CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 1

Zidane resah situasi semasa Real Madrid

[Copy link]
Post time 14-4-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Zidane resah situasi semasa Real Madrid



BEBERAPA pemain Real melakukan persediaan terakhir sebelum bertemu Liverpool awal pagi esok. - REAL MADRID

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui, risau dengan situasi pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok.

Meskipun memiliki ke-lebihan 3-1, namun skuad Los Blancos ketika ini berdepan kesukaran kerana dibelenggu masalah kecederaan yang semakin meruncing.

Kata Zidane, beliau tidak tahu bagaimana untuk berdepan situasi itu selepas kehilangan tiga pemain utama iaitu Lucas Vazquez, Rap-hael Varane serta Sergio Ramos yang tidak boleh diturunkan akibat kecederaan dan Co-vid-19.

“Saya tahu kami sudah berehat sebelum ini, namun ia tidak mencukupi kerana telah beraksi dalam dua perlawanan yang cukup mencabar. Sebenarnya, kami memerlukan lebih banyak waktu rehat.

“Secara jujur, tahap fizikal kami sudah berada pada tahap kritikal kerana ramai pemain belum pulih sepenuhnya daripada kece-deraan dan ada yang tidak cergas,” kata Zidane.

Dalam perkembangan sama, legenda bola sepak Perancis itu juga sudah mula ‘pening kepala’ untuk mencari jalan terbaik agar dapat menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang berdasarkan situasi semasa pasukannya.

“Setiap pasukan pastinya sukar jika berada dalam situasi ini. Saya pun tidak pasti bagaimana kami mahu tamatkan saingan musim ini dengan pelbagai masalah dihadapi sekarang,” ujarnya. – AGENSI

Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..Liverpool..tolong bangkit dan benam Real Madrid...pg nt...cam buat kat Barcelona.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.402559 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list