CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3623|Reply: 2

Batu Bernyawa Turut Wujud Di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-4-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode
RUPA-RUPANYA ‘BATU HIDUP’ TURUT WUJUD DI MALAYSIA, INI TEMPAT-TEMPATNYA…



Bila sebut ‘Batu Hidup’, apa yang korang bayangkan? Menarik jugak sebenarnya bila sebut pasal ‘batu hidup’ dan macam mana manusia hidup di sekeliling kewujudannya. Kita kena akui bahawa manusia, dari dulu sampai sekarang, memang makhluk berakal yang kreatif dan hebat dalam menggunakan sumber alam sebagai alat untuk mudahkan hidup. Daripada kayu, manusia boleh buat perabot manakala daripada batu, manusia boleh buat bangunan. Tapi apa je yang manusia buat dengan ‘batu hidup’ ni?


Batu hidup dah lama wujud, jadi sumber tatapan manusia zaman sekarang…

Sebenarnya ‘batu hidup’ ni bukan bermaksud batu tu ada nyawa atau ‘hidup’ macam manusia. Istilah yang lebih tepat untuknya adalah ‘megalitik’, mega tu maksudnya ‘besar’ dan lithos tu maksudnya ‘batu’. Kalau nak diikutkan, perkataan megalitik ni dikhaskan untuk batu-batuan dari pelbagai saiz dan rupa lalu dibentuk untuk jadi satu alat dan simbol bagi tujuan-tujuan tertentu. Biasanya ia digunakan dalam pengebumian, sembahan dan perayaan.


Gambar lama Stonehenge di UK. Via Financial Times

Ia dipercayai dah diamalkan di seluruh pelusuk dunia, dari zaman Neolitik iaitu sekitar 3500 sebelum Masihi lagi. Waktu zaman Neolitik tu, manusia dah mulai gunakan batu sebagai salah satu sumber bahan untuk buat peralatan. Tapi tak semua batu tu sama kat seluruh dunia ye. Saiz dan struktur batuan turut bergantung pada tempat, dan cara manusia di situ bangunkannya pun tertakluk pada kemampuan teknologi dan sumber ilmu mereka. Tu lah sampai sekarang, orang masih boleh hargai binaan macam Stonehenge ni.

Salah satu lagi kawasan popular dengan budaya megalitik ni adalah di Pulau Easter, masyarakat Rapa Nui kat sana begitu percaya pada konsep semangat yang hadir dalam sesebuah patung tokoh yang didirikan.


Rapa Nui di Pulau Easter. Via Cosmos Magazine

Namun begitu, berlaku perang kecil antara rakyat di pulau tersebut, hinggakan ada kata bahawa puncanya datang dari kekurangan sumber alam yang ada di pulau kerana pembinaan patung-patung Rapa Nui tu sendiri. Pokok-pokok habis ditebang untuk memudahkan proses pengangkutan batu besar yang diukir dan perletakan mereka kat banyak kawasan di pulau tersebut. Ditambah lagi dengan keadaan geografi pulau tersebut yang agak jauh dari sebarang daratan yang berpenghuni, mereka nak belayar untuk berpindah atau minta tolong pun dah tak dapat.

Ada jugak yang kata bahawa salah satu punca lain kenapa masyarakat Rapa Nui dah ‘hilang’ adalah kedatangan orang putih, dan kedatangan hamba-hamba Amerika Selatan ke pulau tersebut. Menurut Catrine Jarman, pengkaji dari University of Bristol kata banyak sangat hamba-hamba dari Amerika Selatan tu yang datang untuk merampas sumber-sumber alam yang mereka ada kat sana, termasuklah hasil pertanian dan pokok mereka.


Antara keturunan orang Pulau Easter. Via HowStuffWorks

Kat Malaysia pun ada jugak, masyarakat kat negeri ni dah buat…
Takde masalah kalau nak belajar dan tengok budaya orang luar negara kita, tapi tu tak bermakna kita kena tutup mata pulak mengenai apa yang kita sebenarnya dah ada. Walaupun kita dikatakan takde binaan besar dan unik macam di Stonehenge dan Pulau Easter, kita pun sebenarnya ada ‘batu hidup’ dan masyarakat negeri-negeri khususnya di bahagian pedalaman turut guna ‘batu hidup’ dalam budaya silam mereka.



