CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13058|Reply: 92

[Tempatan] Peniaga berang keputusan saat akhir batalkan Bazar Ramadan di Kelantan

[Copy link]
Post time 12-4-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 12-4-2021 12:30 PM



“Kawe tok halal sampai ke mati, modal kawe hangus”
Oleh MALAYSIA DATELINE / April 12, 2021


Seorang peniaga berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan tergesa-gesa Exco Kelantan yang telah membatalkan aktiviti Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau yang dikenali sebagai MrZack Muscar menyifatkan tindakan Exco Kesihatan Dr Izani Husin itu tidak berfikir panjang terhadap keputusan itu yang dibuat dua hari sebelum puasa.

Jika keputusan pembatalan itu dibuat dua minggu awal, baginya ia mungkin boleh diterima para peniaga.

“Dia tak apalah dapat gaji beribu-ribu sebulan. Tak reti fikirkan rakyat, dah habis duit buat modal untuk jual di bazar,” katanya.


Luahan peniaga yang sudah mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit untuk berniaga di Bazar Ramadan kali ini
Beliau turut memberitahu sudah mengeluarkan modal RM5,000 untuk berniaga pada Ramadan kali ini.

“Awak nak bayar balik ke? Cuba berfikirlah. Sudahlah bagitahu dua hari sebelum puasa,”luahnya yang kini sudah menjadi tular.

Bagi Muscar, Izani tidak layak menjadi Exco kerana tidak memikirkan soal keperitan hidup rakyat ketika ini.

“Kawe (saya) tidak halal sampai ke mati, modal kawe hangus sebab demo (awak) umum ‘last minute’…ingat deh.

“Kawe makan sekali sehari nak kumpul duit buat modal bazar, demo tak fikir benda tu. Demo gaji beribu-ribu makan sedap-sedap,” katanya dalam loghat Kelantan.

Beliau juga mengingatkan bahawa Allah itu Maha Adil dan mereka yang menganiaya orang lain akan terima balasannya nanti.

“Doa orang teraniaya In Sha Allah… Allah akan makbulkan,” ujarnya.

Keputusan tergesa-gesa Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri membuat ramai peniaga yang terdiri daripada B40 berang dan tidak berpuas hati.

Apatah lagi keputusan itu dibuat dua hari sebelum Ramadan menyebabkan ramai kerugian ribuan ringgit bagi mengeluarkan modal untuk berniaga sepanjang Ramadan ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2021 12:32 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 12-4-2021 12:52 PM



Peniaga berang keputusan saat akhir batalkan Bazar Ramadan di Kelantan
Oleh ARIF BASHARUDIN / April 12, 2021


Para pengusaha restoran, kedai makan dan peniaga di Kelantan berang dengan tindakan Kerajaan Pas Kelantan umum saat akhir membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri hari ini.

Menurut Azhar Zaki, seorang pengusaha restoran di Kota Bharu, tindakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin yang mengumumkan pembatalan saat akhir itu amat menyusahkan para peniaga dan rakyat seluruhnya.

“Kita sudah buat pelbagai persiapan, barang dapur barang basah semua dah dibeli, kerana Ramadhan bakal tiba dua hari lagi, tiba-tiba hari ini Kerajaan Pas Kelantan umum batal bazar Ramadan bazar Aidilfitri, siapa tak marah?

“Sudahlah kita sudah tanggung banyak kerugian akibat perlaksanaan PKP sebelum ini, baru nak bernafas semula cari rezeki, tiba-tiba keluar pengumuman begini pula.

Mana kita tak marah, banyak modal kita dah keluar, dari beli barang dapur, beli khemah, bayar tapak niaga bazar, bayar elaun pekerja, bayar lesen niaga, pendek kata banyak dah modal keluar, boleh pula Kerajaan Pas Kelantan buat keputusan saat akhir, memang kita marah,” katanya.

Semalam Dr Izani Husin membuat pengumuman membatalkan penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di saat-saat akhir.

Kawasan Madinah Ramadhan berhampiran Dataran Stadium Sultan Muhammad ke V juga ditukar fungsinya daripada penganjuran Solat Terawih yang menjadi tradisi Kelantan sejak era Almarhum Tok Guru Nik Aziz, menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid 19 Berisiko Rendah (PKRC).

Pengumuman mengejut yang dibuat dua hari sebelum ketibaan bulan Ramadan itu juga mengundang pelbagai kecaman dan luahan kemarahan dari warga netizen, rata-ratanya adalah golongan peniaga di Kelantan.

Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan masih tidak mengumumkan sebarang pakej bantuan bagi meringankan beban para peniaga yang bakal mengalami kerugian amat besar hasil dari pengumuman mengejut yang dibuat itu, ketika semua peniaga sudah buat pelbagai persiapan untuk mencari rezeki sempena ketibaan bulan Ramadan kali ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketatkan SOP, bukan batalkan, kesian peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm ms tgk news psl ni, aku dh terfikir mmg kesian sgt peniaga ni semua
byk kos dh keluar.ada tu takde keje tetap.mesti harapkan income berniaga je
unless gomen PAS byr ganti rugi pd peniaga ni sume.
and ketatkan SOP di bazar remdhan...takyh la terus kensel
ko buat je SOP yg hanya satu isi rumah je boleh pi bazar...larang kanak2 dan warga emas ke bazar....acik2 kepam sume duk umah je jaga anak2
tak perlu smpi nk batalkan
kesian diorg weh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:43 PM | Show all posts
pas kelantan. apalah nak ditaruh harapan tinggi? otak kat tapak kaki takpun kat telo
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:50 PM | Show all posts
yang ni aku setuju sebab membebankan peniaga yang dah keluarkan modal. tetiba je batal saat2 akhir. kalau dari awal dah diputuskan takde pasar ramadhan kan senang. takpe lah Kelantan banyak duit balak boleh bayar ganti rugi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-4-2021 01:02 PM | Show all posts
Batal Bazar Ramadan tergesa-gesa, peniaga wajar dibayar ganti rugi
Oleh NASUHA RAHMAN / April 12, 2021


Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pembayaran deposit itu perlu dibayar balik kepada para peniaga kerana pembatalan yang dibuat masih dalam tempoh ‘khiyar’.

Selain itu, katanya kerajaan Pas Kelantan juga sepatutnya membayar ganti rugi kepada para peniaga kerana membatalkan operasi bazar Ramadan dengan tergesa-gesa.

“Sejauh manakah Islam telah diamalkan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan, kita tunggu dan lihat apa reaksi Pas sebagai parti yang memerintah Kelantan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh Kelantan tahun ini dibatalkan susulan lonjakan kes Covid-19 di negeri pantai timur itu.

Menerusi Facebooknya, beliau juga memberitahu Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

Berikutan keputusan tergesa-gesa itu, ramai peniaga meluahkan rasa kecewa kerana wang sudah habis berbelanja untuk persiapan berniaga pada Ramadan yang akan bermula esok.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berang buat apa. Lenkali jangan percaya what you hear even dari mulut abahcow sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe...nanti dia ganti la tu...
Pas kn parti yg x akan menganiaya rakyat...sanggup pergi ke hulu cerok Kampung bawa duit n makanan mcm Saidina Umar
Peminpin pas ni SEMA zuhud...yg penting rakyat kelantan x merana
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:35 PM | Show all posts
Bagi laa bantuan kewangan pada depa dari dok tabur pasir kat periuk nasi orang lain... akai tak pikiaq kaa... yang dok kuat menyokong benda bodoh ni sebab bulan2 gaji masok, sedap makan minom belanja ke hulu ke hilir...

Patot segala jenis larangan kena tarik balik termasok rentas negeri.. perketatkan SOP, undang2/denda serta serahkan pada rakyat untuk jaga diri sundri... dah besaq bukan budak2 tadika yang wajib bimbing tangan ke jalan yang benar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:38 PM | Show all posts
biar...biar...x yah ganti.rasakan betapa sakitnya hak org lain dinafikan macm tu je.baru ada akaii
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:57 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 12-4-2021 02:11 PM

lain kali undi lagi lobai munafik ni semua

lobai parti politaik demokrasi ni semua lobai munafik.
tonggang Isle untuk pangkat dan kuasa saja.

kalau masih hidup lagi saidina umar al-khattab,
dah kena pancung jilake ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya. Semoga peniaga2 yg terkesan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Kepada pemerintah yg zalim dan tidak amanah, semoga mendapat hidayah dan bertaubat sebelum ditarik nyawa. Rakyat kelantan perlu lebih bijak memilih pemimpin. Jangan mudah tertipu dengan penampilan lobai dan janji2 manis mereka yg menjual agama dan ayat2 tuhan. Sebaliknya lihatlah prestasi kerja, pembawaan diri mereka dari segi adab dan akhlak dan mereka yg memahami keperitan hidup rakyat bawahan. Itupun kalau pemimpin seperti itu wujudlah di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebahagiaan hanya pada mereka YG berduit shj
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun rase tindakan ni tak bertanggung jawab dan terburu2. Mmg tak pikir langsung nasib n kerugian peniaga. I yakin ada diantaranya pakai duit i-sinar utk meniaga ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 02:25 PM | Show all posts
klu sewa tapak tu bole je minta pulang, tu bwh gomen negeri

klu brg lain2 tu, jual je cm biasa , COD ke ape.. cm tk biasa niaga online skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:41 PM | Show all posts
Lobai mmg xreti buat kerja. Bgtau keputusan last minit. Kau ingat peniaga2 tu belum beli brg niaga lagi ke? Xpasal2 buat dajal org, mmg xberkat lah kehidupan lobai2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:45 PM | Show all posts
kenapa tak awal2 lagi buat larangan bazar ramadan kan...

ni last minit, baru batalkan.

kesian kat para peniaga yang dah beli barang-barang untuk berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:47 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 12-4-2021 02:41 PM
Lobai mmg xreti buat kerja. Bgtau keputusan last minit. Kau ingat peniaga2 tu belum beli brg niaga l ...

doa saja lah minta rezeki minta duit jatuh dari langit. kan ramai lebai2 guru2 agama kat Kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086920 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list