CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14767|Reply: 100

[Jenayah] Wanita maut kereta dirempuh dari belakang tapi pemandu yg melanggar dibebaskan p

  [Copy link]
Post time 18-4-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan dekat Kilometer 32.9 menghala ke ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Azia.

“Sewaktu kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun di lorong tengah telah dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza yang datang dari lorong paling kanan.

“Pemandu Perodua Bezza yang secara tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju telah merempuh bahagian belakang kereta wanita berkenaan mengakibatkan ia hilang kawalan dan terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, akibat pelanggaran itu, wanita berkenaan yang memandu seorang diri telah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

“Kira-kira pukul 3.35 petang hari yang sama, kami telah dimaklumkan oleh pihak PPUM bahawa mangsa yang parah disahkan telah meninggal dunia namun lelaki yang memandu kereta Perodua Bezza itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil ujan air kencing dan ujian pernafasan ke atas pemandu lelaki berusia 34 tahun itu didapati negatif daripada sebarang bahan terlarang serta alkohol,” ujarnya.

Tegas Mohamad Fakhrudin, siasatan berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan berhubung kejadian masih dilakukan dan suspek telah ditahan serta diambil keterangan namun dia kini telah dilepaskan dengan jaminan di atas faktor kesihatan,” jelas beliau.

Terdahulu, satu klip video kamera papan pemuka telah tular di laman Twitter semalam memaparkan tindakan pemandu Perodua Bezza yang memecut laju sebelum merempuh kenderaan lain.

Perkongsian video berkenaan menerima kritikan dan kecaman daripada netizen yang menyifatkan pemanduan individu itu sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak sepatutnya dibenarkan untuk memandu di atas jalan raya.

Tambah menyayat hati, netizen yang mengaku mengenali wanita berkenaan turut mendakwa bahawa mangsa yang maut baharu sahaja kembali bekerja apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu
https://www.kosmo.com.my/2021/04/18/wanita-maut-kereta-dirempuh-dari-belakang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dilepaskan dengan jaminan di atas faktor kesihatan?
Sakit apa agaknya, tapi bawak kereta macam bab*?

Gitu.. terlepas carutan pertama dibulan ramadan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju giler kot.. jaminan atas faktor kesihatan, jangan kata memang tengah on treatment dah la or nak pakai alasan brake problem tetiba.. semoga family mangsa fight for her rights
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya pemandu wanita tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 19-4-2021 12:04 AM
dilepaskan dengan jaminan di atas faktor kesihatan?
Sakit apa agaknya, tapi bawak kereta macam bab* ...

Sbb kesihatan?mental?kalo mental jgn dibg pegang stereng la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
&$#+ betul undang2 malaysia ni. Dan X&$# betul penguasa undang2 di Malaysia ni. Bnyk sgt mkn duit haram ke apa banyak sangat kes bias.... undang2 boleh dibeli dgn mudah ke apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2021 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dunia mungkin lepas, tunggu lah di akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 19-4-2021 12:29 AM
Laju giler kot.. jaminan atas faktor kesihatan, jangan kata memang tengah on treatment dah la or nak ...

Masa memandu laju kesihatan dia ok pulak....dah bunuh orang terus claim ada masalah kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-4-2021 04:11 AM
&$#+ betul undang2 malaysia ni. Dan X&$# betul penguasa undang2 di Malaysia ni. Bnyk sgt mkn duit ha ...

Baru habis tahajjud kewwww?

Atau hari pertama red flag?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 19-4-2021 12:04 AM
dilepaskan dengan jaminan di atas faktor kesihatan?
Sakit apa agaknya, tapi bawak kereta macam bab* ...


Waktu imsak lambat lagi...boleh carut puas puas dulu...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu? Ex stodens akak memandu takda lesen after SPM, langgar keta pompuan mengandung sampai mati mak dan anak dalam kandungan pun lepas bebas ja. No bukan Cina. Bumiputera tersangkak Sabahan saja. Now aman2 ja hidup siap tambah gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerxmas replied at 19-4-2021 04:30 AM
Baru habis tahajjud kewwww?

Atau hari pertama red flag?

Haha.... assalamualaikum stinger. Sedih baca kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-4-2021 04:34 AM
Dah tu? Ex stodens akak memandu takda lesen after SPM, langgar keta pompuan mengandung sampai mati m ...

Cemana boleh lepas . Peliknya undang2 malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts

Adakan saja rusuhan murni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah libatkan kematian, gantung je la lesen tu forever. Apa yang susah sangat? fair rule. Nak kompromi apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn ank aku kena langgar dgn kete buat u-turn, mangsa nasih terbaring ada kecederaan otak
Driver tu dah la xde lesen, maknya keje jpj, boleh plak kata mangsa bw moto xpakai helmet
Eh helmet sampai pecah kot mcm tengkorak budak tu
Lepas bebas je skrg, xkena apa2 pun yg melanggar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak kurangkan mencarut masa bulan puasa yg mulia ni tunggu akhirat tu jelah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-4-2021 04:27 AM
Masa memandu laju kesihatan dia ok pulak....dah bunuh orang terus claim ada masalah kesihatan.

Typical alasan penguatkuasa.. jawapan nak senang kerja depa. banyak dah jadi kita rakyat ni bukan bodoh tak boleh fikir kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya baby dia xpasal2 hilang mak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 19-4-2021 06:35 AM
Kwn ank aku kena langgar dgn kete buat u-turn, mangsa nasih terbaring ada kecederaan otak
Driver tu ...

Cari lawyer. Buat saman sivil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.217288 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list