CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9856|Reply: 52

Haliza Misbun kini isteri orang, dapat hantaran sebuah rumah

  [Copy link]
Post time 12-4-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Haliza Misbun kini isteri orang, dapat hantaran sebuah rumah


HALIZA dan suaminya selepas majlis pernikahan mereka.



Kuala Lumpur: Pelakon Haliza Misbun, 48, sah bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga warga Britain, Matthew John Rodgers, 48, di Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki Haliza iaitu Othman Misbun.

Majlis pernikahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pada majlis itu, Haliza menerima mas kahwin RM80 dan hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu. Pihak lelaki memberi tiga dulang hantaran, manakala Haliza membalas dengan lima dulang hantaran.

Haliza berkata, dia bersyukur majlis dirancang berjalan lancar walaupun mengikut SOP.

"Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah, selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin. Hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah," katanya.

Menurut Haliza, hubungannya dengan suami terjalin sejak hampir empat tahun lalu.




"Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa cinta.

"Malah selepas setahun akrab, dia adalah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya berasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek. Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barang kali menjadi faktor keserasian itu mudah diperoleh," katanya.



Sejurus selesai majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.

Dalam masa sama, suami Haliza turut membuat strim langsung di Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah...dah pun kahwin...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:53 PM | Show all posts
dia ni anak2 sidek badminton ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:55 PM | Show all posts
alhamdullilahhh... tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Excellent betul hantaran dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pengantin baru haliza.

Alhamdulillah bertemu jodoh mat salleh. Semoga bahagia ke akhir hayat. Dia tak suka jejaka melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 01:46 PM | Show all posts
alhamdulillah...  sampai dah jodoh dia akhirnya...  setelah siap keluar gosip dia ni geng cat dinding...  tahniah haliza misbun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow dapat rumah sebiji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 12:53 PM
dia ni anak2 sidek badminton ke?

Hahaha.. lawakla..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dia pernah bertunang ke ada bf hadiahkan condo
Ini cerita bbrp tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats. Berbaloi acik lijah tunggu lama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:10 PM | Show all posts
alhamdulillah tahniah

happy for her
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, dia ni da 48 body pun cun lagi. Kuat workout & jaga mkn ni. Dulu pernah sekejap dia gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:23 PM | Show all posts
alhamdulillah dah sampai jodoh.. dapat kokusen sama umur.. tahniah lah haliza n somi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:59 PM | Show all posts
ye la kokusen je yg sesuai ngan acik ni, tk sia2 tunggu lama nk berlaki

adiknya kaki kikis yg bercerai dgn awie dh kawen ker belum
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apsal aku tgk laki sheols mcm joey nsync haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 03:53 PM | Show all posts
cantiknyaaa mekap nikah dia. baju pun cantik. nampak aura pengantin. n dia dah kurus. tahniah haliza.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 12:53 PM
dia ni anak2 sidek badminton ke?

chuolls ni lahir tahun 2011 ke tak kenal haliza misbun?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 12:53 PM
dia ni anak2 sidek badminton ke?

Ruminah sidek pun tidak....

Tak related
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 04:13 PM | Show all posts
tahniah haliza , suka betul i tengok dia nie .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.437071 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list