CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5445|Reply: 34

[Tempatan] Perjalanan ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya, kata menteri agama

[Copy link]
Post time 13-4-2021 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-4-2021 08:16 AM

Perjalanan ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya, kata menteri agama

https://www.malaysiakini.com/news/570538

Diterbitkan 13 Apr 2021, 2:33 pm
Dikemaskini 3:21 pm



Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya.

Dia memaklumkan perkara itu sebagai menjawab ciapan kepada Twitter yang bertanyakan jumlah kos perbelanjaan untuk menyewa penerbangan ke Madinah.

"Semuanya ditaja kerana hubungan baik antara kedua-dua negara," ciapnya semalam.

Perjalanan Zulkifli adalah atas undangan Liga Dunia Muslim - sebuah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang didakwa menaiki jet peribadi tular di media sosial hari ini dan mengundang kecaman.

Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang sememangnya memiliki varian jet korporat.

Zulkifli tiba di Riyadh pada 10 April sebelum bertolak ke Madinah semalam.

Menurut siaran akhbar pada 9 April, lawatan kerja itu meliputi perbincangan dua hala mengenai haji dan umrah, serta pertemuan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa mengenai hal ehwal Islam.

Dikatakan bahawa lawatan itu akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi.

Zulkifli selesai menerima vaksin untuk Covid-19 pada 19 Mac lalu.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sesapa yg belum pegi ke arab saudi ni kompomlah tuduh mcm2. Sedangkan sesapa yg berjaya belajar ke madinah pun bila balik kg semua kena taja arab saudi. Tiket kena tanggung segala mcm...tu jelah yg ok dgn dorang ni. Kasar mmg kasar tp kebajikan rakyat derang tgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:52 PM | Show all posts
walaupun arab saudi taja macam2 tapi kaka masih haus tunggu waktu berbuka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
So, apa function duta timur tengah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali sebelum berangkat. Buat siar akbar lawatan akan ditaja kan lagi senang kerja
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jemaah haji rakyat malaysia dpt pergi haji tahun ni, jgn pulak akhirnya yg dpt pergi haji hanya menteri2, wakil rakyat dan vvip je...kalau tak dpt biar tak dpt semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2021 05:24 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 13-4-2021 05:17 PM
So, apa function duta timur tengah?

functionnya kumpul pahala dikutuk orang busuk hati yg suka buruk sangka mengutuk dan mengumpat  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 13-4-2021 09:24 AM
functionnya kumpul pahala dikutuk orang busuk hati yg suka buruk sangka mengutuk dan mengumpat   ...

Tak menjawab soalan. Hang sentap ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 13-4-2021 05:20 PM
Lain kali sebelum berangkat. Buat siar akbar lawatan akan ditaja kan lagi senang kerja

Yes itu sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 13-4-2021 05:17 PM
So, apa function duta timur tengah?

Jawatan Duta Timur tengah,
tapi menetap di pantai Timur
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:20 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 13-4-2021 05:17 PM
So, apa function duta timur tengah?

Meh aku jawab
Dia pergi atau tak
tetap orang persoalkan

Gitu jugak
Kalau Mujahid masih
menteri agama
macai-macai tetap
persoalkan

Bila hati hitam
ginilah jadinya

Pergi salah
Tak pergi pun salah

Salam Ramadhan

"ahak"

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:37 AM | Show all posts
sebab tu Donald Trump lawat Arab Saudi once jadi President.. depa mmg pemurah kalo depa nak jadi pemurah.. idok la berkira kira.. Hampir semua President Amarika lawat Arab Saudi dulu kalo jadi naik president.. Joe Biden ajee belum sebab Covid 19....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:57 AM | Show all posts
Ni kalau jaman mujahat pasti dh penuh org melalak berguling2 di padang merbok. Dodol tgok bedio mereka2 dalam flight semacam jakun ya duduk atas kerusi empuk syiok bergmbar fefeeling raja ereb di mahligai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:58 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 13-4-2021 05:17 PM
So, apa function duta timur tengah?

Haritu pm dtg pon dia xikut, menteri ugama dtg pon dia xikut jua. Mmg takde kegunaan langsung ya duta khas itu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:01 AM | Show all posts
cecari replied at 13-4-2021 05:24 PM
functionnya kumpul pahala dikutuk orang busuk hati yg suka buruk sangka mengutuk dan mengumpat   ...

Nak tanya jua walauncai, apa skop tugasan duta khas kalau tak mengiringi pm(bulan lepas) dan sekarang menteri ugama ke timur tengah? Halal ke gaji bertaraf menteri kalau xda kerja? Dan apa pencapaian duta khas ini sepanjang pemerintahan PN setahun ni? Boleh terangkan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:04 AM | Show all posts
cambaik replied at 14-4-2021 07:20 AM
Meh aku jawabDia pergi atau taktetap orang persoalkan
Gitu jugakKalau Mujahid masihmenteri agamam ...

Ni tak menjwb soalan langsung ni. Poremer tu tanya apa tugasan duta khas, bukan dia tanya kenapa duta khas xpergi. Kalau xreti jwb duduk diam jah lagi bagus, nnti nmpak bangang xpaham soalan dan nmpak sgat nk bekap membabi buta. Kahkahkakh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 08:26 AM | Show all posts
patut diterangkan mcm ni awal2. smlm ngeri betul baca ciapan2 netizen kat video ni. siap tag dr zul maki2. Allahu. mrh2 bulan puasa, baik takyah puasa mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:28 AM | Show all posts
kantoi je... arab saudi....
dulu bijan.. sekarang menteri agama
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 13-4-2021 05:17 PM
So, apa function duta timur tengah?

Kata Edi Bawang dulu tugas Duta timor tengah utk.bawak pelaburan. Sampai la ni satu habok pun tarak. Tanpa Duta timor tengah, Indon berjaya bawak masuk pelaburan berpuluh billion. UAE siap nama kan Jalan Jokowi kat sinun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 10462 Replies : 62
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8587 Replies : 39
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 267538 Replies : 6691
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 14698 Replies : 85
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106011 Replies : 2908
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13830 Replies : 19
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77359 Replies : 3190
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77001 Replies : 260
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11080 Replies : 75
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5223 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.870766 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list