CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Group parents, PIBGN minta kerajaan tutup SEMUA sekolah vs NUTP: Tutup sekolah a

  [Copy link]
Post time 21-4-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 21-4-2021 11:00 PM
Kalau Cikgu sendiri dah cakap camtu, mama tak tahu nak cakap apalah Cikgu.

Ingatkan silibus bar ...

Silibus pra sekolah sangat advance bagi ai, Mama. Ai pun takajut tengok. Memang silibus tempatan sekarang ini ikut negara maju dah kot...Buku untuk budak umur 4 tahun pun ya ampun, susahnya ai ghasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat forum mak bapak marah bila sekolah tutup. Dekat facebook kpm, makbapak desak tutup sekolah. Mana satu daa mau ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 21-4-2021 11:45 PM
Dekat forum mak bapak marah bila sekolah tutup. Dekat facebook kpm, makbapak desak tutup sekolah. Ma ...

Kat fb sll menang.. Kat forum ni boleh luahkan segala rasa ati tanla dikecam hebat oleh netizen bawang renger..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 06:50 AM | Show all posts
dah boleh kenduri kendara
dah boleh berjemaah pergi mall
dah boleh pergi holiday dalam negeri
yang terkena anak2
padahal yang selfish mak bapak

kang tutup sekolah
cikgu kene kecam makan gaji buta
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr awal taknak pula buat sistem penggiliran.. menteri pendidikan gred E ke apa ni, yela dpt jd menteri pon bukan sebab menang masa pru lepas, jenis tangkap muat je.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 08:04 AM | Show all posts
dgr bite td ketua polis pahang ckp klu ada kluster kt skolah..sekolah n ibu bapa kene kompaun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 21-4-2021 05:50 PM
Sama la.. sebelah smk. Hari ni kat smk ramai tak dtg skola bila dpt tau skola sebelah ada covid. Y ...

Iols hantar juga selagi cikgu tak kabo apa2,sementara leh g sekolah ni g jela dulu dah la baru 2 minggu je depa ni masuk sekolah.
Cikgu2 pun tak kenal sgt lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokom sistem penggiliran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni sekolah anak iolls jd kluster 1 .. apo menteri nk cakap ???? Haihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 10:26 PM | Show all posts
Bodoh nak p tutup sekolah bagai... kalo betoi2 serius nak tutop, buat macam PKP 1.0 .. tutop semua kecuali yang bener2 penting...

Selagi buat half cooked lagu ni.. ada buka ada tutop sampai abg jamil mampos kes dok lagu ni.. suka atau tidak punca utama adalah mejlis social macam kenduri kendara etc bukan rentas negeri kaa buka sekolah ka apa kaa... sudah2 lah KERAjaan kaa MKN ka KKM kaa pikiaq laa sikit bukan baru jadi .. dah a year ++ ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2021 03:34 PM | Show all posts
'Tak relevan lagi tutup semua sekolah'
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Sesi persekolahan secara bersemuka perlu diteruskan seperti biasa, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa Amiruddin Sahudi berkata, tidak adil jika semua sekolah ditutup kerana tumpuan dan kawalan seharusnya diberikan kepada sekolah yang terkesan dengan penularan Covid-19 sahaja.

"Setiap sekolah tertakluk kepada struktur Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), jadi apabila sekolah ada kes mereka perlu rujuk kepada PPD masing-masing sebelum menunggu arahan selanjutnya seperti penutupan sekolah dan sebagainya.

"Tidak relevan lagi tutup semua sekolah, ia akan mengganggu sistem pendidikan kita apatah lagi untuk murid dan pelajar yang bakal ambil peperiksaan akan lebih ketinggalan.

"Bagi kami, keperluan menutup sekolah hanya untuk yang ada kes Covid-19," katanya.

Katanya, seharusnya semua pihak perlu menjadikan norma baharu sebagai amalan harian.

"Kita tiada pilihan macam mana sekalipun kena hidup dalam Covid-19 dengan mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP ditetapkan.

"Ibu bapa misalnya perlu pantau kesihatan anak di rumah dan jika tidak sihat dan ada gejala jangan hantar ke sekolah bagi mengelak risiko lebih buruk," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Roslan Mohamed. Mereka akur sebarang keputusan Kementerian Pendidikan, namun penutupan sekolah bukan lagi jalan penyelesaian terbaik.

"Sebenarnya apabila tutup sekolah tahun lalu memang ramai murid ketinggalan dan terkesan teruk kerana mereka tidak boleh beri tumpuan belajar selain menghadapi pelbagai gangguan dan masalah lain seperti kekurangan peranti dan telefon pintar.

"Jadi kita tidak mahu ia berlaku lagi tahun ini. Kalau boleh kita mahu sekolah dibuka tetapi dengan SOP ketat," katanya.

Katanya, pihak sekolah sudah melakukan yang terbaik termasuk menyediakan SOP ketat dan sebagainya, namun ia lebih berkesan jika semua pihak terutama ibu bapa peka dan bertanggungjawab terhadap anak masing-masing pada luar sesi persekolahan.

