CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1201|Reply: 0

Vinales akui jentera Yamaha musim ini cukup sempurna

[Copy link]
Post time 7-4-2021 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Vinales akui jentera Yamaha musim ini cukup sempurna


VINALES percaya dia perlu memperbaiki teknik ketika memulakan perlumbaan apabila gagal melakukannya dengan baik pada GP Doha awal pagi Isnin lalu. – AFP


LOSAIL – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Mave-rick Vinales mengakui dia sudah mengerah jenteranya ke tahap maksimum pada perlumbaan Grand Prix (GP) Doha di Litar Antarabangsa Losail kelmarin.

Meskipun memulakan perlumbaan dengan kurang baik sehingga jatuh ke kedudukan ke-11, namun pelumba Sepanyol itu kembali berada di kelompok hadapan ketika aksi berbaki beberapa pusingan.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati di tempat kelima.

“Sebenarnya saya tidak berdepan masalah cengkaman tayar pada perlumbaan itu, cuma saya terlalu agresif untuk memintas pelumba di hadapan sehingga hampir terlanggar Jorge (Martin).

“Walaupun gagal untuk menaiki podium tetapi saya gembira kerana jentera sudah mula me-nunjukkan potensi sebenar. Saya percaya ia akan bertambah baik selepas ini,” kata Vinales.

Pada masa sama, dia juga mengakui permulaan kurang baik meleburkan hasratnya untuk memenangi dua perlumbaan berturut-turut selepas menjua-rai GP Qatar di litar sama minggu lalu.

“Saya tidak ada masalah dengan jentera kerana potensinya cukup hebat. Mungkin selepas ini saya perlu baiki teknik memulakan perlumbaan kerana itulah kesilapan saya pada perlumbaan ini,” ujarnya. – AGENSI

Sumber : https://www.kosmo.com.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.070965 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list