View: 2091|Reply: 7
|
[Dunia]
Suntikan vaksin mungkin perlu diambil SETIAP tahun
[Copy link]
|
|
Suntikan vaksin Pfizer mungkin perlu dos ketiga
April 16, 2021 @ 11:16am
WASHINGTON: Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi.
Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk melawan coronavirus juga mungkin diperlukan.
"Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan.
"Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.
"Malah, vaksinasi bagi COVID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang rentan virus itu," katanya dalam temubual bersama CNBC.
Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin COVID-19 memberi ketahanan menentang coronavirus.
Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus.
Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi komplikasi teruk akibat COVID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.
Vaksin Pfizer, yang dibangunkan dengan kerjasama BioNTech, ketika ini memainkan peranan utama dalam kempen vaksinasi di AS dan Eropah.
Syarikat farmaseutikal gergasi itu pada Februari lalu mengumumkan, mereka sedang menguji dos ketiga vaksin itu menambah keberkesanan melawan varian baharu. - AFP
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 la geng2 doktor pakar dkt malaysia konon vaksin selamat. Yakini vaksin. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ahhhh sudahhhhh
Kalau dah tiap2 tahun vax ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm update apps pulak jdnye |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 16-4-2021 06:41 PM
Mana2 la geng2 doktor pakar dkt malaysia konon vaksin selamat. Yakini vaksin. Haha
Kan aku wat poll sajes depe ambek vaksin tiap taon sebab depe yang kata vaksin selamat. Walk the talk la. Pfizer pon dah suroh topup.. Nak telan Ivermectin je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sinovac guandong mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin lain tak ambil setiap tahun pulak...covid jer yg kena ambil setiap tahun..siap ada pasport bagai....kenapa penyakit lain tak ambil tindakan yg serupa..contohnya sars?
Nampak sangat mereka nak tahu perjalanan dan kerberadaan setiap manusia dimuka bumi ini pada setiap masa...senang sikit nak pantau...takut iman mahadi turun kor... |
|
|
|
|
|
|
| |
|