CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6993|Reply: 24

Buatan org lain atau bukan?

[Copy link]
Post time 14-4-2021 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamu’alaikum semua. Akak nak minta pendapat orang yg tahu atau boleh agak samada ianya buatan orang sebab sakit hati atau ada kemungkinan org yg terkena tu ada pendamping?

Kisahnya gini. Ada seorang saudara terdekat (akak namakan dia sebagai Timah) yg sakit dah banyak tahun. Rasanya dah dekat 10 tahun. Dulu dia ada seorang anak angkat dari negeri di bawah bayu (akak namakan sebagai Bedah). Anak angkat tu berkenan kat anak Timah, yg akak namakan sebagai Husam. Bedah ni menumpang di rumah Timah. Asalnya dia ni datang ke semenanjung disebabkan dia diusha oleh Husam. Since xde family di Semenanjung, tu yg diajak duduk sekali.

Bedah ni mcm jadi peneman Timah yg dah kematian suami masa tu. Tp at the same time bercinta juga dgn Husam.

Bedah memang menanti je dilamar oleh Husam ni. So satu hari Husam ajak dia kahwin. Tp disebabkan Timah dah nampak sisi yang dia tak berkenan kat Bedah, dia bantah la perancangan Husam dan Bedah.

Kemudian bermula lah rentetan kisah yg Timah kata dia berasa seram di rumah dia. Bedah dah berpindah keluar sebab dah patah hati lepas Timah bantah diaorg berkahwin. Di rumah Timah tu pula sebelum2 tu ada Timah mengadu kata jiran atas tu ada penjaga. Katanya dia selalu diusik penjaga tu. Tp bila ditanya kepada yg lain menghuni dlm rumah Timah tu, semua kata tak pernah pulak ada peristiwa seumpama jadi kat diaorg.
Pada masa yg sama, Timah masih menegakkan kata-kata yang dia selalu diganggu dek penjaga tu.

Selepas Bedah keluar dari rumah tu, pernah Timah tiba-tiba kaki x boleh angkat. Masa tu kejadian di dalam bilik mandi. Bila nak keluar dari bilik mandi tu, katanya kaki mcm kena gam gajah ke lantai. Dia minta tolong kat penghuni lain dan Kusam(abang kepada Husam) datang dan katanya memang kaki Timah melekat. Lepas tu dia baca ayat Kursi berkali2 dan akhirnya kaki boleh diangkat.

Dan bermula la rentetan peristiwa2 pelik di rumah tu.. Katanya pernah panggil ustaz datang ke rumah untuk dipulihkan rumah. Ada terjumpa bunjut dan dalamnya ada kertas bertulisan. Ustaz suruh Kusam ambil dgn kain ke apa ntah benda tu dan buang di sungai yg mengalir elok. Lepas tu keadaan tenang. Alhamdulillah.

Rupanya tenang itu tidak lama. Ada beberapa kali lagi Timah kena keadaan yg sama. Samada di bilik tidurnya, atau di dapur. Penghuni lain pernah menyaksikan kejadian2 itu.

Disebabkan tak tahan keadaan itu, Timah ambil keputusan untuk keluar dari rumah dia sendiri dan menyewa di tempat lain. Begitu la setiap kali ada kejadian yg pelik Timah alami. Husam & Kusam x pernah membantah walau pernah Timah sewa rumah tu x sampai enam bulan, dia dah keluar dan cari rumah sewa lain. Tp dia xde la lari dari membayar duit sewaannya.

Bertahun2 kejadian lari-lari ni dah berlaku. Sampai la Timah mulai sakit. Kami ada pujuk Timah untuk pergi dapatkan rawatan doktor dan tanya doktor keperluan untuk buat physio. Sebab tangannya mulai tak boleh angkat dan kaki pun sakit-sakit sampai susah nak berjalan. Tapi memang  ditolak mentah-mentah dan banyak alasan yang diberikan. Bila ada ahli keluarga yang bawa dia berjumpa dgn ustaz utk buat rawatan secara Islam, sekejapan dia jadi tak tentu hala dan kata panas.

Baru ni dituduh pulak salah seorang ahli keluarga ni buat dia sebab nakkan harta dia.. Walhal ahli keluarga itu la yang banyak membantu dia sekeluarga sejak dulu. Sanggup berulang  sejam dua utk ambil dia dan bawa ke mana-mana ustaz utk berubat. Tapi tetap sama keadaan dia. Panas kata Timah.

