CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 0

[Jenayah] 'Dadah jihad' bernilai lebih RM221 juta dirampas

[Copy link]
Post time 8-4-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
'Dadah jihad' bernilai lebih RM221 juta dirampas



FOTO hiasan

Pelabuhan Klang: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai 'dadah jihad' bernilai lebih RM221.86 juta di Pelabuhan Klang, Isnin lalu.

Pengarah JSJN Datuk Razarudin Husain berkata, rampasan kedua dadah jenis berkenaan di Malaysia itu adalah hasil perkongsian maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

"Dadah itu dibawa dari negara Timur Tengah dan singgah di Pelabuhan Klang sebelum dirancang untuk menuju ke negara-negara Asia Barat untuk memenuhi permintaan pasaran di sana," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan hasil maklumat risikan berkenaan pihaknya berjaya mengesan sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini pada Ahad lalu.

"Maklumat risikan mendedahkan sebuah kontena daripada kapal itu akan dipindahkan ke kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April," katanya.

Razarudin berkata, dadah yang disimpan di dalam aluminium floor spring itu berjaya dikesan pihak berkuasa melalui hasil imbasan yang menimbulkan imej mencurigakan.

Namun, katanya tiada tangkapan dibuat dalam operasi itu dan JSJN serta pihak berkuasa Arab Saudi akan terus bekerjasama untuk menangkap pihak yang terbabit.

Menurutnya, pil itu pada mulanya digunakan oleh Jerman untuk membesarkan otot seawal 1960-an namun sudah diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan Eropah itu pada 1980-an kerana dikategorikan sebagai dadah.

Razarudin berkata, dadah yang mempunyai kandungan amfetamina dan fenethylline itu biasanya digunakan oleh militan Daesh untuk menimbulkan rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan, namun katanya dadah tersebut masih belum memasuki pasaran Malaysia.

"Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah dan mahu menyekat dadah ini dari masuk ke dalam negara ini," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047971 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list