Edited by FORUMCARIII at 15-6-2021 02:49 PM
Fazura bersama anaknya, Fatima ketika sesi penggambaran di KLCC. FOTO AZIAH AZMEE
Nur Fazura, suaminya, Fattah Amin dan anaknya, Nur Fatima Aisya. - NSTP/Aziah Azmee
Anak pasangan pelakon popular iaitu Fazura dan Fattah Amin yang diberi nama Nur Fatima Aisya sebelum ini viral selepas pertama kali dikongsikan wajahnya pada awal tahun ini yang dilahirkan 2 Oktober 2020.
Walau bagaimanapun, nampaknya anak pasangan sama cantik, sama padan itu viral lagi apabila peminat dan warganet dapat menyaksikan gelagat anak perempuan kesayangan pelakon itu yang difahamkan pertama keluar menjejakkan kaki ke shooping mall.
Fazura melalui ruangan Instagram peribadinya juga memuat naik satu rakaman video Fatima yang begitu seronok dan ujarnya menerusi ruangan kapsyen pula, “Fatima’s first day of shoot.”
Ternyata gelagat keluarga bahagia yang jarang terpalit kontroversi ini mendapat perhatian luar biasa selepas momen Fattah Amin, Fazura dan anak sulungnya itu dikongsikan kepada umum.Mommy Faz dah jadi PA Fatima lah nampak gayanya”
“Geramnya cute sangat Fatima sayang ni”
Selain rata-rata peminat cukup geram kerana dapat melihat kecomelan Fatima, keluarga pasangan pelakon kacak dan jelita ini turut dipuji ramai disamping turut disenangi peminat. “Suka la lihat harmoni keluarga”
|