CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Group parents, PIBGN minta kerajaan tutup SEMUA sekolah vs NUTP: Tutup sekolah a

  [Copy link]
Post time 21-4-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada anak2 yg sekolah rendah n menengah.

Anak2 aku yg sekolah menengah lagi suka pegi sekolah. Lebih faham apa yg cikgu ajar. Ni kot sekolah tutup balik memang stress lah dorang dgn aku2 sekali migrain asik kena dengar dorang merungut itu ini sebab x berapa faham tapi homework bersusun kena siapkan.

Yg sekolah rendah masih terkawal, homework x banyak mana.

1 lagi yg aku risau sangat2, kot sekolah jaga2 sgt, semua ikut sop tapi bas/van sekolah sop kelaut pun x guna bersesak berhimpit ramai2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 21-4-2021 07:52 AM
Sekolah rendah anak i ada 2 murid positive.. sekolah pagi dan petang. Cikgu2 akan di swab pd 22hb ni ...

Sekolah rendah kat tempat iols pun ade kes tp tak tutup sekolah hanya kelas yg terlibat je kena kuarantin.
Sekolah rendah tu sebelah ngn sek men bebudak ni naik van biasanya sama je.
Emm risau gak sbb anak iols naik van gak kadang sekali ngn bebudak sekolah rendah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 01:36 PM | Show all posts
ngade je..budak2 ni kalau tak sekolah merayap menemankan mak diorg pegi mall.selalu sgt aku nampk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 01:40 PM | Show all posts
Aku lebih suka budak2 gi sekolah.. Kalau kat rumah mmg payah nak pantau selalu.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 01:44 PM | Show all posts
Masalah dia bila satu parents banyak anak, hantar sekolah lain2.

Satu dah kena positif, adik beradik lain dah kena kuarantin, sekolah lain yg deme pegi pulak dah kena suruh yg terlibat tu duduk rumah sama.

Lecehnyee
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:05 PM | Show all posts
hahahah..

hibrid india nak mai dah

dengar citer maut utk kanak2 n org muda ..

perghh

power beb ..meh pakat2 antar anak gi sekolah meh

meh pakat2 gi bazaar ramadhan ..

meh la ...meh aaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 02:06 PM | Show all posts
Sebaiknya sekolah je macam biasa yang mana2 sekolah yang terjejas je dibenarkan tutup sementara.  Nak belajar atas talian agak susah berapa ramai je yang ikut kelas atas talian lebih ramai leka bermain dari belajar secara atas talian.  Sekarang ni pun mereka yang direct contact je kena kuarantin dan premis ditutup sehari untuk process santitasi esoknya dah boleh beroperasi semila.  Nak tunggu sampai wabak 0 tah tahun bilanya.  Tak kan nak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak yg suh buka katup ujung2 cgu gak yg kena.. mkn gaji buta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sebagai guru membangkang sekeras-kerasnya Pdpr! Aku rela bersemuka.
Hasil pdpr bermula thn lps, 107/177 org murid tahun 1 x blh membaca. 36 drpdnya x kenal huruf. Yg belen x blh membaca suku kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 03:30 PM | Show all posts
NUTP syor sistem penggiliran ke sekolah
Irwan Shafrizan Ismail - April 21, 2021 @ 3:24pm

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan sistem penggiliran untuk murid hadir ke sekolah dibuat bagi mengelak kesesakan dan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata menerusi sistem itu, setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan penggiliran dilakukan dengan pembahagian hari bagi murid untuk hadir ke sekolah dan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Dalam tempoh terdekat ini kita nak cadangkan supaya diadakan sistem penggiliran bagi sekolah yang dibuka bertujuan mengelak kesesakan murid di sekolah.

"Contohnya, satu kelas Tahun Enam ada 40 murid, bahagikan kepada dua kumpulan, kalau sekolah di Kedah, Kelantan atau Johor, kumpulan A datang ke sekolah pada Ahad, Isnin, Selasa manakala kumpulan B pula menjalani PdPR.

"Seterusnya bagi Rabu dan Khamis penggiliran dilakukan yang mana kumpulan B hadir ke sekolah manakala kumpulan A sebaliknya. Jadi proses pembelajaran bersemuka antara murid dan guru masih ada dan pada masa sama bilangan yang hadir itu dalam kawalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) semalam supaya Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menutup semua sekolah buat sementara waktu.

Presiden PIBGN, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata ia susulan peningkatan kes di beberapa negeri dan pertambahan kes membabitkan guru dan murid sekolah.

Ditanya sama ada cadangan penggiliran itu akan membebankan guru dan juga ibu bapa yang sudah kembali keluar bekerja, Aminuddin berkata ia antara cadangan yang boleh dipertimbangkan kerajaan dalam usaha berterusan mengekang penularan COVID-19.

"Kalau nak fikir masalah bagi pihak ibu bapa yang bekerja, kalau sekolah diarah tutup pun, akan timbul juga masalah untuk mereka kerana siapa nak jaga anak di rumah.

