat malaysia kena bohong....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 08:49 AM | Show all posts
Rakaman audio: Papagomo gesa MT Umno mesyuarat dengar jawapan Zahid

https://www.malaysiakini.com/news/569835

Diterbitkan 7 Apr 2021, 10:10 pm
Dikemaskini 7 Apr 2021, 10:47 pm



Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno segera bermesyuarat berhubung audio yang didakwa perbualan antara Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, Presiden Umno itu perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada MT.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu segera bermesyuarat bagi mendengar jawapan Datuk Seri presiden berkenaan surat sokongan dan perbualan telefon Anwar Ibrahim," katanya di Facebook.

Selain itu Papagomo juga mencabar Ahmad Zahid agar segera membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

"Dah jam 8 malam, Datuk Seri Zahid Hamidi dah buat laporan polis atau belum berkenaan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan laporan polis berkenaan klip suara perbualan beliau dan Anwar Ibrahim?

"Berani kerana benar, di PAU 2020 tempoh hari Datuk Seri Zahid cabar semua menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan.

"Sekarang saya cabar Datuk Seri Zahid buat laporan polis bagi mengesahkan sama ada dua yang disebutkan di atas itu sahih atau palsu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menafikan rakaman audio berkenaan dan mengarahkan agar laporan polis dibuat oleh pegawainya.



Ini selepas tersebar rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dan Anwar berlegar di dalam talian.

"Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of thing ini,” katanya.

Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, kedua-dua suara berkenaan kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu.

PAU antara lain memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu serta memberi mandat kepada presiden dan MT Umno untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat memastikan ketulenan rakaman audio berkenaan.

Sementara itu, Papagomo menerusi Facebooknya turut menyiarkan warkah yang ditulis Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di mana anggota parlimen Port Dickson itu mendakwa memperoleh sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Selain itu dia juga menyiarkan surat yang didakwa ditulis oleh Ahmad Zahid terhadap Seri Paduka Baginda bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Untuk rekod, jurucakap Zahid sebelum ini menafikan kewujudan surat berkenaan.

"Pihak Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu bertindak.

"Sokongan kepada Anwar Ibrahim ini telah membelakangkan MKT dan ahli Umno seluruh negara.

"Umno perlu diselamatkan dari hancur dek kerakusan kuasa tembolok individu tertentu. Jika tak benar mohon Presiden Umno Datuk Seri Zahid buat laporan polis agar polis menyiasat kebenarannya," kata Papagomo.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
well without audio pun dh blh agak. u r one desperate man zahid. u'd do anythg just to stay above water. mestila nk kena play the games well. belah sini pun makan belah sana pun makan. org mcm ni sampai mati takkan step down from his position. umno is so rotten now. no turning back.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:09 AM | Show all posts
Maka macai-macai pun berkata
Tak sama dengan suara Anwar
Kah Kah Kah
Den dah boleh agak dah
Yang sama suara Zahid aje

Gambar macam Mat Sabu
Audio macam Mat Sabu
Video macam Anwar
Macai tetap bantah
bukan suara, video & gambar
pemimpin depa

Macai PH jangan risaulah
PH akan menang besar PRU nanti
Sejarah membuktikan
penyebaran audio dan gambar
abang mat di PRU lepas
menyebabkan abang mat
menang besar di Klang

Den harap Johari Abdul
akan buat suara macam Anwar
membuktikan suara boleh ditiru
Seperti beliau merubah wajah beliau
menjadi P. Ramlee

"ahak"



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kiamat takkan ngaku punya ler
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:14 AM | Show all posts
Babai replied at 8-4-2021 09:10 AM
Sampai kiamat takkan ngaku punya ler

Sampai sekarang aku tunggu jam OMEGA.. Tak muncul2 lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 8-4-2021 09:14 AM
Sampai sekarang aku tunggu jam OMEGA.. Tak muncul2 lagi...........

Tula aku kata. Sampai kiamat ler jawabnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 09:23 AM | Show all posts
cambaik replied at 8-4-2021 09:09 AM
Maka macai-macai pun berkataTak sama dengan suara Anwar
Kah Kah Kah
Den dah boleh agak dah

Bedeo macam semburit tpi bukan, audio nik buduh agen CIA, audio scheme of things pon cacai buat bodoh jah. Dodol senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:40 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 8-4-2021 09:23 AM
Bedeo macam semburit tpi bukan, audio nik buduh agen CIA, audio scheme of things pon cacai buat bo ...

Dahlah dodolbongok
Video macam Jemin sudah
Video macam Anwar sudah
Video macam Stopa Ali sudah
Video macam Azmin sudah
Gambar mcm Mat Sabun sudah
Audio macam Mat Sabun sudah

Tapi macai macam hang
dan macai belah sana
mana nak mengaku
kalau melibat kat
pemimpin yang mereka sokong
sebab hang macai lah
mudah diperbodohkan


mana jam Omega?

cambaik hanya senyum sinis



"ahak"

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-4-2021 08:46 AM
Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpinan negara - Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/569842 ...

Bagus si anuat ni satu je.. BM dia power.. Tahun lepas bila dia guna keabsahan.. Lepas tu berduyun2 pki word tu.. Now merekayasa kan.. So pasni klu tok nuat kalah.. blh take over DBP yang mcm xde function tu. Heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:47 AM | Show all posts
cambaik replied at 8-4-2021 09:40 AM
Dahlah dodolbongokVideo macam Jemin sudahVideo macam Anwar sudahVideo macam Stopa Ali sudahVideo m ...

Macai belah abahcow macamana? Walauncai lobai macamana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073731 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list