"Kalau boleh jangan bawa anak ke tempat awam sesuka hati kerana kita tidak tahu Covid-19 ada di mana-mana dan risiko jangkitan boleh berlaku.

"Selain itu, jika berlaku apa-apa kepada ahli keluarga seperti demam atau gejala lain ambil lah langkah kuarantin sendiri dulu jangan hantar anak ke sekolah.

"Begitu juga jika ada ahli keluarga yang perlu menjalani swab test patut sudah maklum jangan hantar anak ke sekolah walaupun keputusan ujian belum keluar," katanya.

Sementara itu, Mazliya Azura Majid,45, berkata, dia mahu sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dijalankan secara bersemuka bagi memastikan tiga anaknya terutama yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini lebih fokus dalam pelajaran.

"Saya berpendapat sekolah secara bersemuka lagi bagus kerana anak boleh berinteraksi terus dengan guru mereka

terutama apabila tidak faham tentang sesuatu pembelajaran.

"Apa yang saya lihat, jika belajar dalam talian di rumah anak saya misalnya yang bersekolah darjah empat itu walaupun dipantau tetap tidak fokus dan kurang berdisiplin hingga dia gagal menguasai sesuatu mata pelajaran," katanya.

Katanya, sektor lain termasuk pengangkutan juga perlu mengamalkan langkah pencegahan sama bagi mengelak sebarang risiko penularan.

"Setakat ini, kita ibu bapa berpuas hati dengan cara sekolah mengawal keadaan dengan SOP ketat.

"Cuma kita bimbang ketika balik dan pergi naik van dan bas sekolah ramai anak-anak tidak mematuhi SOP seperti

tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka," katanya.

Kebelakangan ini, banyak kluster pendidikan direkodkan hingga menyebabkan beberapa sekolah di negara ini ditutup kembali walaupun baru memulakan sesi persekolahan bersemuka awal bulan ini.

Keadaan ini mewujudkan kebimbangan ramai hingga ada pihak mencadangkan penutupan semula semua sekolah bagi mengawal dan mengelak risiko penularan Covid-19.

Disiarkan pada: April 24, 2021 @ 3:12pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 08:52 AM | Show all posts
NUTP: Tutup sekolah yang ada kes sahaja
    Oleh NADIA HASHIM
    25 April 2021, 8:07 am

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) melihat tiada keperluan menutup semua sekolah buat masa ini malah cukup sekadar sekolah yang berada di kawasan berisiko sahaja. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden NUTP, Aminuddin Awang berpendapat, apa yang sedang berlaku sekarang, murid-murid mengalami ‘kemiskinan pembelajaran’ kerana tidak banyak masa hadir belajar bersemuka di sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 09:04 AM | Show all posts
Semuka lebih efektif berbanding PdPR
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 25 April 2021


KOTA BHARU - Penutupan secara ‘berkala’ sekolah susulan peningkatan Covid-19 dilihat bersifat ‘menang-menang’ dalam memutuskan penularan jangkitan pandemik itu.

Bagaimanapun, langkah itu dilihat boleh memberi impak negatif kepada institusi pendidikan negara walaupun kerajaan memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

PdPR dilihat cukup baik bagi anak-anak dari keluarga berpendapatan tinggi, namun untuk golongan sederhana dan rendah ia satu bebanan kerana mereka perlu mengeluarkan belanja bagi membeli gajet untuk menghadiri kelas yang diadakan secara dalam talian.

Memburukkan lagi keadaan, ada dalam kalangan anak-anak golongan sederhana dan rendah berdepan masalah capaian internet rendah terutama di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Justeru, ada ibu bapa berpandangan mereka lebih ‘selesa’ pembelajaran dilakukan secara bersemuka menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) walaupun terpaksa berdepan ancaman Covid-19.

Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Susu, Pasir Mas, Abdul Kadir Ibrahim mengakui pembelajaran secara bersemuka lebih efektif dan sesuai dalam melonjakkan lagi potensi pelajar.

“Bila pembelajaran secara bersemuka, pelajar lebih fokus dan guru dapat membuat pemerhatian jika ada dalam kalangan anak didiknya yang tidak faham berkait dengan satu-satu subjek,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang jika sekolah berterusan ditutup ia boleh membantutkan usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.

Katanya, rata-rata pelajar dilihat kurang berminat untuk memberikan tumpuan ketika sesi PdPR berlangsung.

Seorang bapa, Mohamad Aswady Adenan, 40, berkata, sesi persekolahan perlu diteruskan apabila situasi Covid-19 kembali terkawal dengan menggunapakai kaedah penggiliran.

“Wajibkan pelajar Darjah Enam, Tingkatan Tiga, Tingkatan Lima dan pra-universiti sahaja perlu datang ke sekolah setiap hari.

“Selebihnya bergilir-gilir mengikut hari, kaedah ini dilihat lebih efektif kerana ia mampu mengelakkan pelajar berkumpul secara beramai-ramai dalam satu-satu masa,” katanya.

Menurutnya, selain itu ia membolehkan pematuhan SOP berjalan dengan baik.

