CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Dunia] Manusia berjaya terbangkan helikopter di Planet Marikh

[Copy link]
Post time 20-4-2021 11:17 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan helikopter NASA berlegar di permukaan Planet Marikh hari ini. NASA/JPL-CALTECH/AFP

Manusia berjaya terbangkan helikopter di Planet Marikh

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya menerbangkan helikopter miliknya, Ingenuity di Planet Marikh hari ini, demikian menurut data dan imej yang dihantar ke Bumi.

“Data altimeter mengesahkan bahawa Ingenuity telah melakukan penerbangan pertamanya sekali gus penerbangan pesawat pertama di planet lain,” kata jurutera NASA.

Klip video pendek yang dihantar oleh kenderaan penjelajahan, Perseverance menunjukkan helikopter kecil itu terbang pada ketinggian 3 meter di atas permukaan Marikh sebelum mendarat semula.

“Kita boleh berkata bahawa manusia telah menerbangkan sebuah helikopter di planet lain.

“Kita bercakap sekian lama tentang detik adik-beradik Wright di Planet Marikh dan inilah saatnya,” kata ketua jurutera Makmal Propulsi Jet NASA,  MiMi Aung kepada pasukannya.

Penerbangan pesawat berenjin pertama di Bumi dilakukan oleh Orville dan Wilbur Wright di Kitty Hawk,  negeri Carolina Utara pada 1903.

Secebis fabrik daripada pesawat itu diletakkan di dalam Ingenuity sebagai menghormati pencapaian mereka. – AFP


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.397991 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list