"Maksudnya setiap perkara yang hendak dibuat itu ada kekurangan dan kelebihannya, tapi bagi saya dalam keadaan sekarang ini dan usaha untuk mengekang penularan COVID-19 mungkin itu antara cadangan yang boleh dipertimbangkan," katanya.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihaknya sememangnya tidak bersetuju cadangan penutupan sekolah seluruh negara hanya kerana kes berlaku di sekolah di negeri tertentu.

Katanya, penutupan sekolah seluruh negara hanya akan mewujudkan 'kemiskinan pembelajaran' dalam kalangan murid di negara ini.

"Kita mahu penutupan hanya kepada sekolah di kawasan yang berisiko dan yang mana guru dan pelajar didapati positif COVID-19.

"Sekarang ini murid kita dah terlalu banyak kekurangan dalam aspek untuk hadir ke sekolah dan belajar secara bersemuka.

"Walaupun PdPR boleh dilaksanakan tapi kalau nak lihat impak positifnya, bersemuka itu lebih memberi kesan, tapi kalau keadaan terdesak, PdPR itu benda yang wajib kita laksanakan sebab tiada pilihan lain," katanya.

Tambah beliau, masalah kadang kala bukan membabitkan SOP di sekolah tetapi yang lebih dibimbangkan ialah kekurangan maklumat dan sejarah pergerakan murid sebelum hadir ke sekolah.

"SOP di sekolah tidak ada masalah , yang kita bimbang murid yang hadir ke sekolah itu kita tidak tahu mereka dari mana, siapa kontak rapat sebelum pergi ke sekolah dan kadang-kadang mereka yang disahkan positif tidak menunjukkan gejala sebelum itu," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 21-4-2021 03:17 PM
Aku sebagai guru membangkang sekeras-kerasnya Pdpr! Aku rela bersemuka.
Hasil pdpr bermula thn lps ...

Yes...betul anak aku darjah satu tahun .
Lepas cuti sekolah haritu baru cikgu mula guna teks buku..sebelum tu guna buku transisi sebb ramai budak yang masih belum mahir asas 3M.

Tak leh salah kan anak2. Parent patut ambik langkah proaktif untuk mengajar anak waktu pkp. Tak boleh harap cikgu 100%
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat negeri pantai timur sana..
Tengah meriah proses saringan para guru guru beramai2....bertabahlaa para para guruan semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak saudara aku yang bersekolah di SRA di bawah JAIS dah lama buat sistem penggiliran murid hadir
Bukannya macam depa2 yang kat KPM yang sel2 otak tak bersambung nak fikirkan yang terbaik
Yang tahunya TRY & ERROR nak jadikan Murid2 & Cikgu2 bahan ujikaji macam tikus makmal
Oh ya bak Pepatah Cina mengatakan 'Ikan Mula Busuk Dari Kepala'
So faham2 lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sebagai cikgu tak suka PDPR... bila depa mai sekolah 1/10 ya yg masuk online pdpr.. yang lain walaupun ada data, xnak ya masuk.. sengaja tak masuk


kau buat la bahan modul utk latihan, xdenya datang sekolah ambik.. selamba je muka masa datang sekolah.. saya xambik cikgu..


tapi kalau kes meningkat,  aku harap buat penggiliran utk kelas bukan peperiksaan.. sekolah aku murid hampir 1600, 2 sesi..

1sesi 700 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 20-4-2021 07:53 PM
Rasa tahun 2021 ni takyah la ada exam upsr psra pt3 upkk semua tu..bagi buat spm stpm je..budak2 ni  ...

Memang dengarnya takda. Tinggal SPM ngan STPM ja. Kita tunggu KPM sahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 21-4-2021 04:09 PM
gem15 replied at 20-4-2021 08:28 PM
Masa pdpr hari tu adala jgk buat a few video pendek penerangan hantar kat group kelas. Bila buka sek ...


Ntahnya. Budak2 termasuk anak2 poromer yang pemalas sah2 tambah zero tatau hapa2 sepanjang PDPR. Taunya main game or bertiktok jah. Silap2 negatif terus. Aiol tensen betul ngaja bebudak Form 1 tahun ni. Dah la tahun lepas sekolah berapa bulan ja. Hasilnya? Zero habes yach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi jenuhlah keje angkat barang anak kat hostel
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hydrangea replied at 21-4-2021 04:03 PM
aku sebagai cikgu tak suka PDPR... bila depa mai sekolah 1/10 ya yg masuk online pdpr.. yang lain wa ...

Setuju sangat buat penggiliran sekolah bagi setiap kelas macam yang telah di laksanakan untuk SRA di bawah kelolaan JAIS
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:09 PM | Show all posts
pttnye dr hari tu xyh lg bukak sekolah.. bg cikgu kena vaksin dulu.. at least smp akhir may.. june stat bukak skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 21-4-2021 03:17 PM
Aku sebagai guru membangkang sekeras-kerasnya Pdpr! Aku rela bersemuka.
Hasil pdpr bermula thn lps ...

Syukur anak aku tahun 1 dah pandai baca BM BI..jawi masih merangkak sikit tapi otw nak mahir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.520436 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list