CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5138|Reply: 30

[Tempatan] Kes memandu lawan arus di Lingkaran Luar Butterworth (BORR). UPDATE Isteri peman

[Copy link]
Post time 15-4-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-4-2021 05:36 PM

Lelaki parah, pandu kereta lawan arus
Malinda Abdul Malik -
15 April 2021



SEBERANG PERAI – Seorang lelaki parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal di Kilometer 13.0 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa, Lim Song Joo yang memandu kereta jenis Honda City itu dikatakan memandu secara melawan arus lalu bergesel dengan sebuah motosikal sebelum melanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati pemandu Honda City itu memandu lawan arus dari arah Bagan Ajam menghala ke Sungai Dua.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Benelli Leoncino itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pemandu berkenaan bergesel dengan sebuah motosikal sebelum melanggar kereta yang datang dari arah bertentangannya.

“Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Toyota Corolla Altis bersama isteri serta anaknya yang berusia tiga tahun mengalami kecederaan akibat dilanggar kereta lawan arus itu dan mereka dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Pemandu kereta Honda City turut dibawa ke hospital yang sama susulan dilaporkan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Noorzainy, punca pemandu berkenaan memandu secara melawan arus belum dikenal pasti memandangkan lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta masih menerima rawatan.

“Kita kini sedang mengesan rakaman televisyen tertutup (CCTV) di lokasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Syafinaz di talian 018 288 1424 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

***************************************

Kereta bertembung kenderaan lawan arus, suami isteri parah
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Suami isteri parah selepas kenderaan dinaiki tiga beranak bertembung dengan kereta yang dipandu secara melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, Yong Kee Seong, 35, yang memandu Toyota Corola Atlis yang membawa isteri berusia 31 tahun dan anaknya berusia tiga tahun dikejutkan dengan insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta dan motosikal.

"Insiden bermula apabila Honda City dipandu lelaki berusia 43 tahun dipercayai memandu secara melawan arus dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.

"Pada masa sama, datang sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 24 tahun yang membawa pembonceng berusia 28 tahun sebelum bergesel dengan kereta yang memandu arus terbabit yang kemudiannya melanggar kereta yang dinaiki tiga beranak itu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, dalam kejadian itu penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu dan penumpang Toyota Corola Atlis iaitu Yong dan isterinya parah, manakala anak mereka tidak mengalami kecederaan. Pemandu Honda City pula tidak sedarkan diri.

"Kesemua mereka dibawa Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Sehingga kini, punca pemandu itu bertindak memandu melawan arus masih belum dapat dipastikan memandangkan dia masih tidak sedarkan diri," katanya.

Noorzainy berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abd Aziz di talian 018-2881424 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 8:53am

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 09:34 AM | Show all posts
nasib baik tak sedarkan diri. kalau tak dah claim OKU dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Allhamdulillah orang yg tak bersalah tak jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:46 AM | Show all posts
bagus dia langgar kaum dia jugak..
yang motor tu, sila claim and saman kow kow..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa, Lim Song Joo yang memandu kereta jenis Honda City itu dikatakan memandu secara melawan arus lalu bergesel dengan sebuah motosikal sebelum melanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Jap dia yg salah tapi jadi mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:25 AM | Show all posts
selalu yg lawan arus ni msti bangsa tu dan bangsa lagi satu,

bawa keta impot tapi otak x boleh pakai bangsa ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ke apa smp bawa kete lawan arus
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:33 AM | Show all posts
kat BORR ni selalu kes lawan arus.. nak shortcut ke tempat terdekat ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya sesama sendiri
Mabuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Driver tu bukan takat dah eksiden jd camtu, tp dr sblm eksiden dah xsedar diri nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:51 AM | Show all posts
powerlah.... kena buat undang undang.... potong arus... potong tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina tanah besar ke tu? Aku masih tak boleh terima org drive lawan arus ni tak sengaja... Mesti sebab dah biasa drive belah kiri... Puikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:08 AM | Show all posts
little_sis replied at 15-4-2021 09:46 AM
Allhamdulillah orang yg tak bersalah tak jadi mangsa..

pemandu altis dan wife dia cedera parah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:27 AM | Show all posts
mejaputih replied at 15-4-2021 11:08 AM
pemandu altis dan wife dia cedera parah.

keciannya..mangsa atas kesalahan org lain...cuma kita imagine tgh bawa kete elok2 ada kereta lawan arus depan kita..nightmare seumur hidup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2021 12:02 PM | Show all posts
kalau kita di lorong kanan
tetiba yg melawan arus pun lorong kanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:06 PM | Show all posts
Tak habis2 menyusahkan orang lain mujur kali ni dia juga mendapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 12:10 PM | Show all posts
ahlam_nabiha replied at 15-4-2021 11:27 AM
keciannya..mangsa atas kesalahan org lain...cuma kita imagine tgh bawa kete elok2 ada kereta lawan ...

betul..bertembung face to face..lagi la kalau jalan tu dah ada divider kat tengah2, lagi kita confident...tup2 muncul dpn kita laju lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-4-2021 09:46 AM
bagus dia langgar kaum dia jugak..
yang motor tu, sila claim and saman kow kow..

Satu dalam sejuta baru jumpa kes macam ni.harap2 berterusan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 15-4-2021 10:25 AM
selalu yg lawan arus ni msti bangsa tu dan bangsa lagi satu,

bawa keta impot tapi otak x boleh pa ...

salah tu....otak depa memang 'set' ke situ..tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp selalu jadi di Penang ye? Sbb jalan diorang confusing ke mcmana? Ni soalan jujur ye, bkn niat me nganjing.
Me'ols mmg seriau lah nak drive lorong paling kanan. Takut hal ni lah, mana nak lari ngelak. Nau'zubillah Min Zalik.. Semoga dijauhkan dipertemukan dgn pemandu laknat melawan arus ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.070771 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list