CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17088|Reply: 109

[Tempatan] Edisi bank berperangai Ah Long:Rumah sendiri didiami 17 tahun dilelong bank tanp

  [Copy link]
Post time 8-4-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Sebuah keluarga B40 mendapati rumah yang mereka diami hampir 17 tahun dilelong bank dan menjadi milik orang lain tahun lalu, itu pun selepas terima notis keluar rumah pada 7 Okt daripada pemilik baharu.

Moganah Muthaya dan suaminya lalu ke bank untuk mengesahkan hal itu dan diberitahu rumah mereka dilelong kerana terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman rumah selama tiga bulan, sejak Feb 2020.

Ibu dua anak ini berkata mereka patuh membayar sejak 2004 hingga Mac tahun lalu, dan kemudian memanfaatkan moratorium bayaran balik pinjaman bank yang disediakan kerajaan berikutan pandemik Covid-19, sepanjang April hingga September.

Namun, pihak bank memaklumkan bayaran ansuran dinaikkan daripada RM268 sebulan kepada RM325 – sejak Julai 2018.

Ini kali pertama mereka dimaklumkan mengenai kenaikan bayaran tersebut.

“Rumah yang kami diami hampir 17 tahun, bayar dengan hasil titik peluh kami, dilelong tanpa sebarang pemberitahuan, sedangkan kami hanya tinggal baki empat tahun nak habis bayar,” kata Moganah kepada FMT.

“Soal bank naikkan kadar bayaran rumah pun kami tidak dimaklumkan langsung. Tiada sebarang notis, surat, atau panggilan telefon. Sebab itu kami bayar ikut jumlah sebelum ini.”

Semalam, Moganah bersama suami dan ibunya ke Bank Negara (BNM) untuk merayu bank pusat campur tangan bagi menyelamatkan rumah mereka, yang dibeli pada harga RM35,000 dengan pinjaman sebanyak RM31,500 untuk 20 tahun.

Berapakah nilai tunggakan itu? RM975, kata Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, dalam kenyataan yang menceritakan kronologi kejadian.

Beliau hadir bersama Moganah untuk melaporkan perkara ini kepada BNM. Menurut PSM, pihak bank menjelaskan peminjam tidak dimaklum mengenai kenaikan bayaran itu kerana tidak menerima kemas kini alamat dan nombor telefon peminjam.

“Mengapa rumah keluarga ini dilelong dengan tergesa-gesa? Mengapa akaun pinjaman perumahan dibekukan pada Mac 2020, sedangkan baki mencukupi dalam akaun simpanan?” kata Arutchelvan.

Suami Moganah, yang hanya ingin dikenali sebagai Murugan, bekerja di kilang dengan gaji bawah RM3,000. Keluarganya kini menumpang di rumah rakan dan beliau bimbang akan nasib isteri, anak, dan ibu mentua yang bawah tanggungannya.

“Selain kena cari duit untuk bayar deposit rumah baharu, saya juga terpaksa selalu ambil cuti untuk cari rumah lain dan ulang alik bank untuk selesaikan isu ini.”

“Cari rumah sekarang dengan harga yang rendah bukan senang,” kata Moganah pula.

Moganah juga berkata beliau sendiri ke cawangan bank di Seri Kembangan untuk mengemas kini alamat, ketika menyemak status pinjaman pada 2015.

Arutchelvan beritahu FMT bahawa pihak BNM memaklumkan ia akan menghubungi bank terbabit dan mengaturkan perjumpaan antara bank, keluarga Moganah, serta PSM.

“BNM berkata pihak mereka akan hantar makluman kepada pihak pengurusan bank dan selepas itu akan menghubungi kami semula,” kata beliau.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 12:21 PM | Show all posts
cerita nya.... bila kau rakyat marhaen.. apa saja urusan menjadi cepat dan mudah...
mudah kna lelong.. mudah kena denda..

tapi... takkan takdak notis sampai? takdak org mai ghomah ka kakak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank mana punya kerja ni?

Kan biasanya sebelum naik/turun kadar akan sampai notis? Pastu kalau lambat bayar bank akan telefon, telefon, telefon lagi. Kalau ada terkurang sebab ada insurans ke, telefon telefon lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti x amik cakna pasal notis2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:35 PM | Show all posts
kawan aku sorg mcm ni. loan keter dah nak habis sekali tu bank ckp ade tunggakan.  tunggakan 5 thn lepas tp masalahnye kawan aku ni potong angkasa so camne pulak ada tunggakan.  nk buat loan rumah dah tak lepas. lama jugakla gaduh ngan bank tu last2 write off sampai sudah bank taknak ngaku diorang yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh achi menetap di rumah tu selama 17 tahun even tak update address pun tetap la kt situ jgk address nyer..if bank hntr notis ke address tu tetap la smpi jgk ke rumah itu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2021 12:45 PM | Show all posts
bank haprak mana laa punya kerja ni. tunggakan rm975 je gigih betul proceed sampai lelong. yang lawyer pun main file je ke camne?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:49 PM | Show all posts
wow!!!!dah 17 thn tinggal takkan takde sampai notis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 8-4-2021 12:42 PM
Dh achi menetap di rumah tu selama 17 tahun even tak update address pun tetap la kt situ jgk address ...

