Roda Panas, tayang koleksi jentera mewah selebriti
RODA PANAS bersiaran setiap Isnin pukul 9.30 malam bermula 12 April menerusi saluran Naura.
PERKONGSIAN trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti dan usahawan berpengaruh menjadi intipati untuk sebuah program baharu berjudul Roda Panas.
Program tersebut merupakan rancangan majalah infotainment terbitan saluran Astro Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Bukan sekadar menyajikan trend koleksi kenderaan peribadi selebriti terlibat, Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsiaan eksklusif melibatkan reviu dalaman dan luaran kenderaan dan sesi pandu uji.
Malah, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga turut diketengahkan.
Julung kali diterbitkan, program berkenaan dikemudikan oleh pelakon terkenal yang mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya iaitu Remy Ishak
selaku hos sepanjang 10 episod siaran.
Kupasan
Roda Panas bersiaran selama 30 minit setiap hari Isnin pada pukul 9.30 malam bermula 12 April menerusi saluran Naura, selain turut boleh diakses dalam aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, Astro terus berusaha memberikan hiburan bermaklumat kepada penonton.
“Justeru, kami tampil membawakan lebih banyak pengisian berilmiah dalam format komersial yang padat dengan kupasan komprehensif secara santai sebagai inisiatif berterusan untuk mendekati audiens sasaran,”
“Roda Panas mampu menyalurkan informasi semasa mengenai teknologi kenderaan berkuasa besar, perkembangan trend terkini selain meningkatkan kesedaran awam terhadap soal keselamatan jalan raya,” katanya.
Tambah Azlin, meskipun kupasan topik dalam Roda Panas agak berat untuk sesetengah penonton, namun corak penyampaian secara santai oleh Remy menjanjikan kelainan.
“Keistimewaan dan keunikan program ini juga terletak pada perkongsian eksklusif oleh barisan tetamu jemputan,” ujarnya lagi.
Penerbitan Roda Panas musim pertama dimeriahkan dengan barisan selebriti popular iaitu Datuk Awie, Datuk Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy dan Wak Doyok.
Roda Panas turut dimeriahkan personaliti dan usahawan berpengaruh seperti Amirul Rejab, Tinie Sulaiman dan Nabil Rahizad.
Antara koleksi yang ditampilkan menerusi Roda Panas ialah Awie dengan motosikal berkuasa tinggi miliknya, Harley Davidson Rod Glide CVO, Rosyam Nor (BMW E36 dan Satria Neo R3 Lotus Racing), Pekin Ibrahim (Volkswagen Golf R32 MK5), Black Hanifah (Caravan) dan Wak Doyok (Ford Mustang 5.0L V8).
entah la... iols jenis susah impress org drive kereta mewah.... iols tgok org kaya2 yg ada class mcm taylor swift tu siap ada private jet tak pernah sekali pun sheols tayang private jet dia, tayang gambar dalam private jet pun x pernah.... tayang rumah ape tah lagi... org mcm ni iols impress n lg rs nak tau apa lagi yg dia ada.... same goes to tokti, sheols pun kaya duit berkepuk tak pernah tgok sheols show off fancy stuff yg dia ada
Post time 21-4-2021 05:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kereta, apalah sangat. Tengok video selatan tayang roll royce pon iouls x rasa cemburu. Iouls hanya jeles dengan orang yg ada mampu beli buku banyak & ada library besar kat rumah. No. 2 jeles dengan orang yg ada talent baking - selalu tengok video cafe kat youtube. Yg last sekali orang yg mampu sambung belajar tanpa masalah kewangan & dapat support family.
Sama la.. Kalau infiniti bilionair ke, infiniti trilionair ke, aku takkan tayang dan beritahu, termasuk kat FB.. Kekayaan adalah privasi.. Lindung privasi, lindung rahsia..
Post time 22-4-2021 09:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku lagi jeles tgk foreigner kat malaysia ni pandai cari duit. Sambil kerja binaan, sambil buat kerja2 lain. Aku kenal dgn sorang bangla kat jalan duta. Dia kerja buruh sahaja. Tapi sbb dia bijak dan rajin, income dia cecah 10k sebulan. Gaji harian dia cuma rm100/day. Tapi dia jual simcard, tolong hantar duit ke bangla, jual barang keperluan harian, supply pekerja kat bos dia, dia caj rm10/kepala/day. Sekarang jer ada 20 pekerja. Situ jer untung atas angin 6k sebulan.
Betullah. I pun selalu merayap dekat pinterest tu tengok home library. Tapi tulah.. rumah I tak ada space nak dedicate untuk buat library je. Buku-buku I pon masih ada yang dalam kotak lagi sebab dah tak ada ruang dah. 6 rak tu dah tak tertampung dah. baking tu pun betul. haha... ig n youtube i memang follow yang masak2 je.