CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8736|Reply: 44

"Siapa Yang Tamak Ni?" - Vanidah Gesa Selamatkan SMK Convent Bukit Nan

  [Copy link]
Post time 21-4-2021 06:24 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Vanidah Imran sedih dan berang terhadap segelintir pihak yang disifatkan tamak berhubung isu pajakan tanah tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur atau CBN.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu tidak berpuas hati apabila sekolah terbabit tidak akan diberikan pajakan tanah selepas tarikh luput pada 6 September tahun ini.








“Kenapa? Pihak mana yang sangat tamak untuk mendapatkan tanah (tapak sekolah)? Sekolah tersebut mempunyai surat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Jadi saya tidak faham kenapa lessen pajakan tanah tidak dapat diperbaharui?” katanya.


Ujar aktres berusia 47 tahun itu lagi, Kuala Lumpur bakal kehilangan sebuah lagi bangunan ikonik dengan seni bina menarik jika CBN dirobohkan untuk tujuan pembangunan.


“Jika CBN dirobohkan, Kuala Lumpur akan kehilangan sebuah lagi bangunan yang memiliki seni bina menarik. Kuala Lumpur bakal luput dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti Le Coq d’Or Mansion yang kini telah dibangunkan menjadi hotel.


“Bangunan ikonik Penjara Pudu (Jalan Hang Tuah) yang telah dirobohkan dan bakal menjadi penempatan mewah (saya tertanya-tanya adakah roh daripada penjara pudu akan berkeliaran di situ) dan Tasputra Perkim milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa,” tulis Vanidah.


Ujar Vanidah, dia berpendapat bahawa naratif negara ini perlu diubah untuk menjadi sebuah negara yang bangga dengan identiti, budaya dan warisan sejarah tersendiri.








Sebagai informasi, sekolah perempuan yang ditubuhkan pada tahun 1899 tersebut merupakan antara sekolah tertua di Malaysia.


Bagaimanapun, media melaporkan bahawa sekolah terbabit memfailkan tuntutan mencabar keputusan kerajaan yang tidak memperbaharui pajakan tapaknya di Jalan Bukit Nanas.




Kredit foto: IG Vanidah




Pihak sekolah mendakwa keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan berkenaan melanggar hak kebebasan asasi dan hak rakyat untuk mendapat pendidikan.




Sumber: K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 07:56 AM | Show all posts
ot,,

awal 2000an, zaman ak skolah dlu geng2 sebaya ak ni bangga kalo skola kt cbn..

blk skola naik tren, malay girl pakai pinafour, speaking hinglis, gigi braces, lagi2 kalau yg join cheerleading, bepren mst bdk st john, pastu dating kt sg wang ,, alamak eyyy zaman tu rasa mcm dh hebat hahaha ...

kenangan ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terfikir juga yg rumah kat penjara pudu tu, mesti haunted. Jangan x laku sudahlah.
Sayangnya CBN. Kena pindah ke mcm mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:07 AM | Show all posts
BBGS dah lama melingkop
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:17 AM | Show all posts
msia mmg gini..xpenah appreciate bgnn2 bersejarah..semua nak dikambus
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:29 AM | Show all posts
Masalah bukan pada Pejabat Tanah dan Galian. Mereka terima arahan je. Jadi masalah dari siapa kalau bukan dari orang politik, exco...orang yang rakyat beri kepercayaan untuk menjaga hak, harta  dan kepetingan rakyat. Agak dah ada jawatan tu berapa ramai yg masih berpegang pada prinsip dan integriti.
'You Government Officer must take the blame as we Political Master should be obeyed and will never take the blame'- itulah ayat dari Tn DO aku yang dah pencen bila dia bermesyuarat di puncak persada bersama tok menteri. Dululah.
Dulu orang politik dari orang biasa, dekat dengan rakyat.....boleh tumpangkan rakyat kalau nampak tengah menapak tu, mungkin ada lagi yang humble begini dan mungkin keadaan dan survival masa kini menyebabkan ahli politik berubah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 08:50 AM | Show all posts
mesti all-girls school yg akan kena demolish... BBGS, Convent Seremban, St Mary pastu ni CBN la plak... all-boys school biasanya x dikacau
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ugly truth je ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti ada campur tangan geng kayangan. Sekolah2 lama elok la dipelihara. Who's next? VI, MCKK, Melaka High School?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:25 AM | Show all posts
ardent91 replied at 21-4-2021 08:50 AM
mesti all-girls school yg akan kena demolish... BBGS, Convent Seremban, St Mary pastu ni CBN la plak ...

St Mary pun dah takda ya. Malaysia ni kepunyaan tauke2 besar yang tahu cuma nak kaut duit je. Make sure next PRU jangan undi perosak negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:34 AM | Show all posts
masa BBGS dirobohkan pun rasa frsut, walaupun bukan budak BBGS dan tak berapa berkenan dgn bebudak BBGS, St mary tu..tapi icnoic shool buat warga kl, BBGS tu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:43 AM | Show all posts
hazzy0304 replied at 21-4-2021 07:56 AM
ot,,

awal 2000an, zaman ak skolah dlu geng2 sebaya ak ni bangga kalo skola kt cbn..

mengimbauuu kenangan ek sis.. rindu pulak zaman sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:45 AM | Show all posts
hmmm kenapakah... bende authentic kot..

pasni tak merasa la generasi lepas ni.. sesilap tak tau pun kehadiran sekolah hebat mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:52 AM | Show all posts
iolss suka tengok bangunan lama. masa dorang robohkan penjara pudu tu yg iolss palinggggggg geram! pastu baru ni iolss naik monorail. ipk apa yg dekat tapak penjara tu? ipk kl eh? tu pun dah jadi macam bangunan tinggal. pastu nampak ada bangunan baru belakang tu. maybe dorang pindah kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:53 AM | Show all posts
elok laa.... kambus semua identiti malaysia ni nt xde warisan budaya MALAYsia...

ehh salah gosip ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 10:02 AM | Show all posts
kakakgarang replied at 21-4-2021 09:43 AM
mengimbauuu kenangan ek sis.. rindu pulak zaman sekolah

sangat sis ...

kenangan naik tren ramai2 balik asrama, tukar baju batik, sblm balik rmh p ronda2 ...

ini jam klu lalu dpn skolah tnjuk dgn bangga kat anak2 "tu la skola ibu" ...

ceh !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandainya Vee ckp omputeh  {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 10:04 AM | Show all posts
Sekolah Maideen ni klu x silap..mmg cantik sekolah ni..hari2 lalu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 10:21 AM | Show all posts
sokong kak vee.. well said..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:10 AM | Show all posts
azimodin replied at 21-4-2021 09:12 AM
Ni mesti ada campur tangan geng kayangan. Sekolah2 lama elok la dipelihara. Who's next? VI, MCKK, Me ...

Next? Masjid negara kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.415985 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list