CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52481|Reply: 313

'Fatima bukan 'content' media sosial' - Fazura tak buat akaun Instagram untuk an

  [Copy link]
Post time 12-4-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto : IG Fazura




Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 38, tidak mahu menjadikan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sebagai tarikan "content" di media sosial hanya untuk mendapatkan perhatian dan mengejar "likes".


Jesteru, Fazura atau lebih mesra disapa Faz dan suaminya, Fattah Amin tidak mahu membuat akaun Instagram khas untuk bayi mereka.


"Kami memang tak terfikir nak terlalu dedahkan anak kami di media sosial. Ditambah lagi, dia bukan 'content' untuk kami menarik perhatian pengikut dan mengejar 'likes' orang ramai.


"Memang tak dinafikan, ramai orang yang minta untuk saya dan Fattah buat video Fatima, tapi kami biasanya akan kongsikan video yang dirasa bagus dan sesuai saja di Instagram keluarga, @fattzuralovelife.


"Setakat ini, Fatima tidak ada akaun Instagram peribadi kerana kami rasakan tidak perlu. Namun, sehingga bila biar masa menentukan. Apa yang saya dan suami kongsikan di fattzuralovelife pun sekadar yang kami fikir bagus dan perlu saja," katanya


Terdahulu, Fazura muncul menjayakan penggambaran iklan di pusat beli-belah Suria KLCC, yang menyaksikan dia berganding bersama anaknya buat pertama kali.


  



Penyanyi yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu dan Bisa Apa itu turut memberitahu bahawa ia juga pengalaman pertama dia membawa anaknya berkunjung ke pusat beli-belah kerana selama ini Fatima hanya berada di rumah.



"Ketika situasi pandemik Covid-19 ini, saya memang paranoid nak bawa Fatima keluar bersiar-siar. Jadi, banyak masa kami di rumah saja"katanya kepada Harian Metro.


  




Dalam perkembangan lain, Fazura baru sahaja selesai menjayakan sebuah rancangan Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) selepas selama sepuluh minggu menjadi juri tetap bersama Datuk Awie dan Zul Ariffin untuk rancangan yang disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 09:39 AM | Show all posts
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak.Nah.Bosan: baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je


Br nk tny benda sama. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Debab betul fatima ni..msti berat tu nk kena dukung..hihihi..tp ai sgt2 hrp fazura x komersial kan anak dia..biar anak dia enjoy life sbg kanak2 je..no mekap,no weird stuffs letak kt anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:43 AM | Show all posts
Tapi acik nie kelim fatima jadi pelakon iklan. So, ape beza nye?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak.Nah.Bosan replied at 12-4-2021 09:39 AM
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je

Yg ni biar peminat mek jura explain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 09:48 AM | Show all posts
fatima yg debab dan tinggi
  


  


  



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bolih letak kat board kelab peminat kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sopianpian replied at 12-4-2021 09:48 AM
fatima yg debab dan tinggi

Alaa comey fatima, tinggi dia. Daddy fatima pun ensrm huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la cakap banyak mcm bagus2 je.. biar la masa menentukan semuanya. Contoh, baru je minggu lepas cakap tak nak bawak anak ke shopping mall sbb takut covid, tau2 minggu ni anak jadi pelakon iklan shopping mall, LOL.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
virgo19 replied at 12-4-2021 10:00 AM
Tak payah la cakap banyak mcm bagus2 je.. biar la masa menentukan semuanya. Contoh, baru je minggu l ...

Agree. Kadang2 tak consistent statement sheols. Ingat iols je yg perasan bab shopping mall.

Lagi satu kalau nak jadi contoh yg baik pada masyarakat, sila turun mengundi ya next PRU
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Terasa awal lah dondang &si zalikha
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:11 AM | Show all posts
virgo19 replied at 12-4-2021 10:00 AM
Tak payah la cakap banyak mcm bagus2 je.. biar la masa menentukan semuanya. Contoh, baru je minggu l ...

fake nyer.....
so fake...
semoga timoh tak sefake ibunyer....




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak.Nah.Bosan replied at 12-4-2021 09:39 AM
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je

Kan.Same content, labeled differently.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu dia tunjuk untuk fans dia tp tak sangka pulak bkn fans kepanasan, kang dia sorok anak dia fans tanya, haters pulak kata anak dia lembam, sumbing la sbb tu sorok..serba tak kena jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:15 AM | Show all posts
haylie replied at 12-4-2021 10:07 AM
Agree. Kadang2 tak consistent statement sheols. Ingat iols je yg perasan bab shopping mall.

Lag ...

pedihnyer komen uols...
nti karats dia mesti meloncat masuk membackup...
walaupun......
hakikatnya......

kebodohan terserlah bila membackup retis yg fake dan ckp tak serupa bikin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dalam article tu faz dah mentioned awal-awal fatima takde special account at the moment ye. Biar masa yang tentukan

At least bila fatima dah ada ig sendiri, haterz takdelah rengsa sangat or kata cakap tak serupa bikin ke hilang ingatan ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:19 AM | Show all posts
Edited by rotijohan at 12-4-2021 10:21 AM

bertiang tiang kalah dgn.............


  

  


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak tanya mana hannahmontanna eh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp lg la nampak vodoh do oh lapar kat laki org tak move on.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.088149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list