CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12855|Reply: 89

[Tempatan] Polis siasat tandatangan palsu borang rentas negeri. Kes 1-Balai Polis Chukai. K

  [Copy link]
Post time 8-4-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 8-4-2021 11:04 PM

Polis siasat dakwaan tandatangan palsu borang rentas negeri
Zaid Salim


Chukai: Polis daerah ini akan menjalankan siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan pegawai polis yang terdapat pada satu borang rentas negeri kosong yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya turut menafikan kononnya terdapat prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan polis iaitu lulus dahulu baru isi borang untuk tujuan rentas negeri sebagaimana yang dinyatakan bersama borang kosong berkenaan.

"Borang rentas negeri kosong milik Balai Polis (BP) Chukai yang lengkap bertandatangan Ketua BP Chukai ditularkan di media sosial dengan tulisan "DAPAT INFO SOP TERBARU IALAH APPROVE DULU BARU ISI FORM."

"Saya menafikan dan maklumat itu palsu kerana polis tidak pernah mengeluarkan sebarang SOP baru rentas negeri sebagaimana yang didakwa.

"Siasatan awal yang dijalankan juga mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua BP Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang berkenaan," katanya.

Difahamkan borang berkenaan dikeluarkan kepada seorang perempuan Melayu untuk merentas negeri.

Wanita terbabit dikatakan mahu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan pada hari ini.

Hanyan berkata, satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 8:04am

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2021 09:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis suka menipu ni memang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:06 AM | Show all posts
Bangga ya. Agak2 interview tu nanti berjaya tak kalau start2 dah menipu dan buat perkara tak elok?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aku da start rasa bosan bila tau kes instafmes yg bangga blh mrentas ngri..guna alasan keje..geng vvip yg tak dikenakan denda..fed up dah..balik2 rakyat marhaen jugak yg disalahkan..bullshit tau tak!!bukak je la border negeri tu..bosan dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut artikel tue tipu tanda tangan jer.. tp cop mcm mana bole dapat? Maknanya pompuan nie ada kenal org dalam dekat balai tue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazzbulous replied at 8-4-2021 10:13 AM
aku da start rasa bosan bila tau kes instafmes yg bangga blh mrentas ngri..guna alasan keje..geng vv ...

Yg x boleh skrg ni rentas negeri jer
Lain2 semua boleh....pelik tapi benerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:20 AM | Show all posts
dh la budus... menunjuk2 bangga pulak kebodohan tu... kalau tangan x gatal nk upload kat media sosial, xde sape tau...

menggigil agaknya kalau x upload dlm ig..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 8-4-2021 10:20 AM
dh la budus... menunjuk2 bangga pulak kebodohan tu... kalau tangan x gatal nk upload kat media sosia ...

Batak like lapar perhatian memang macam tu.. Lepas kakak dia pulak memekak kata org fitnah adik dia, walhal dah terang2 diri tu bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo..cop tu org dalam punya kerja lahhh..kalo lg berani buat cop sendiri tempah dgn cina buat rubber stamp
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tau polis sebenarnya tak la ketat sgt nk rentas negeri. Asalkan pergi balai polis dan bgtau tujuan. Kwn i ckp stress je nk blk kg, dpt je blk. Ada yg bgtau org tua uzur nak blk kg. Polis bagi je. Yg pegi rentas negeri senyap2 tu mmg kena lah. Skrg ni makin ketat lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:42 AM | Show all posts
panjangnya jari..brp tinggi acik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:43 AM | Show all posts
F**k balai polis kemaman.....bukan main senang kau cop borang kosong..kat pintu gerbang kemaman tu bukan main lagi str8 kau buat roadblok..puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kebijakan dan kebodohan nak dipamerkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:52 AM | Show all posts
generasi muda ni kena belajar lagi macam mana nak menipu. sebab terlalu main socmed sangat,  impulsive semua benda nak upload. kan dah mendapat. tapi kalau tengok gaya, tak lepas kot interview kalau calon nya macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dia bekas polis kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua balai ni saudara mara dan kenalan minah ni kot. Tu dapat borang dah siap cop dan sign. Yang bodohnya betina ni pergi upload. Tuhan nak tunjuk manusia buat kerja jahat ni, kurangkan IQ mereka. Sendiri bukak aib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
die ni katenye dh byk kali rentas negeri. bapak bekas pulis uols. pastu bile org viralkan, sheols merentan kate netizen bodoh psl hal mcm ni pn nak kecoh. mulot puaka tine tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazzbulous replied at 8-4-2021 10:13 AM
aku da start rasa bosan bila tau kes instafmes yg bangga blh mrentas ngri..guna alasan keje..geng vv ...

kan. marhein picisan dan dan tu kene saman. KAYAngan siap bole disiasat berminggu2 lepas tu senyap takde tindakan. bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:58 AM | Show all posts
haplod laa lagi dik

bukan setakat tak dapat kerja, silap hari bulan ko raya kat dalam nanti

haplod lagi tau, banyak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.148563 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list