Kajian megalit kita dah lama, iaitu bermula dari 1895 oleh dua orang pengkaji kolonial bernama H.C Robinson dan R.O Winstedt. Lepas Malaysia dibentuk, kita turut menyambung kajian-kajian terdahulu dan berusaha nak cari yang baharu untuk bangunkan bidang arkeologi Malaysia. Sejak 1970-an dan 80-an, ramai penyelidik tempatan yang bersemangat mencari tapak megalit yang ada di seluruh negara. Mereka kata ada dua teori macam mana masyarakat negeri dulu boleh membudayakan tradisi megalit ni.

Othman Yatim, Abdul Jalil Osman, Kamrul Bahrin Buyong dan Peter R. Phelan kata kebudayaan megalit di Malaysia terhasil dari cultural diffusion secara berperingkat dan kemudiannya diasimilasikan dengan budaya dan sosial setempat. Manakala Tom Harrison dan Baszlee Bee pula kata tradisi mendirikan monumen dari batu memang wujud sebagai salah satu daripada adat dan kepercayaan mereka. Ertinya, mereka tak belajar dengan masyarakat luar.


Via Jabatan Warisan Negara

Kat Malaysia ni, kita lebih guna istilah ‘batu hidup’ sebab megalit tempatan ni lebih berbentuk panjang dan meninggi. Ia seakan-akan hidup sebab nampak macam tengah berdiri dan sentiasa tinggi. Ye lah orang dulu tak tau sangat kan, bahawa sebenarnya batu tu takdelah meninggi pun. Sebenarnya, hakisan tanah di bawah batu yang sedikit demi sedikit terdedah buatkan ia nampak macam semakin tinggi.

Antara negeri yang menjadi contoh tapak kebudayaan megalit adalah Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan Sarawak. Tapi setakat ni, yang paling jelas wujudnya kebudayaan pada batuan tu adalah tapak arkeologi megalit di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan. Kat sana, korang boleh jumpa batu hidup yang dah diukir dengan unik sekali bersimbolkan bintang, matahari, bulan dan tulisan Arab Allah. Dari segi bentuk pula, ia menyerupai pedang, kemudi kapal dan sudu.

Batu hidup jenis menegak dipanggil menhir. Dari kiri ke kanan: berbentuk kemudi kapal, sudu dan pedang. Via The Megalithic Portal
Selain tu, aturan batu kat Pengkalan Kempas pun unik jugak sebab ia disusun dari utara ke selatan. Kalau kat Terachi pula, dijumpai jugak batu hidup yang kelihatannya disusun dari timur ke barat. Menurut Harian Metro pada 2017, batu hidup macam ni banyak dijumpai di kawasan kampung dan lebih banyak digunakan sebagai batu penanda kawasan tanah perkuburan. Ada betulnya, sebab dari jauh memang nampak mirip betul dengan batu nisan…


Batu Megalitik kat Terachi. Via Harian Metro

Di Perak pula, batu megalit dari jenis batu kepingan telah dijadikan sebagai kubur. Kubur kepingan batu ni boleh didapati kat Lembah Bernam, Sungkai dan Changkat Menteri. Megalit jenis ni hanya dijumpai kat Semenanjung Malaysia je, dimana bahagian kanan terdiri daripada bahagian kepingan yang lebih besar dan tebal. Manakala kat sebelah kiri pula, ia terdiri daripada kepingan batu granit yang lebih kecil dan nipis.


Kubur yang didapati di Lembah Bernam -Via Jabatan Warisan Negara

Warisan kebangsaan tampak, khazanah yang perlu dipelihara dari para penjarah artifak…
Meskipun nampak macam sekadar batu biasa je, pada hakikatnya ni pun kena dianggap sebagai warisan kebangsaan kita jugak. Jika dulu UNESCO dah terima tarian makyung dan silat, tapak arkeologi megalit begini pun seharusnya diangkat dan dihargai oleh rakyat.

Beberapa tapak batu hidup dah direkodkan dan telah pun dilindungi di bawah Akta Warisan Negara, tapi kami percaya bahawa banyak je lagi tapak arkeologi lain khususnya berkenaan dengan kebudayaan masyarakat dahulu yang belum lagi diterokai. Boleh jadi sebelum ia sempat dikaji dan direkodkan, dah ada penjarah artifak yang tamak cuba jualkannya untuk kepentingan diri.

Sumber:https://orangkata.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 03:09 PM | Show all posts
Adakah batu tersebut mempunyai mineral-mineral yang tertentu yang mana mineral ini merupakan bendasing yang sangat berharga? Sekadar pertanyaan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 03:31 PM | Show all posts
Kat Nismilan memang banyak Batu Hidup ni kat kawasan kubur.
Orang dulu2 kata batu tu memang makin meninggi, kalau nak kata hakisan, lama2 nampak pulak tenggorak kat dalam kubur tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037026 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list