Baru ni Timah dah habis buruk sangka kat ahli keluarga yg selalu bantu dia sefamily dulu dan dia kata dia diberitahu oleh tukang ubat dia yg buat dia ialah orang lain. Tapi tak disebut pula siapa kali ni. Cuma dia ada selitkan Bedah juga dalam sipi-sipi.

Sekarang Timah dah tak boleh nak uruskan diri sendiri. Semua kena berharap kepada ahli rumah yang lain. Malahan nak angkat tangan pun dah tak boleh. Kedua-dua tangan pula tu.

Sampai sekarang Timah masih tak mahu jumpa doktor tapi dia akan suruh Husam bawa dia pergi berubat dengan ahli-ahli nujum pak belalang ni..
Ada antara kelompok kami yg sebut, entah-entah bukan orang buat dia tapi dia sendiri ada menyimpan. Cuma pelik la sebab kelompok kami ni tak ada yg percaya dengan benda-benda tu dan akak yakin tiada yg mengamalkannya. Tambah lagi Timah ni dari dulu selalu mengaji dan berzikir. Akak tahu sebab akak biasa tidur di rumah Timah sedari akak kecil sampai la akak dah ada anak. Solat pun x pernah tinggal. Solat sunat pun Timah rajin lakukan. Then tiba-tiba terlalu percaya kepada hal-hal ni membuat kami semua tak percaya hasil telekan para ahli nujumnya.

Akak nak tanya pendapat yg berpengalaman..  Macamana kita nak tengok samada ni betul buatan orang atau buatan sendiri? Ada tak ciri-ciri khas yg boleh kita kenalpasti? Tak pernah lagi terjadi dalam kelompok kami hal macam ni. Tapi semua kelompok kami sceptical bila Timah dok kata dia dibuat orang sebab dengki dan sakit hati. Malahan dituduh pula seorang lagi kelompok kami ni jadi messenger kepada Bedah hanya disebabkan diaorg sepulau.

Kalau ada yg ingin beri pendapat, akak alu-alukan sangat . Akak berhajat menziarah Timah kalau akak ke sana sebab akak sayangkan Timah bagai Mak sendiri. Sejak kejadian pindah randah dan buruk sangka yang dah bertahun ni, ke mana dia pindah pun dia buat secara sorok-sorok. Bila ditanya, dia takkan beritahu. Malahan kalau kelompok kami call pun dia x nak jawab.  Katanya takut ahli kelompok yg sepulau dgn Bedah tu kasi info dimana dia tinggal dan nanti Bedah boleh buat lagi kerja kotor tu. Nauzubillah min zalik..

Akak dahulukan ucapan terima kasih kiranya ada yg boleh beri pendapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya mmg kena bawa timah pi check kat hospital..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:52 AM | Show all posts
Edited by Matpon at 14-4-2021 08:54 AM

x ada pengalaman. ada tak siapa2 yang lebih tua dari Timah( maksud kita ada tak abg dia ka, kakak dia ka )
kalau ada senang sikit tanya mereka berkaitan dulu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 14-4-2021 08:52 AM
x ada pengalaman. ada tak siapa2 yang lebih tua dari Timah( maksud kita ada tak abg dia ka, kakak di ...

Ada, Matpon. Kakak2 yg lebih tua dah puas suruh ke spital kerajaan je. Ada je alasannya utk x pergi. Dia lebih sanggup belanja lebih dan travel jejauh utk jumpa ahli nujum pak belalang ni. Walhal ada je hospital2 kerajaan dekat2 sana sini situ. Arwah suami Timah pun bekas anggota beruniform. Boleh sangat nak ke spital uniform tu. Kalau nak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-4-2021 07:26 AM
Rasanya mmg kena bawa timah pi check kat hospital..

Kan.. Kami sekelompok memang masing2 kata kena bawa gi spital. Semua level kelompok kami oun ramai sanggup bawa Timah sebab dia dok kata darah dagingnya sibuk bekerja. Tp elok je akak tgk diaorg gi memancing, pi main motor lasak walau hari biasa sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 14-4-2021 10:50 AM
Kan.. Kami sekelompok memang masing2 kata kena bawa gi spital. Semua level kelompok kami oun ramai ...

