CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 13/04/2021

[Copy link]
Post time 13-4-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-4-2021 03:41 PM

Sarawak rekod 607 kes COVID-19, tertinggi di Malaysia hari ini - KP KesihatanKUCHING: Sarawak merekodkan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini, iaitu 607 kes, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada 20,959 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dalam Facebook rasminya menyenaraikan jumlah kes harian di seluruh negara hari ini iaitu 1,767 kes, menjadikan keseluruhan setakat ini 363,940.
Berikut adalah pecahan kes harian negeri-negeri lain:
  • Selangor - 483 (120,841)
  • Sabah - 117 (56,023)
  • Johor - 74 (42,442)
  • WP KL - 133 (39,114)   
  • Pulau Pinang - 92 (17,767)      
  • Negeri Sembilan - 29 (17,646)
  • Perak - 36 (13,828)
  • Kedah - 39 (8,892)
  • Kelantan - 103 (7,280)                                                                                                                                             
  • Melaka - 17 (6,791)
  • Pahang - 14 (4,566)
  • Terengganu - 13 (3,792)
  • WP Labuan - 3 (2,414)
  • WP Putrajaya - 7 (1,246)
  • Perlis - 0 (339)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengeluarkan kenyataan berhubung status COVID-19 di Sarawak petang ini.

kredit : utusanborneo 13/04/2021







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2021 10:44 PM | Show all posts
Bintulu laksana PKPB dengan SOP diperketatkan selama 14 hari mulai esok


Dr Rundi pada dalam sidang media selepas selesai mesyuarat, hari ini.


BINTULU: Bahagian Bintulu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selama 14 hari, bermula esok sehingga 27 April nanti.


Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, pihaknya bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu yang dipengerusikan Residen Bintulu, Jack Aman Luat, mengambil keputusan sedemikian bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

"Hasil perbincangan yang dijalankan bersama agensi berkaitan telah memutuskan bahawa PKPB (SOP diperketatkan) ini akan kita laksanakan di Bintulu selama 14 hari," ujarnya.

Dr Rundi berkata demikian dalam sidang media menghadiri mesyuarat pengurusan bencana pandemik COVID-19 Bahagian Bintulu di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan COVID-19 (Rt-PCR) yang wajib diambil oleh setiap individu yang datang dari luar kawasan Bintulu bermula 5 April lalu, masih berkuat kuasa sehingga 18 April.


Mengulas mengenai intipati PKPB SOP diperketatkan ini, beliau berkata bsekolah di kawasan luar bandar masih lagi dibenarkan dibuka iaitu sesi pembelajaran secara bersemuka kerana tidak mempunyai jaringan internet yang baik.

Walaupun begitu katanya, pematuhan SOP yang ketat harus dipraktikkan sebagai usaha mengekang penularan wabak pembunuh itu.

Manakala bagi sekolah di kawasan bandar pula ujarnya, dicadang menjalankan kelas secara dalam talian menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

"Bagi tujuan itu, kita akan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu untuk mengemukakan cadangan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi menimbangkan pembelajaran secara online ini," ujar Rundi.

Menyentuh mengenai sektor ekonomi sepanjang tempoh PKPB SOP Diperketatkan selama 14 hari ini, Dr Rundi berkata semua premis termasuk premis makanan termasuk restoran dan kedai kopi dibenarkan untuk dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, premis makanan hanya dibenar menawarkan perkhidmatan makanan secara bungkus sahaja termasuk perkhidmatan penghantaran, tetapi tidak dibenarkan menerima pelanggan untuk menjamu selera di premis.

Bagi stesen minyak pula, ianya sebagaimana premis lain dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Dalam pada itu ujarnya, farmasi dibenarkan dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari kerana ianya merupakan perkhidmatan perlu.


kredit : utusanborneo 13/04/2021
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 11:40 PM | Show all posts
Pematuhan SOP jadi kunci penanganan Covid-19



SERIAN: Beberapa tindakan serta strategi kesihatan awam dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda Sarawak ketika ini.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, strategi yang ditekankan ketika ini adalah pematuhan serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jelas Adham, SOP yang telah digariskan oleh Kerajaan Persekutuan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri mengikut ordinan negeri masing-masing adalah cukup kukuh untuk membendung wabak Covid-19.

“Kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) yang kita pantau meningkat sedikit kebelakangan ini iaitu pada kadar 1.1.

“Kita pantau serta atasi kebolehjangkitan ini dengan kaedah kesihatan awam iaitu kita cepat mengesan kes-kes positif, diasingkan di hospital dan cepat memberikan rawatan,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat dan lawatan kerja di Hospital Serian, di sini hari ini.

kredit : suarasarawak 13/04/2021
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 11:51 PM | Show all posts
Sarawak paling tinggi kes ini hari, 607 kes dengan 4 mati



arawak hari ini mencatatkan kes COVID-19 harian tertinggi dengan 607 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 20,959 kes.

Ia merupakan kali pertama Sarawak mencecah lebih 600 kes berbanding kes harian tertinggi sebelum ini 555 kes iaitu pada Jumaat lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan media hari ini, berkata daripada 607 kes baharu COVID-19, kes tertinggi direkodkan di Bintulu iaitu 130 kes, diikuti Kuching (106), Sibu (106), Mukah (52), Miri (49), Kapit (33), Meradong (29), Saratok (23), Samarahan (14), Sarikei (14), Betong (8), Bukit Mabong (8), Selangau (8), Subis (8), Dalat (5), Kanowit (3), Matu (3), Julau (2), Serian (2), Sri Aman (2), Asajaya (1) dan Beluru (1).

Menurutnya, jumlah kes hari ini yang paling tinggi dilaporkan disebabkan terdapat kes yang dilaporkan di Pusat Latihan Polis Sarawak (PULAPOL) iaitu 61 kes dan mereka ditempatkan di dalam pusat latihan yang mana keadaan mereka adalah terkawal.

“Sarawak turut merekodkan empat kematian melibatkan jangkitan COVID-19 yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 128 orang di negeri ini.

“Kematian ke-125 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 36 tahun yang dimasukkan ke Hospital Miri bagi tujuan pembedahan elektif dan kes dikesan positif COVID-19 pada 10 April 2021 melalui ujian saringan rT-PCR.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit systemic lupus erythematosus,” katanya.

Sementara itu JPBNS memaklumkan kematian ke-126 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 67 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah pendarahan saluran percernaan dan saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021.

Katanya keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit radang hati (Hepatitis) dan penyakit buah pinggang tahap akhir.

Bagi kematian ke-127 kata jawatankuasa, ia melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 67 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana kesesakan pernafasan.

Tambahnya kes mengalami gejala demam, batuk dan lemah badan beberapa hari yang lepas. Saringan ujian rt-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2021 dan kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang kronik. Dimaklumkan kes ini daripada Kluster Kiba.

“Manakala bagi kematian ke-128 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 42 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes juga mengalami gejala batuk dan kurang selera makan beberapa hari yang lepas. Saringan ujian rt-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 6 April 2021,” katanya.

Menurut jawatankuasa keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan strok.

Mengulas lanjut kes baharu hari ini, JPBNS berkata daripada 607 kes baharu yang dilaporkan, seramai 41 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Seramai 372 kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan,” katanya. – Utusan Borneo

kredit : beritasabah 13/04/2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.086839 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list