Sementara itu, Mohd Firdaus Mohd, 40, berkata, sesi persekolahan sesuai dilaksanakan jika masa dipendekkan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dengan mengamalkan SOP yang ketat.

Katanya, dalam suasana hari ini seluruh rakyat perlu menerima kenyataan apabila terpaksa hidup bersama Covid-19.

“Kementerian perlu merangka garis panduan yang terperinci bagi memastikan tahap keselamatan serta pematuhan SOP di sekolah dapat dipatuhi oleh semua pihak,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 09:05 AM | Show all posts
Murid B40 tercicir jika sekolah ditutup
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 25 April 2021


SHAH ALAM - Penutupan keseluruhan sekolah di dalam negara bakal membantutkan kembali pembelajaran majoriti pelajar yang tergendala hampir setahun sebelum ini akibat Covid-19.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh mengulangi tindakan penutupan sekolah kerana akan menjejaskan pembelajaran murid terutama dari keluarga B40.

“Kesan penutupan sekolah amat dirasai kebanyakan murid terutamanya mereka yang berada di pedalaman ataupun anak orang miskin yang tidak memiliki kemudahan internet dan komputer,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sehubungan itu, ujar beliau, penutupan sekolah bukan pilihan utama kerana tidak semua institusi pendidikan berada di kawasan berisiko tinggi kes penularan Covid-19.

Sebaliknya kata Anuar, aspek pemantauan perlu dipertingkatkan dengan memberi ruang kepada sekolah di zon hijau untuk meneruskan sesi persekolahan seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Bagi sekolah zon merah pula perlu mengambil kira situasi mengikut setiap sekolah satu persatu. Kalau sekolah itu ada kes, kita perlu tutup terus.

“Ini sebab ada sekolah di kawasan merah tidak mempunyai kes penularan, maka tiada keperluan untuk ditutup,” ujarnya.

Anuar turut yakin ramai ibu bapa bersetuju dengan tindakan KPM yang tidak menutup kesemua sekolah dengan mengambil kira beberapa faktor tertentu.

Menurutnya, ibu bapa bimbang keselamatan dan keadaan anak mereka yang tinggal di rumah ketika mereka keluar bekerja sekali gus menjejaskan fokus terhadap tuntutan kerja.

“Selain itu, penutupan sekolah juga pastinya menjejaskan waktu ibu bapa yang perlu memenuhi tuntutan kerjaya,” jelas beliau.

Anuar berkata, KPM disaran lebih proaktif mengemaskini perkembangan baharu kes penularan Covid-19 yang berlaku di kawasan sekolah dengan tindakan menangani perkara tersebut.

Pada Februari lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim mendedahkan 1.85 juta atau 37 peratus daripada lima juta pelajar di seluruh negara tidak mempunyai peranti PdPR.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak aku ada kes covid..dah keluar kenyataan rasmi dari pihak sekolah.  tapi hanya dikuarantin 2 kelas saja...sekolah tetap dibuka mcm biasa..

Seperti biasa aku mmg nk anak aku pi sekolah sekiranya tiada cadangan cikgu untuk buat kelas online. Isnin esok ni tetap pi sekolah macam biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 21-4-2021 12:37 PM
Aku ada anak2 yg sekolah rendah n menengah.

Anak2 aku yg sekolah menengah lagi suka pegi sekolah. ...

Memang ke laut. Meols lalu sebelah bas sekolah haritu. Ramai nya budak dalam bas sekolah yg kecik tu. Dengan duduk rapat rapatnya, MASK PUN TAK PAKAI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
miu84 replied at 25-4-2021 10:24 AM
Memang ke laut. Meols lalu sebelah bas sekolah haritu. Ramai nya budak dalam bas sekolah yg kecik  ...

Berhimpit macam sardin, kalau masih pakai pun mau terlondeh mask tu..panas beruap lagi2 bersesak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk tutup sekolah kat selangor ni baik tutup sekarang dh alang2 bln puasa ni..npk bdk2 sekolah lemah je dgn musim panas lg, kena pakai mask setiap masa.lps raya bukak la sekolah balik.setau aku kat selangor ni byk je sekolah yg ade covid kes,cuma ade yg sembunyikn.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu laaa...hari tu suh mansuh cuti skolah xnakkkkk
Konon2 cikgu x dpt rehat...
Kalau mansuh yg haritu 2minggu bwk ke bulan puasa ni kan bagus....
Xde la heboh kluster kenduri sana sini....
Xde la gigih nak buat kenduri kawen la...kenduri puasa la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah ler nk tutup semua. Kesian budak2, byk bab yg xhadam sepnjg pdpr lepas. At least wat sistem penggiliran pn dh ok. Kurangkn crowd kt sekolah. Budak2 kna belajar secara bsemuka,cikgu nk ngajaq pn senang.kpm lgsng xdak backup plan ka utk handle mnda mcm ni? Covid nk masuk 2thn dh cek ooiiii...mara lgsg ttp trus mrsm pas cuti raya,nnt bulan 6 br bkk blk. Sian ank menakan aku f5 nk spm,topik thn lepas pn kelaut dlm,ni kna pdpr smula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.089429 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list