Sy rasa dia nak perhatian anak2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt, Kusam & Husam berkahwin dgn siapa akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kena scan dulu..samada buatan org ie sihir, atau bkn sihir.. atau mgkin dia sdri ada sesuatu.
baik buat secara jarak jauh dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kak-Leen at 22-5-2021 01:32 AM
sarah82 replied at 14-4-2021 11:03 AM
Sy rasa dia nak perhatian anak2..


A part of it memang nak perhatian anak2. Tambah lagi anak2 dah ada kehidupan masing2. So bab anak2 ni worsen her condition.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 16-5-2021 07:05 PM
kena scan dulu..samada buatan org ie sihir, atau bkn sihir.. atau mgkin dia sdri ada sesuatu.
baik ...

Bila jumpa nujum pak belalang, tok nujum pun kata sekian2  org buat. Then pergi tok nujum yg lain, pun sama Cuma  org yg disuspect tu berubah je.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kita tanya pd Allah swt.. bkn tanya tok nujum.
dlm blog saya, saya ada ajarkan cara utk scan melalui solat..
mak saya pun pernah buat (scanning) melalui solat hajat. bgtu jg cara merawat org yg terkena sihir..

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-5-2021 01:29 AM
A part of it memang nak perhatian anak2. Tambah lagi anak2 dah ada kehidupan masing2. So bab ana ...

Tu la.. Tapi kita x boleh tolak kemungkinan ada gangguan juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1.buat solat hajat banyak22 mintak petunjuk
2.gi jumpa doktor
3.gi jumpa ustaz
Semua kena buat..bertenang dah laa..sbb semua ada bahagian cuma nya tawakkal kena tinggi supaya dapat tenang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 23-5-2021 03:18 PM
1.buat solat hajat banyak22 mintak petunjuk
2.gi jumpa doktor
3.gi jumpa ustaz

Thanks JS.

Masalahnya x nak jumpa doktor dah..

On syaa Allah akak akan minta bawa jumpa Ustaz nanti.
Sebelum ni pernah dibawa tapi sekejap je dan dia pulak yg ajak si pembawa balik cepat. Dia mcm resah di situ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-5-2021 07:06 AM
Tu la.. Tapi kita x boleh tolak kemungkinan ada gangguan juga

Nak bawa jumpa ustaz utk bersihkan diri tu susah sangat.. Ada je alasannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 22-5-2021 02:11 AM
kita tanya pd Allah swt.. bkn tanya tok nujum.
dlm blog saya, saya ada ajarkan cara utk scan melal ...

Pernah dibawa jumpa Ustaz tapi dia yg resah dan minta bawa balik cepat2.

Apa nama blog ciklah? Boleh akak ss dan WA kpd anak2nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 14-4-2021 08:52 AM
x ada pengalaman. ada tak siapa2 yang lebih tua dari Timah( maksud kita ada tak abg dia ka, kakak di ...

Kakak2 ada dua org. Dua2 kata dulu2 memang xde bawaan dari nenek moyang. Akak percaya je sebab atok dulu org beragama di dlm kampung.
Kakak2 dan adik2 Timah kata takut Timah sendiri yg dah terlajak perahu. Tp Timah ni dulu orgnya jenis solat x tinggal dan memang rajin mengaji. Akak witnessed tu sebab memang akak rajin ada di sana dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Zhana replied at 16-4-2021 07:08 AM
Salam tt, Kusam & Husam berkahwin dgn siapa akhirnya

Husam dan Kusam berkahwin dgn org senegeri sudahnya. Tp Timah masih kekal dgn tanggapannya  si Bedah yg buat dia sampai la ni. Walhal Bedah oun sudah entah ke mana.. Akak rasa selagi dia yakin perkara tu, selagi tu susah nak ubatkan dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 16-5-2021 07:05 PM
kena scan dulu..samada buatan org ie sihir, atau bkn sihir.. atau mgkin dia sdri ada sesuatu.
baik ...

Ada sorang kakaknya speku mungkin dia sendiri ada amalkan sesuatu. Tapi spekuan kekal spekuan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-5-2021 08:15 AM
Nak bawa jumpa ustaz utk bersihkan diri tu susah sangat.. Ada je alasannya.

Jgn sebut nak pi jumpa ustaz atau berubat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.074648 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list