Aku pun tak phm laa bank nii.. ni bank rakyatt.. laki aku pi bofos jd penjaminn 15k jah pd kawan dia.. dah 20 thn berlalu tiba tiba sape tahh call kata dr bank rkyt suh bayo 20k sekarang kalo tak depa nak sita rumah akuuu.. aku amik loyo.. loyo kata buat dekk aje sbb hutang lapokk.. dan lg best bila laki aku cek rupanya member dia dah ninggal rupanya 15 tahun sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:52 PM | Show all posts
setan la bank ni
memnag bank tak akan mengaku salah depa mcm mana sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bank cap apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan xde notis lelong2 wehhhhh
"Negarah" mana ni????
Xkan bank x call? Sms? Surat?
Duk rumah tu 17thn
975 tu brp bln nye amaun?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg pnh x check baki loan  korg xberganjak lps setahun? Pastu bila korg sj2 buat xbyr baru terhegeh2 nk call..time tu korg persoal apesal loan korg xberganjak..then after sebulan bru nmpk bergerak..pnh x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:35 PM | Show all posts
Selalu kes macam ni sebab dulu orang lain handle sekarang orang lain pulak handle account loan tu.  Kena pulak jenis staff malas periksa berapa banyak dah bayar atau apa2 masaalah atau hal berkaitan.  Nak senang kerja nampak tertunggak je terus sembur atau ambil tindakan pada pelanggan.  Lain kali bila orang lain pulak handle account tu masaalah sama bangkit semula berterusan setiap kali bertukar orang.  Sebab tu rajin2 ler check balance pinjaman untuk tahu status terkini agar tak jadi apa2 masaalah kemudian nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kena fight, kdg2 kes cmni saje je org dlm komplot dgn pej lawyer, pej lelong. ak speku la. mana2 ada org duri dlm daging. sedangkan pas kerja lawatan pun boleh org dlm imigresen buat. apa tah mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:37 PM | Show all posts
Orang dalam punya kerja ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 01:47 PM | Show all posts
nak lelong rumah bukan sebulan dua punya kerja ye.. makan masa bertahun juga.. fishy betul la kronologi kejadian ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:51 PM | Show all posts
kesian aci ni... tp bank mmg jahat kdg2..walau bukan semua bank. selalunya dlm agreement mesti ada clause hantar notis kat alamat property..jadi loyer kena la cakna skit..baca agreement dan hantar notis kat alamat property wpun bank kasi alamat lain.  mungkin juga dalam agreement clause servis of legal process guna pos berdaftar biasa je...so kalau aci taknak terima saman by pos berdaftar pun kira telah diserah sempurna. kecuali kalau agreement kata by kad AR Berdaftar..mmg aci kene personally terima...kalau tak, iklan kat paper. nak iklan pun banyak proses sbb kena attempt serahan tangan juga kat aci ...

cek juga dengan pelelong betul ka depa tampai kat property notis lelong..minta bukti kata dah tampal, sbb pelelong kene simpan bukti2 tu sumer sebagai rekod. yg sadisnya bila mcm ni pelelong selalunya selamat...yg mcm cacing kepanasan loyer yang buat file..kena tekan dengan bank sbb BNM nak report itu ini...

Nasib ang la aci... all the best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu bank punya statement dulu sebelum proceed kecam
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:07 PM | Show all posts
Buritan replied at 8-4-2021 12:52 PM
Aku pun tak phm laa bank nii.. ni bank rakyatt.. laki aku pi bofos jd penjaminn 15k jah pd kawan d ...

laki aku pn bank rakyat...buat personal loan...dh buat full settlement...tiba2 lps lbh kurang 10 thn..dpt surat..katanya byk tunngakan...kene blacklist....naik court..rupanya sbb officer hr tu x release surat full settlemet..so bunga je naik...
.hakim pihak kt laki aku ..katanya dh xde kes...salah officer dl....tp sampai skrg bank rakyat xnk release laki aku dr blcklist...


ke rumah ni pn bank rakyat? j


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.077504 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list